BAB 14 - Okay tak?

1.3K 84 3
                                    

Selepas bayang Ash hilang dari tempat gelanggang bola keranjang itu. Nial cuba jalan ke arah bangku tempat yang dia letak begnya tadi. Tapi sakit di dada semakin menyengat menyukarkan dia untuk bernafas. Nial mula tercungap-cungap. Tangannya mamaut pada dada cuba menahan kesakitan.

"Nial!" panggil seseorang.

Mel datang menghampiri Nial. Mel terkejut melihat keadaan Nial semasa itu. Apa yang terjadi kepada Nial ni. Penyakit Nial menyerang kembali ke?

"Nial awak kenapa ni?" tanya Mel dengan nada gelisah. Dia sangat risau lihat muka Nial yang sudah berubah pucat. Dengan badan berpeluh-peluh.

Nial tak balas apa-apa. Dia mula terbongkok menahan batuk yang tak henti-henti.

"Nial awak okay tak ni?" tanya Mel sambil memegang bahu Nial.

"Sa..ya Okay" jawab Nial perlahan masih lagi cuba menahan kesakitan yang hebat menyerang.

"Nial ubat awak mana?"

"Ada kat dalam beg kat atas bangku tu" jawab Nial sambil memandang kearah begnya.

"Nial kita pergi hospital jelah. Saya risau tengok awak macam ni" kataku cuba memujuk Nial.

"No, saya masih boleh bertahan. Ni batuk biasa je ni. Lepas saya makan ubat, akan okaylah. Tolong ambikkan ubat saya" kata Nial dengan suara yang dibuat macam sihat.

"Betul ke ni?"

"Ye, betul" suara Nial makin perlahan. Masih lagi mahu berdegil.

Batuk Nial kedengaran makin teruk. Nial semakin tercungap-cungap.

Belum sempat Mel mengeluarkan ubat di dalam beg Nial yang baru saja dia ambil di bangku itu. Tiba-tiba Nial rebah ke lantai gelanggang itu. Nial sudah tidak sedarkan diri.

"NIAL!!"

Jerit Mel melutut di sebelah Nial. Dia cuba untuk mengangkat Nial. Air matanya mula jatuh perlahan. Mel menangis tersesak-esak di situ.


Sorry pendek saja bab ni, malam ni author update lagi kalau sempat.

Serpihan Kisah Si DiaWhere stories live. Discover now