BAB 22 - Lake date

1.5K 75 19
                                    

Kami sampai ke sebuah taman rekreasi. Terdapat sebuah tasik di pinggiran kawasan rekreasi itu. Kami memilih untuk berkelah di atas dataran yang berbukit sedikit. Di situ mesti lebih mudah untuk lihat matahari terbenam.

Aku membentangkan tikar kain di atas rumput tersebut. Setelah itu Nial mengeluarkan bekal makanan yang aku bawa dari rumah.

"Ni betul ke awak buat sendiri ni Mel? Siap ada sandwich, Smore, popcorn ayam, siap bawak air jus lagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ni betul ke awak buat sendiri ni Mel? Siap ada sandwich, Smore, popcorn ayam, siap bawak air jus lagi. Awak kata tak reti masak?" Tanya Nial hairan.

"Eh betul lah saya yang sediakan semua ni. Saya siap tengok youtube tau nak memenuhi permintaan awak yang nak rasa air tangan saya tu. Lagipun ni semua simple je. Tak dikira memasak pun sebenarnya."

"Wah terharu saya"

"Eh mestilah kena terharu, saya buat dengan penuh kasih sayang tau. Hanya untuk awak, Adam Danial" Kataku dengan separuh berbisik.

Aku tersengih. Saja berkata begitu. Nak menduga reaksi Nial. Dan tepat sangkaan aku. Nial blushing! Lagi!

"Hahahaha" Aku dah tak boleh tahan diri untuk ketawa.

Serious kelakar tengok Nial blushing. Lelaki blushing? Sangat rare.

"Mel, sejak bila pulak karakter kita bertukar ni? Sepatutnya saya yang menyakat awak bukannnya awak sakat saya." Kata Nial sambil mendengus tak puas hati.

"Eh, biarlah. Mana boleh asik awak je yang sakat saya. Kena lah take turn."

"Banyaklah awak take turn."

Aku tersenyum. Gembira tengok Nial macam ni. Tengok Nial tersenyum. Nial yang sihat dan boleh berborak dan bersenda gurau denganku.

"Mel, cantikkan sunset ni?"

"Erm,cantik"

"Saya bersyukur sangat yang saya masih diberi peluang untuk tengok keindahan ciptaanNya" Kata Nial dengan nada yang agak sayu.

Selepas itu Nial pandang ke arah aku. Lama dia menatap wajah aku.

"Saya sangat bersyukur" Sekali lagi dia mengucakannya.

"Saya sangat bersyukur" Sekali lagi dia mengucakannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selepas itu kami turun ke tasik itu. Terdapat satu jeti kecil di situ.Di sebelahnya ada sebuah sampan kayu yang diikat di tiang jeti tersebut. Nial mengajakku melangkah masuk ke dalam sampan itu. Aku duduk bertentangan dengan Nial. Nial mendayung sampan itu sampai ke tengah tasik. Aku hanya tersenyum memerhati jejaka tampan yang sedang mendayung di hadapan aku kini.

"Sudah-sudah lah tu Mel, awak dok telek muka saya. Saya tau lah saya ni hensem."

Aku hanya tersengih. Tidak menafikan. Yelah aku ni kan memang tak tau malu. And Nial pun dah tau perangai aku yang satu itu. Tak perlu nak cover lah. Hehehe.

Selepas kami sampai betu-betul di tengah tasik. Nial berhenti mengayuh. Tiba-tiba makin lama, aku dapat rasakan yang punggung aku makin basah. Aku Period ke? Aku menyentuh punggungku. Aik Asal basah semacam ni? Bocor! Bukan aku yang bocor tapi sampan ni yang bocor!

"Nial! Sampan ni bocor!"

Sampan tu mula dipenuhi air. Kami berdiri. Reaksi refleks pada saat-saat panic ni. Semuanya berlaku dengan sekelip mata. Kami tidak dapat memikirkan jalan penyelesaian. Dan lama kelamaan kami pun tenggelam. Bush!! Tengelam dalam tasik itu. Aku mula tergapai-gapai.

"Ni..al!!..I..Can't... Swim!!" jeritku sedaya upaya.

Selepas itu aku dapat rasa ada tangan yang mencepungku menarik aku sampai ke tebing sungai. Sampai sahaja aku terus terbatuk-batuk memuntahkan air tawar yang aku tertelan tadi. Kami baring terlentang lemah di atas rumput itu.

"Mel, awak okay tak?" Tanya Nial dengan nada cemas.

"Saya okay. Thanks Nial, selamatkan saya"

"No,Memang tanggungjawab saya pun. Saya lega sangat awak tak apa-apa Mel"

Aku kembali baring. Berehat melegakan pernafasan. Selepas itu Nial hanya diam sambil baring membelakangiku. Aku bangun pergi ke hadapan Nial. Alangkah terkejutnya aku lihat wajah Nial yang pucat dengan dahi berkerut-kerut. Tangan Nial tidak lepas memaut erat dadanya. Nial kelihatan tercungap-cungap.

"Nial!! kenapa ni?"

"I'm fine."jawabnya lemah.

Aku cuba membantu Nial untuk duduk. Tapi setelah itu Nial mula terbatuk-batuk dengan kuat. Nial memegang erat tanganku cuba menahan sakit yang mula terasa. Aku mula panik.

"Nial, Jom saya bawak pergi hospital. Ubat awak! Saya ambikkan ubat awak?" Aku cuba bangun. Tapi pantas tangan Nial meraih lenganku menghalang aku daripada bangun.

"Nial,please.. tell me..what to do?" Air mata mula meleleh hebat. Tak sanggup dia lihat keaadan Nial macam tu.

"Just hug me please" Nial meraih bahu Mel. Nial memeluknya erat dan kuat. Semakin erat seperti mencari kekuatan untuk melawan sakitnya yang kuat menyerang.

Pada saat itulah Nial terbatuk-batuk tanpa berhenti.

"Uhuk... Uhuk... Uhuk... "

Mel dapat rasakan belakang bahunya mulai basah. Basah dengan darah Nial! Selepas itu tiada lagi kendengaran bunyi batukkan Nial, pelukannya pun semakin longgar.

"Nial!! Bangunlah awak."

Hari ini, hari yang aku sangkakan boleh meninggalkan memori bahagia buat kami, akhirnya bertukar menjadi sebuah tragedi. Tragedi yang seboleh-bolehnya cuba aku elak dari start dating lagi. Nial, saya minta maaf awak jadi sakit macam ni sebab selamatkan saya.

Sorry author lambat update. Agak mengambil masa untuk buat bab ni. Penuh dengan emosi. Hmm haritu Nial sakit sebab Ash, ni sebab Mel pula. Huhuhu.

Serpihan Kisah Si DiaWhere stories live. Discover now