BAB 15 - He's Fine

1.3K 84 7
                                    

Mel mundar-mandir di ruangan menunggu. Doktor Farhan masih di dalam sedang merawat Nial. Harap-harap lah Nial baik-baik saja. Nial saya nak awak bertahan. Saya masih tak bersedia untuk kehilangan awak.

"Mel, cuba duduk diam. Dari tadi papa tengok Mel asik mundar-mandir je. Pening kepala papa tengok." kata papa.

Sekarang ni hanya papa sahaja yang tau pasal Nial pengsan. Walaupun dia masih tak tau tentang penyakit sebenar yang dihadapi oleh Nial. Daddy Nial? Papa kata dia dah maklumkan dah pada Tan Sri Adam tapi sampai sekarang tak nampak batang hidungnya. Dia tak kesah ke pasal kesihatan anaknya?

"Papa kalau papa nak balik, papa baliklah. Mel boleh tunggu Nial sorang-sorang kat sini."

"Tak pelah papa tunggu sampai Doktor Farhan keluar, kalau dia cakap Nial okay, barulah papa balik"

Tak lama selepas itu Doktor Farhan keluar dari wad Nial.

"Doktor, How's Nial" tanyaku terus.

"Nial is fine, dia pengsan maybe sebab terlalu penat. Dia tengah tidur, esok dia sedarlah. Dia ade buat aktiviti lasak ke kat U tu? Saya ada nasihatkan dia supaya kurangkan aktiviti lasak. " Tanya doktor Farhan kepadaku.

"Alamdulillah, Nial okay. Setahu saya Nial tak ada masuk any aktiviti sukan pun"

Tapi tadi aku jumpa Nial di tengah-tengah gelanggang bola keranjang. Setahu aku dia cuma ke situ sementara tunggu aku habis kelas sahaja. Selama ni tak ada pulak aku nampak Nial main basketball. Tadi dia main basketball ke tadi? Sebab tu sampai semput tu? Tapi kenapa dia nak main kalau itu boleh bahayakan kesihatannya?

"Hmm, tak pelah saya mintak diri dulu. Kalau ade pape saya ada di bilik saya"

"Baiklah doktor". kataku terus jalan masuk ke wad Nial. Papa pun turut masuk.

Selepas setengah jam tunggu Nial yang masih nyenyak tidur. Papa memintak izin untuk pulang. Aku cakap tak lama lagi aku pun akan balik ke kolej kediaman. Tapi sedar-sedar dah sampai pagi. Aku tertidur di sofa yang ada dalam bilik Nial. Aku bangun mengesat-ngesat mata.

"Air liur tu lap sekali" Kata seseorang.

Mukaku sudah berubah merah menahan malu. Ish Nial ni kan saja je. Tak boleh ke buat tak nampak je? Aku terus bangun dan masuk ke dalam toilet yang ada dalam wad Nial tu. Malunyaaaa. Setelah itu aku dengar bunyi orang ketawa. Suka sangat lah tu dapat gelakkan aku. Aku keluar dengan muka selamba.

"Nial bila awak sedar?"

"Dah lama dah. Saya tak boleh tidur sebab ada orang tu berdengkur, satu hospital ni dengar." katanya lagi.

"No way, saya tidur tak berdengkur okay." kataku menafikan.

Tiba-tiba ade bunyi suara dengkuran. Aku pandang ke arah Nial. Dia sedang memegang telefonya menunjukkan yang dia ade merakam suara dengkuran aku. Oh My!! Aku yakin aku tak berdengkur. Roommate aku tak pernah cakap pulak yang aku berdengkur. Takkan lah. Dan sekali lagi Nial ketawa terbawak-bahak.

"Seriously, your face is so funny, Mel" Aku sudah mula mencebik.

"Okay, I'm sorry. Rakaman ni bukan suara dengkuran awak. It is one of my friends" katanya dengan tersengih.

"Awak kenakan saya? Saya punyalah risaukan awak dari semalam. Macam ni awak buat kat saya kan." Aku mencebik terasa dengan usikan Nial.

"Hey, Mel. Janganlah marah. I'm sorry okay. Saya bukannya apa. Dah lama saya tak sakat awak. Saya takut saya tak dapat sakat dan tengok muka marah awak macam ni lagi." katanya degan nada keruh.

Pada waktu itu aku tak tau nak rasa sedih ke tak bila Nial cakap macam tu. Happy ke aku nanti kalau Nial dah tak ada nak menyakat aku macam sekarang? Happy ke aku kalau setiap masa ada je idea dia nak menyakat aku? Aku rasa tu lebih baik daripada tak dapat tengok muka Nial lagi.

"Nial, please don't say like that. Okay, saya tak kesah pun awak nak sakat saya. Buatlah berapa kali pun awak nak buat"

"Betul ni?" tanya Nial dengan tersengih. Nial ni tak habis lagi lah tu mood menyakat dia.

"Hmmm" jawabku acuh tak acuh. Tiba-tiba aku teringat sesuatu.

"Nial, semalam awak ada main basketball ke?"

"Huh? Takdelah mana ada saya main basketball" kata Nial tidak pandang tepat ke mataku.

Sorry Mel saya tipu awak. Saya jugak minta maaf kalau saya tak boleh lagi berada di samping awak di university nanti.

Readers, Okay tak mau sedih dah. Nial masih sihat lagi. Lepas ni tak tahu lah apa jadi kat Nial. Hehehe







Serpihan Kisah Si DiaWhere stories live. Discover now