BAB 25 - Penat

2K 97 26
                                    


Setelah beberapa jam kami berbual. Nial mengadu yang dia sedikit penat. Aku membiarkan dia baring untuk berehat. Nial tenang menutup matanya sambil tersenyum. Nial ni tidur pun nak senyum jugak ke?

Baru sahaja aku nak melangkah keluar daripada bilik itu untuk mencari Doktor Farhan. Dada Nial tiba-tiba berombak kuat. Aku segera menjerit mamanggil nurse yang berada di luar wad Nial. Beberapa nurse dan Doktor Farhan segera masuk ke dalam wad Nial itu.

"Nurse! Bawak dia keluar dari bilik ini!" Arah Doktor Farhan kepada salah seorang nurse.

Dia memimpin aku keluar. Kerana ketika itu aku hanya terpaku berdiri disitu. Terkejut melihat keadaan Nial. Setelah aku keluar daripada wad Nial. Aku hanya mampu diam berdiri di sebalik pintu bilik itu. Diam mendengar suara Doktor Farhan dalam kekalutan menyelamatkan Nial. Sesekali terdengar bunyi mesin defibrilator digunakan. Betapa luluhnya jantungku apabila ayat itu diucapkan oleh Doktor Farhan.

"Time of death. 7 p.m"

Bagaikan tak percaya yang Nial sudah tiada. Baru sekejap tadi Aku berbual dengannya. Nial bergelak ketawa dan masih lagi boleh bersenda gurau denganku. Tak nampak sebarang tanda pun yang dia sakit. Tapi sekarang? Nial sudah pergi tinggalkan aku? Sampai hati awak tinggalkan saya Nial! Awak kata awak sayangkan saya, Nial.

Aku terduduk di luar bilik itu. Menangis semahu-mahunya. Doktor Farhan keluar daripada bilik itu. Mukanya sedikit berpeluh-peluh. Dia kesian melihat keadaan aku pada saait itu. Dia duduk di kerusi yang berada di hadapanku.

"Mel, Ada benda yang saya nak awak tau. Pasal keputusan CT scan Nial. Hasil keputusan mengatakan bahawa kanser tu dah pun merebak ke seluruh tubuh Nial. Nial tak bagi saya bagitau awak tentang keadaan sebenar dia. Dia tak nak awak risau. Dan kami sebenarnya dah jangka yang Nial tidak dapat sedar daripada koma itu. Kami terkejut apabila dengar Nial masih boleh sedar selepas itu. Mungkin dia sedar kerana nak sampaikan kata-kata terakhirnya kepada orang yang dia sayang. Sebelum dia betul-betul tinggalkan kita semua. Mel, saya harap awak tabah menghadapi semua ini. Saya dapat lihat yang Nial tu sangat sayangkan awak. Dan saya yakin arwah juga tak nak awak bersedih"

Arwah? Jadi memang betullah Nial sudah tiada. Nial dah pergi tinggalkan aku. Untuk selamanya.



Serpihan Kisah Si DiaWhere stories live. Discover now