BAB 11 - Benci Saya

1.5K 85 15
                                    

Hari-hari seterusnya aku dan Nial akan makan bersama setiap kali sebelum kelas dan selepas habis kelas macam rutin yang kami selalu buat,sama macam masa aku lawat dia di hospital dulu. Kadang-kadang Emma akan turut makan bersama kami. Emma pun masih tak percaya yang aku ada kawan yang mukanya sama dengan si Ash. Pernah satu hari tu Emma bertanya macam mana aku boleh kenal dengan Nial.

"Weh Mel,cuba kau bagitau aku macam mana kau boleh kenal si Nial ni?"

"Aku kenal Nial sejak aku jumpa dia kat hospital masa lawat papa aku hari tu"

"Huh? Jumpa Nial kat hospital? Nial sakit apa Mel?" Tanya Emma dengan nada terkejut.

Alamak aku terlepas cakap pulak. Emma tak boleh tau yang Nial sakit. Nial kan tak nak orang lain tau pasal penyakitnya, yang aku ni pun Nial tak nak bagitau.

"Tak, bukan Nial yang sakit, kan aku aku cakap aku lawat papa aku masa tu, Nial pulak lawat daddy dia, tu yang kitaorang boleh berkenalan tu. Sebab daddy Nial dan papa aku tu kawan baik. Sejak tulah aku pun jadi rapat dengan Nial" kataku panjang lebar dengan nada gelisah.

Harap kau percaya lah cerita aku ni Emma. Sorry aku tak berniat nak tipu kau Emma.Aku teraksa.

"Ohhh, best la kau Mel, dapat jadi kawan rapat dengan Nial, muka dah lah hensem, ada iras mat salleh pulak tu dengan mata warna biru lagi sama macam Ash. Tapi nasib baik la perangai Nial tak sama macam si Ash tu." kata Emma sambil buat muka menyampah.

Hahaha memang la muka sama dah nama pun kembar. Hmm agaknya macam manalah perangai sebenar si Ash tu eh? Buat aku tertanya-tanya pulak.

Malangnya aku masih tak berkesempatan untuk berjumpa dengan dia walaupun aku takut jugaklah kalau dia masih marahkan aku pasal kes aku terlanggar dia hari tu. Maybe sebab aku kerap luangkan masa bersama Nial. Ash pun tak datang dekat dengan aku. Hmm bagus-bagus yang tak bagunya student-student kat sini tak habis-habis nak mengumpat pasal aku. Tak senang lihat aku selalu bersama Nial. Apa entah masalah diorang. Ada aku kesah?

Hari ini aku makan bersama dengan Nial lagi lantaklah student-student kat sini nak cakap apa pun.

"Dah berapa hari dah ni? Tak kan awak masih tak berpeluang untuk bercakap dengan adik awak tu Nial?"

"Nope, dia masih tak nak jumpa saya. Kalau saya panggil je dia, baru nak cakap sikit terus dia potong cakap saya 'weh aku ade kelas lah lepas ni' 'aku ada meeting lepas ni ', 'aku dah janji nak jumpa kawan lepas ni, lain kali lah kita bincang eh' Tulah jelah alasan-alasan dia."

"Nial kalau saya tanya ni awak jangan marah. Kenapa Ash tu macam tak nak jumpa awak langsung eh? Seboleh-bolehnya dia nak mengelak?" Tanyaku hairan.

"Dia bencikan saya" kata Nial dengan nada sedih.

"But why?"

"Actually, mommy and daddy bercerai sebab daddy ada hubungan sulit dengan perempuan lain. Dan selepas mommy and daddy bercerai, saya buat keputusan untuk stay dengan daddy. Ash marahkan saya sebab sebenarnya saya dah lama tau yg daddy tu curang. Dia marahkan saya sebab tak bagitau mommy. Ash bencikan saya sejak daripada itu. Selepas itu mommy bawa Ash tinggalkan kami dan pergi ke luar negara. Saya dah lost contact dengan mommy dan Ash. Lepas awak bagitau yg awak nampak Ash kat sini baru saya tau Ash sebenarnya dah balik Malaysia"jelas Nial.

Sedihnya hidup Nial ditinggalkan mak dan adik kembarnya sendiri. Lepas tu daddynya pula lebih pentingkan kejarnya. Nial kene hadapi semua ini seorang diri. Dengan penyakit yang dihidapinya lagi.

"Hey, enough with my sad story. Ash tu pandai lah saya uruskan. Saya tak kan berputus asa selagi dia tak bercakap dengan saya."

"Kita kidnap Ash nak? Tarik dia bawak masuk dalam kereta. Lepas tu bolehlah awak bercakap dengan dia." kataku memberi idea.

"Hahaha Mel,Mel. Awak tak tau lagi perangai sebenar si Ash tu, kalau awak tau mesti awak takkan berani nak kidnap dia. Dia ada seni mempertahankan diri tau. Ingat senang-senang ke awak nak heret dia masuk dalam kereta?" Kata Nial sambil menaikkan sebelah keningnya.

"Ohh ye..ke? Mana..lah sa..ya tau"kataku dengan gugup.

Selepas tu Nial hanya ketawakan aku. Apa yang lucu sangat entah. Suka sangat menyakat aku. Entah betul ke tak yang si Ash tu ada seni mempertahankan diri?Entah-entah Nial saja je tipu aku. Nak tengok macam mana reaksi aku. Sebab tu best sangat dia gelakkan aku. Kalau betul yang Nial bagitau tu macam mana Mel? Maunya dia terajang kau. Tak ke naya? Ish lagi buat aku takut pulak nak jumpa si Ash tu.

Dari jauh ada sepasang mata yang memandang aksi mesra Mel dan Nial. Hatinya dalam diam memberontak. Siapa sebenarnya kau ni Mel? Apa hubungan kau dengan Nial?

Hai readers sorry lambat update. Macam mana best tak lihat Mel bersama dengan Nial? Kalau best jangan lupa vote tau. Hehehe. Hmm tapi ada org tak suka lah lihat Nial dgn Mel...




Serpihan Kisah Si DiaWhere stories live. Discover now