BAB 17 - Boyfriend

1.4K 80 13
                                    

Aku sampai je hospital sudah hampir pukul 5 petang. Disebabkan perbualan aku dengan Ash di library tu telah menganggu fokus aku dalam menyiapkan assignment tu. Jadi assignment tu siap lagi lambat daripada yang aku jangkakan.

"Hai Nial" kataku dengan tidak bersemangat.

"Mel, are you okay?" tanya Nial mengambil berat.

"Tak ada apelah penat sikit je"

"Mel, kalau awak penat, you don't need to come here"

"Nial, I want to be here beside you. Don't worry" kataku sambil tersenyum memberi kepastian kepada Nial.

"Hmm kalau awak cakap macam tu. Jom turun bawah."

"Huh, nak pegi mana pulak?"

"Ikut jelah saya" Nial bangun dan mangajakku untuk mengekorinya.

Kami turun ke sebuah taman yang terletak di belakang hospital tu. Not bad. Taman itu tak adalah besar mana pun. Tapi sangat cantik dihiasi dengan pelbagai tanaman hijau. Udara di situ sangat menyenangkan. Tempat yang sangat sesuai untuk mengambil angin bagi mana-mana pesakit yang sudah bosan duduk dalam wad.

Kami duduk si salah sebuah kerusi yang disediakan. Aku dan Nial hanya diam dan memerhati orang-orang di situ.

"Mel, saya rasa ada ulat bulu la dekat baju awak tu" kata Nial tiba-tiba.

"Huh? Nial! please-please buangkan saya geli!" kataku memegang lengan Nial sambil menutup mata.

"Jap Mel, jangan gerak" Nial kemudiannya mengambil sebatang rangting dan membuang ulat bulu itu daripada baju aku. Aku membuka mata.

Nial tersengih-sengih seperti mahu menahan gelak.

"Apa? Sengih-sengih. Gelak jelah kalau nak gelak sangat. Suka sangat gelakkan saya kan" kataku menahan marah.

Dan akhirnya tersembur jugak ketawa Nial yang di tahan-tahan tadi.

Aku terpegun tengok Nial gelak. Hati aku tiba-tiba menjadi berdebar-debar. Nial sangat kacak pada pandangan mata aku. Dan aku tak tahu daripada mana aku dapat keberanian ini untuk tanya soalan ni.

"Nial"

"Awak jadi boyfriend saya boleh?"

Nial terkejut. Gila direct minah ni,propose aku. Aku yg lelaki ni pulak naik malu. Memanglah aku pun ada perasan terhadap Mel. Selepas subulan lebih kitaorang bersama, aku tak dapat nafikan yg aku pun suka Mel. Muka comel dia bila menahan marah. Komen selamba dia. Aku tak pernah rasa mcm ni kat perempuan lain.

Tapi aku tak boleh terima Mel. Saya tak layak untuk awak Mel. Awak patut dapat lelaki yang dapat bahagiakan awak bukannya saya yang berpenyakit ni, yang tak tau pun berapa lama lagi boleh bertahan untuk hidup. Saya tak sanggup tengok awak derita kerana saya.

Nial hanya terdiam dan akhirnya bersuara dengan nada yang dingin.

"No, Mel. Saya tak boleh"

"But why?"

"You know why"

"Huh, apa yang awak cakap ni Nial. Saya tak faham"

"Saya tahu yang awak dah tahu pasal penyakit saya Mel. Doktor Farhan told me"

Alamak macam mana Nial boleh tahu ni? Doktor Farhan ni pun satu tak boleh ke dia simpan rahsia. Kalau doktor Farhan reti simpan rahsia, kau tu pun takkan tau pasal penyakit Nial nilah. Hmm macam mana ni. Dahlah kene reject dengan Nial. Tak sempat tahan malu lagi dapat tahu rahsia pecah pulak. Huhuhuhu

Serpihan Kisah Si DiaDonde viven las historias. Descúbrelo ahora