BAB 12 - Interview

1.4K 91 10
                                    

Hari ini ialah hari di mana Mel akan buat satu keputusan yang dia akan menyesal seumur hidupnya. Suatu keputasan yang akan buat dia tak boleh lari daripada orang tu.

"Mel, weh tolong aku Mel" kata Emma dengan muka gelisah.

"Tolong apa?"

"Teman aku pergi interview untuk jadi ahli majlis tertinggi persatuan Majlis Perwakilan Pelajar" kata Emma senafas.

"Huh? Apa benda tu? Interview apa ni?" Tanya aku sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Aku tak faham satu benda pun yang baru saja diberitahu Emma itu. Aku nak sebut balik pun aku tak reti.

"Jom lah Mel, pergi interview tu dgn aku, ini untuk kebaikan kita jugak masa interview untuk cari kerja nanti, boleh dijadikan pengalaman." kata Emma lagi cuba meyakinkan aku.

"ohh okay lah, aku ikut kau" kataku bersetuju.

"Thanks Mel"

Malam itu aku dan Emma pergi ke pusat persatuan pelajar tempat interview itu dilakukan. Selepas beberapa minit aku, Emma dan tiga orang lagi diarah untuk masuk ke dalam sebuah bilik. Di dalam bilik tu ada lima orang yang berpakaian kemas tengah duduk. Mereka memegang pen sambil menulis sesuatu di atas kertas yang berada di atas meja yang disusun panjang dihadapan mereka. Hish serious giler muka diorang semua ni. Saat itulah aku terpandang muka seseorang. Ash!

Dia berada di tengah-tengah antara empat orang lagi. Adoyai Mel. Macam mana kau boleh lupa yang si Ash ni ketua MPP? Majlis Perwakilan Pelajar yang disebut oleh Emma tadi. Emma ni kan saja je. Buat aku confused tadi. Bukan nak bagitau aku awal-awal.

"Weh Emma, kau memang sengaja ke apa?" bisikku kepadanya sambil memberi isyarat mata tunjuk ke arah Ash.

"Sorry Mel, kalau aku bagitau, mesti kau tak nak datang. Hehehe" katanya sambil membuat muka kesian.

Sabar jelah aku dengan si Emma ni. Selepas itu kami duduk di kerusi yang disediakan menghadap mereka berlima.

"Okay sekiranya awak dapat memegang jawatan ini, dan awak merupakan ketua projek kepada event itu, tetapi pada hari tersebut, awak mendapat panggilan emergency daripada keluarga. Adakah awak akan tinggalkan event itu dan balik ke rumah?" Tanya salah seorang daripada mereka sambil menuding jari kepada orang sebelah aku dan bagi isyarat kepadanya untuk jawab soalan itu.

"Jika saya dapat panggilan emergency, saya akan berusaha untuk selesaikan tugas saya dan memastikan anak buah saya menjalankan tugas mereka terlebih dahulu baru saya akan pulang ke rumah. Jika perlu anak buah saya boleh menghubungi saya jika terdapat sebarang masalah" Jawab pelajar itu dengan yakin.

Selepas beberapa soalan yang ditanya mereka dijawab oleh kami. Ash yang dari tadi hanya diam mendengar sahaja sambil mencatat sesuatu di atas kertas yang dipegangnya. Tiba-tiba bersuara sambil memandang tepat ke arahku.

"Saya nak bertanya kepada awak" sambil menuding jari ke arah aku. Apa pulak kali ni?

"Jika awak perlu menguruskan sesuatu event tetapi pada waktu yang sama 'kekasih' awak meminta awak supaya meluangkan masa bersamanya. Awak akan lebih pentingkan 'kekasih' awak itu ke atau tanggungjawab awak sebagai ahli majlis tertinggi?" katanya dengan muka selamba yang dibuat-buat serius.

Mereka yang lain semua tercengang mendengar soalan yang tak diduga itu. Kalau mereka boleh terkejut inikan pulak aku. Dia sengaja nak uji aku ke apa ni? Relax Mel. Kau layankan saja, dia kan ketua MPP, kau kene hormat.

"Jika saya ada 'kekasih' yang minta saya meluangkan masa bersamanya, saya yakin saya akan lebih mengutamakan tugas saya sebagai ahli majlis tertinggi kerana bagi saya tugas itu adalah amanah dan termasuk dalam skop pembelajaran sebagai student di sini dan saya jugak yakin 'kekasih' saya tu akan memahami tanggungjawab saya." Jawab aku dengan yakin. Sengaja aku tekankan ayat 'jika' dan 'kekasih' itu. Suka hati dia je cakap aku ni ada kekasih.

"Baiklah saya akan pegang kata-kata awak itu, Cik Melissa" katanya lagi with double meaning smile.

Selepas itu tamat lah sesi interview itu dan kami semua dibenarkan pulang. Dua hari selepas itu aku dan Emma mendapat mesej mengatakan kami lulus interview itu. Emma dapat memegang jawatan sebagai bendahari manakala aku dapat pegang jawatan sebagai setiausaha. Emma sangat gembira mendengar berita itu. Tapi aku? Rasa macam tak sedap hati je.

Keesokan harinya ialah hari pertama meeting diadakan. Sekali lagi aku jumpa dengan mamat Ash tu. Dan setiap kali aku bertembung dengan Ash dia akan senyum kepadaku. Senyuman yang tak dapat aku tafsirkan. Apalah yang dia dah plan dalam kepala otak dia itu. Selepas itu setiap kali ada event macam-macam dia suruh aku buat.

"Mel saya nak awak sediakan senarai nama semua pelajar di university ini"

"Mel saya nak awak tempah dewan auditorium petang ini jugak"

"Saya nak awak tempah makanan untuk semua student bagi event ini."

"Saya nak awak check bilangan pensyarah yang akan hadir ke event ini"

Dan macam-macam lagilah arahan yang dia keluarkan. Semuanya dia nak aku yang buat. Aku pulak tak boleh bantah satu pun. Kalau tidak dia akan laporkan kepada pensyarah mengatakan aku tidak jalankan tugas dengan baik apabila diberi kerja.

Tak menang tangan jugak lah aku dibuatnya minggu tu, dengan nak pergi kelas lagi, ada test dan quiz lagi. Serious aku cakap aku menyesal setuju ikut Emma pergi interview itu. Emma hanya boleh memohon maaf kepadaku. Tak sangka Ash akan buat begitu. Dan sekali lagi masalah-masalah yang aku perlu hadapi ini aku ceritakan kepada Nial.

"Nial saya tak fahamlah, padahal ramai je lagi AJK lain. Kenapa dia nak suruh saya jugak buat semua kerja tu?" keluhku kepada Nial.

"Saya rasa dia gunakan jawatan dia sebagai ketua MPP tu untuk buli awak lah" dia pun terkejut dengar aku diperlakukan sebegitu oleh kembarnya.

"Tapi kenapa saya?" tanya aku tidak faham dengan perangai si Ash tu. Nak je aku letak jawatan. Tapi nanti apa pulak pandangan pensyarah-pensyarah di sini terhadap aku?

Nial hanya diam mendengar pertanyaanku. Dia sedang memikirkan apa sebab dan tujuan sebenar Ash tu buli Mel sampai macam tu.

Uish macam ada orang tu cemburu lah. Apa sebabnya si Ash ni buli Mel eh? Nak balas dendam ke pasal kes Mel tumpahkan air tu?atau sbb lain? Kita tunggu bab seterusnya. Jangan lupa vote tau. Penat saya memerah otak cari idea, tu yg lambat sikit update. Hehehe .Thanks sudi baca.

Serpihan Kisah Si DiaWhere stories live. Discover now