BAB 16 - Dia tipu

1.3K 82 6
                                    

Pagi ini aku cuma ade dua kelas. Selepas habis je kelas aku terus ke library nak cari buku buat rujukan untuk siapkan assignment yang baru sahaja Prof. Azfar bagi tadi yang memerlukan aku untuk hantar assignment tersebut hari ini jugak. Okay Mel, cepat siapkan assignment, cepatlah kau boleh balik. Boleh lawat Nial di hospital lepas ni! Hatinya bersuara riang. Mesti Nial lama tunggu aku kat hospital tu. Dah mulalah kau nak perasan Mel. Hehehe

Sedang dia tekun menaip tugasan di laptopnya. Seseorang tiba-tiba dengan selambanya menarik kerusi dan duduk di hadapannya. Dan orang itu adalah Ash! Apa yang dia nak? Please jangan cakap yang dia nak suruh aku buat kerja untuk event akan datang ke apa. Aku tengah tak ada mood nak layan kerenah dia. Mr.Hitler! Aku sambung menaip dengan dahi berkerut-kerut sambil membebel sendirian.

"Kau mengutuk aku ke apa?" tanyanya direct.

"Baguslah kalau kau sedar" gumamku perlahan.

"Hmm, baguslah aku tak nampak dah kau berkepit dengan 'kekasih' kau tu" katanya tiba-tiba dengan senyuman sinis.

"Apa masalah kau sebenarnya? Kenapa kau benci sangat dengan Nial? Abang kembar kau sendiri?" tanyaku berani.

Lantak kau lah nak marah aku ke, nak tengking ke. Kalau buat baik pun sama jugak dia akan keluarkan kuasa veto dia tu untuk buli aku nanti. Ash terdiam dengar soalan berani matiku itu. Habislah kau Mel.

"Itu bukan urusan kau. Aku nak ingatkan kau, jangan berani lagi kau sebut yang Nial tu abang aku! Aku dah lama anggap abang aku dah mati!" katanya dengan suara yang dingin.

"Huh" Aku tersengih.

Tak sangka macam ni rupanya sikap sebenar kau Ash.

"Betul itu yang kau nak? Betul kau tak tak akan menyesal kalau Nial mati?" tanyaku lagi.

Aku tak dapat menahan rasa sakit hati yang aku rasa sekarang. Mataku mula bergenang.

"Nial sakit, Ash! He's sick!!"kataku akhirnya. Berharap Ash akan memahami. Tetapi aku silap, kata-kataku hanyalah sebagai gurauan baginya.

"Hahaha, takkan kalah basketball semalam terus jatuh sakit?" katanya lagi dengan senyuman sinis.

"Kau lawan basketball dengan Nial semalam?"

"Yang bagusnya he's a loser yang menepati janjinya"

Kata Ash lagi sambil tersenyum dan bangun meninggalkan aku di situ yang masih terkejut dengan kenyataan yang baru sahaja diberitahu oleh dia tadi.

So Nial tipu aku bila aku tanya dia buat apa kat gelanggang itu semalam. Rupanya dia lawan basketball dengan Ash semalam. Perlawanan yang membuatkan dia jatuh sakit. Tapi untuk apa? Perjanjian apa? Apa lagi rahsia yang awak sembunyikan daripada saya Nial?

Hmm... nampaknya Ash akan lebih dibenci. Macam mana kalau lepas ni kita kene jugak suka Ash ni. Kot-kot dia jadi hero ke lepas ni? Hahaha relax2 lambat lagi nak berlaku. Jom lawat Nial pulak, bosan pulak layan perangai Ash ni.



Serpihan Kisah Si DiaWhere stories live. Discover now