BAB 19 - Viral

1.4K 76 10
                                    

Esoknya aku pergi ke kelas macam biasa. Senyuman tak lekang dari bibirku dari keluar kolej kediaman tadi hinggalah dah sampai ke blok kuliah ni. Pertama kali dalam sejarah, aku ni,Mel boleh tersenyum gembira apabila ada kelas pagi. Siap dah pakai baju lawa-lawa dah. Kalau sebelum ni, asal ada kelas pagi je, aku moody sebab kena bangun awal.

Tapi hari ini bersemangat pulak nak pegi kelas pagi. Kelas habis je terus boleh pergi dating dengan Nial. Hehehe bahagianya rasa! Tapi sebelum masuk kelas aku rasa macam ada aura yang kurang menyenangkan pulak.

Aku perasan yang student-student lain semua memandang aku dengan pandangan lain macam sambil berbisik-bisik. Aku pikir diorang pandang aku sebab pelik tengok aku dari tadi senyum macam orang kurang siuman. Orang nak senyum pun salah. Tapi masing-masing memegang telefon di tangan sambil bercakap-cakap memandang ke arahnya. Okay. What is going on?? Aku mengeluarkan handphone aku.

"Apa ni? Viral message?" terkejut tengok message yang sama ada dalam setiap group kelas dan persatuan. Ada gambar dia dengan Nial di taman hospital semalam. Eh macam mana diorang tau aku dekat taman hospital semalam? Sewaktu itu sebenarnya Nial sedang membuang ulat bulu yang ada dibajunya.

Tapi disebabkan Nial mendekatkan wajahnya kepada aku masa nak tolong buangkan ulat bulu itu. Aku pulak siap tutup mata lagi. Gambar tu ditangkap dari satu sudut dan hasil tangkapan gambar tersebut menampakkan seolah-olah Mel sedang bercumbu dengan Nial!!

 Gambar tu ditangkap dari satu sudut dan hasil tangkapan gambar tersebut menampakkan seolah-olah Mel sedang bercumbu dengan Nial!!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

{Mel bercumbuan dengan Nial di luar kolej}

Caption itu menjadi tajuk besar kepada gambar tersebut. Selepas itu berpusu-pusu message dari student lain masuk. Bermacam-macam komen dan cacian di beri.

Rupanya ini yang diorang buat di luar kolej!! Dasar tak tau malu punya pompuan!

Dia goda ketua MPP ,kembar MPP pun dia nak goda jugak. Dua2 beradik dia nak.

Muka je baik konon pakai tudung, rupanya macam bohsia.

Kesian Abang Ash.

Dia patut dibuang U

Aku jalan masuk ke dalam kelas. Tanganku genggam menahan api yang kian membara dalam hatiku. Apa yang diorang tak puas hati sangat dengan aku?

"Mel!! Mel" panggil Emma. Dia duduk di sebelahku dalam kelas itu.

"Mel, kau dah tau dah pasal viral message tu?" tanyanya.

"Dahlah!" aku terjerit kepada Emma.

"Sabar Mel, aku nak bagitau kau ni, aku dapat tau orang yang sebarkan tu geng Divas. Dengar cerita si Lia tu jeles kau rapat dengan Ash dan Nial. Dia dah lama crush dekat si Ash tu. Tapi Ash tak layan dia. So dia bengang la tengok kau boleh pulak rapat dengan Ash. Nial pun asik berkepit dengan kau je. Sebab tu diarang sebarkan gosip macam tu" terang Emma panjang lebar.

"Apa yang dia tak puas hati sangat dengan aku huh?"

"Mel, aku rasa dua tiga hari ni kau tak payah lah datang kelas. Tak selamat Weh"

"Hmm..."

"Nanti kalau ada apa-apa aku akan call kau"

Selepas habis je kelas, aku terus blah dari U tu. Baik aku pegi jumpa Nial lagi best. Aku nak spend time sepanjang hari ni dengan Nial. Lupakan semua yang berlaku tadi. Yes Mel, You can do it!!

====================================

Sampai sahaja di wad Nial. Mel terpaku pada wajah maskulin milik Nial. Dengan pakaian yang stylo menjadi pilihan Nial. Nial mengenakan t-shirt putih dengan jaket kulit berwarna hitam dan berseluar jeans. Ringkas tetapi tetap nampak stylo. Handsomenya dia hari ni.

Nial juga terpaku pada wajah mulus milik Mel. Nampak feminin dengan blouse panjang warna putih berseluar jeans dikenakan dengan shawl berwarna biru laut yang bercorak bunga-bunga kecil. Comelnya dia hari ni.

Mereka masih menatap muka masing-masing selama beberapa minit. Dua-dua tersenyum-senyum. Dah mereng agaknya mereka berdua ini. Nak pergi dating je pun bukan pergi nikah pun.

Hahaha sampai di sini sahaja. Sabar eh,Next bab diorang gi dating tu akan diupdate sebentar lagi. Maybe subuh nanti. Hmm nampaknya mel jadi gosip hangat di u.


Serpihan Kisah Si DiaWhere stories live. Discover now