BAB 23 - Rindu dia

1.5K 82 8
                                    

Kata-kata doktor Farhan tadi menyentap hatinya. Terngiang-ngiang di cuping telinganya. Mel diam terpaku pada cermin kaca itu. Memandang sayu keadaan Nial yang masih bertarung dengan nyawanya disebalik cermin itu.

"Nial is in coma"

"Nial perlu sedar dalam tempoh 24 hours atau dia akan terus bergantung pada alat bantuan pernafasan itu"

Itu yang diberitahu oleh Doktor Farhan. Sejak semalam mesin ventilator itulah yang mengambil alih seluruh fungsi pertukaran oksigen bagi mempertahankan hayatnya.

Nial awak kene sedar! Walau macam mana pun awak kene sedar. At least for me? Please bertahan Nial! Dan sekali lagi air matanya jatuh berguguran. Sebak didada yang dia rasakan ketika ini tak dapat ditanggung.

Lama dia duduk di kerusi sebelah katil Nial itu, hanya menatap wajah pucat itu buat sekian kalinya. Bagaikan berharap si dia akan membuka matanya.

"Nial, bila awak nak buka mata? Bangunlah Nial. Saya nak tengok mata awak yang warna biru itu. Nial....." kata Mel separuh merayu.

Sudah tak terkira rasanya berapa kali soalan yang sama diutarakan. Merayu si dia supaya bangun. Tapi soalan itu hanya dibiarkan sepi tanpa sebarang respon. Hati Mel semakin sayu. Berat matanya menatap sekujur tubuh yang lemah terlantar itu dengan wayar yang berselirat.

Suasana bilik itu sepi hanya ditemani dengan bunyi mesin ventilator itu dan suara esakan daripada Mel. Tiada lagi suara Nial yang suka menyakatnya. Tiada lagi senyuman manis selalu Nial lemparkan buat dia.

"Saya tau awak kuat Nial. Saya yakin awak mampu bertahan. Betul kan Nial?" tanyaku dengan suara bergetar.

Air mata Mel mengalir lagi. Sudahnya malam itu dia terlelap di sisi Nial dengan tangisan yang buat sekian lamanya mengalir. Tanpa disangka ada suara yang lemah memanggil namanya. Yang disangkakan Mel hanya mimpi yang datang menyinggah.

"Mel..." sekali lagi suara itu memanggil. Tiba-tiba terasa ada tangan yang menyentuh kepalanya. Mengusap perlahan kepalanya. This in not a dream. Isn't it?? Mel membuka perlahan matanya. Terkejut melihat wajah yang tersenyum lemah memandangnya.

"Nial! Syukur Alhamdulillah awak dah sedar!"

Aku segera bangun memanggil Doktor Farhan. Rasa lega yang tak terkata dirasakan saat itu. Betapa gembiranya dia dapat tahu yang Nial berjaya lepasi waktu kritikal itu. Selepas Doktor Farhan check keadaan Nial, dia dibiarkan tidur kerana keadaan tubuhnya yang masih lemah memerlukan rehat yang cukup.

"Terima kasih awak sebab masih bertahan"bisikku.

Mel setia menunggu di sisi katil Nial. Meneliti setiap inci wajah Nial. Walaupun matanya tertutup rapat sekarang ni, hatinya terasa lapang kerana tutupnya mata itu kerana dia nyenyak dalam tidurnya dan bukaknnya terlantar tak sedarkan diri seperti tadi.

"Saya akan sentiasa temani awak kat sini, Nial" Kepala direbahkan di tepi katil Nial itu.

Nial membuka matanya. Cahaya matahari yang menyinar disebalik langsir itu meyakinkan dia bahawa hari sudah siang. Nial memejamkan matanya cuba menyesuaikan matanya dengan keaadan cahaya yang terang itu. Nafasnya ditarik sedalam yang mampu walaupun terasa sakit di dadanya.

Matanya dibuka sekali dan saat itulah dia terpaku apabila terkihat susuk tubuh yang lena tidur menyembamkan kepalanya di sisinya itu. Mel! Hatinya memanggil nama yang mula terukir di hatinya. Bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menatap wajah itu.

Mel menggerakkan badannya. Dia merenggangkan tubuhnya. Apabila dia mengangkat wajahnya, Mel terkejut tengok wajah orang itu tersenyum memandangnya. Adoyai kantoi lagi tertidur kat sebelah Nial. Dah lama ke dia perhati aku tidur? Erk ada air liur ke tak huh? Perlahan dia mengelap bibirnya.

"Dah tak ada dah air liur tu. Saya dah lapkan tadi" katanya sambil tersengih walaupun suara itu kedengaran sedikit lemah.

"Awak lapkan?" Biar betul Nial ni? Saat itulah aku tersedar. Nial sakat aku. Nial dah sihat. Aku tersenyum gembira.

"Wah satu perkembangan. Mel gembira apabila disakat" katanya lagi.

Aku sangat bersyukur saat itu. Saat yang aku sangka,aku tak dapat rasai lagi. Saat yang sangat aku takuti sebelum ini. Takut apabila memikirkan yang Nial akan tinggalkan aku. Ya Allah walaupun saat ini hanya sementara. Aku tetap bersyukur.

"Mel" suaranya bertukar sayu.

"Ye,Nial"

"Saya nak minta maaf. Sebab saya date kita tergendala. Sebab saya date kita tak seperti yang awak harapkan. Saya lemah, Mel. Saya tak mampu penuhi permintaan awak. Saya.."

"Syuhh,Nial" Aku memotong ayatnya.

"Please jangan cakap macam tu. That date was perfect okay. Adanya awak meluangkan masa bersama saya sudah memadai, Nial" Aku meyakinkan Nial.

"Mel,saya takut. Saya tak kuat" katanya lagi dengan suara sayu. Nial menangis!

"Nial, kenapa ni? Saya tak suka lihat awak macam ni. Nial saya bukan macam ni. Nial saya kuat. Takmau nangis. Apa ni laki nangis?" Aku cuba memujuknya. Aku tau dengan keadaanya sekarang. Emosinya terganggu.

"Mel...." Nial mula merengek lagi. Betul ke ni Nial ni? Sejak bila pulak suka merengek ni?

"Ya,Nial sayangku. Buah hatiku" kan dah terkeluar segala panggilan.

"Mel,saya tau masa saya dah tak lama. Saya teringin sangat nak jumpa dengan Ash. Saya rindu dengan satu-satunya adik saya tu. Saya rindu mommy and daddy. Please Mel, bawak mereka jumpa saya? Saya takut saya tak dapat jumpa diorang lagi." kata Nial merengek-rengek dengan air mata yang membasahi wajahnya itu.

Pertama kali aku lihat Nial macam ni. Menangis-nangis tak ubah seperti anak kecil yang kehilangan ibu bapanya.

"Saya janji Nial. Saya akan bawak mereka jumpa awak. Dah tak mau nangis."

Aku menepuk-nepuk bahu Nial bagi memujuknya dan mengarahnya supaya dia berehat kembali. Tak sanggup aku lihat keadan dia yang macam ni, tak sanggup aku dengar suara dia yang sayu itu. Suara yang merayu aku untuk membawa Ash ke sini?

Serpihan Kisah Si DiaWhere stories live. Discover now