BAB 9 - Siapa Dia?

1.5K 92 8
                                    

Disebabkan aku ikut suggestion Nial itu . Aku berjaya servive 4 kelas untuk hari ini. Walaupun ada sahaja bisikan-bisikan negatif daripada student-student lain terutamanya daripada geng Divas. Tak habis-habis nak menganggu hidup aku. Aku tak kacau life kau pun kan?

"Ada ustazah la kat university ni"

"Ish bajet alim, tutup aurat bagai"

"Tengok lah baju dia tu langsung tak branded, mesti dia dapat belajar kat sini pun sebab dapat sponsorship je"

Tetapi aku buat tak dengar je. Sabar Mel, ingat tak apa yang Nial bagitau, keep a low profile and jangan cari pasal dengan sesiapa.

Aku juga dapat kawan baru hari ini namanya Emma. Orangnya sangat baik. Bertudung. Anak kepada pemilik syarikat perkapalan. Sangat peramah dan tak menunjuk-nunjuk pun walaupun family dia boleh dikatakan antara golongan terkaya di university ini. Emma juga menasihati aku supaya tidak ambik hati dengan apa yang student kat sini bisikkan pasal aku.

"Biasalah diorang ni jarang lihat student yg bertudung belajar kat university ni".

Kata Emma cuba menyedapkan hatiku yang tengah panas ni. Hmm besarnya dugaan apabila kita nak cuba berubah ke arah yg lebih baik. Sabar Mel. Kuatkan hati kau tu.

Aku dan Emma pergi ke kafe untuk lunch. Walaupun macam tak dikira sebagai lunch dah kerana jam menunjukkan hampir pukul empat petang. Kafe hari ini agak ramai dengan student-student lain kerana waktu begini ramai yang dah habis kelas. Lepas aku letak beg dan buku di atas sebuah meja. Aku bangun untuk pergi beli makanan. Sementara Emma pula tunggu di meja. Aku toleh sahaja ke belakang.

Bukkk!!

Aku terlanggar bahu seseorang.Tanpa aku sedari selepas aku melanggarnya tadi air minuman yang lelaki itu sedang pegang habis tertumpah ke bajunya. Aku segera memohon maaf atas kecuaian aku.

"Maaf... Maaf. Saya tak sengaja"

Aku mengangkat kepala untuk melihat wajah pemilik yang aku terlanggar tu.

"Nial?"

"Woi!! Jalan tu guna mata boleh tak? Langar-langar orang pulak! Tengok what have you done to my shirt? Habis basah!!"

Terkejut aku dengar dia tengking aku. Nial tengking aku? Nial tak pernah sekasar ini dengan aku.

"Nial ni saya la. Sanggup awak tengking saya macam tu sekali"

"I don't know who you are! I don't even know your name. And I have never seen you in my life! What did you just call me? Nial? People here, call me Ash"

Apa yang sedang berlaku ni? Nial cakap dia tak kenal aku? Orang panggil dia dengan nama Ash? Aku diam terpaku di situ. Tak tau dah nak cakap apa. Otak masih memproses kata-kata mamat itu tadi.

"Mel kenapa ni?" Emma menghampiri aku. Aku masih lagi diam di situ. Masih tak tau apa yang terjadi sebenarnya sekarang ni.

"Ash aku minta maaf bagi pihak Mel. Dia tak sengaja. Tak apa nanti aku bayarkan kos laundry baju ko tu eh" kata Emma kepada lelaki yg aku anggap Nial tu.

"Whatever. Perempuan memang menyusahkan" katanya dan terus blah dari situ.

"Mel. Kau okay tak ni? Kau tau tak sapa yang kau baru langgar tadi? Ashraf Danial. Student kat sini panggil dia Ash. Dia adalah ketua MPP a.k.a Mr. Hitler kat sini. Baik kau mintak maaf kat dia sebelum dia jadikan kau target lepas ni"

What is happening right now? Ketua Majlis Perwakilan Pelajar. Ash? Ashraf Danial? Kenapa muka dia sangat mirip dengan Nial?Nama dia pun hampir sama dengan Nial. Adam Danial. Tapi dia Ashraf Danial?

Hai readers. Maaf la kalau beberapa bab ni banyak cerita pasal Mel di universiti sahaja. Nial pun lama tak muncul. Next chapter kita jumpa Nial eh. Macam mana bab kali ni? Best tak? Jangan lupa vote. Sapa pulak si Ash ni. Watak baru? Kita tunggu bab seterusnya. Sabar eh. Hahaha


Serpihan Kisah Si DiaWhere stories live. Discover now