[ COMPLETED ] ✔️
" kerana dia aku kembali, dan kerana dia ia kekal misteri "
Yuna Dahlia dan Rayyan Mikail, kisah yang mereka bina akhirnya menjerat diri. Terpaksa bergelar pasangan kekasih?
" Hell no! "- Yuna Dahlia
" Why not? "- Rayyan Mikail
Keb...
Kasut hitam Adidas disarungkan ke kakinya. Badannya diregangkan.
"Rul! Cepat lah! " panggilnya
Kelibat Mirul menyarung kasut hitam Nike dipandang.
"Okey jom" sesi jog mereka bermula.
Yuna keluar dari rumah, kasut disarungkan. Totebag disangkutkan di bahu kirinya. Yuna berjalan perlahan sambil menghirup udara pagi. Yelah, bukan senang nak dapat udara segar macam sekarang ni. Pukul 10 pagi je nanti mulalah keluar bau asap kereta, huhh. Bandar kan?
Batu batu kecil di jalan ditendang, bosan. Mata memerhati melihat sekeliling. Pandangannya mati pada sebuah meja yang boleh lah besar. Segera meja tersebut dituju, totebag diletakkan diatas meja, punggung dijatuhkan.
" Haihh " Yuna mengeluh. Orang kata hidup ni jangan banyak mengeluh. Like I care? Yang mengeluh aku, kau yang kesah. Huhh.
Sehelai kertas A4 dikeluarkan diikuti pencil case macaroon nya. Sebatang pensel dipegang.
"Idea! " haihh time ni lah takda idea. Mata memandang sekeliling
FLASHBACK
"Macam ni, kamu berdua baru pindah sini kan? " pertanyaan Prof.Reyna mendapat anggukkan daripada Yuna dan Mirul
"Sebelum tu, kamu berdua kena jalankan satu projek" Yuna dan Mirul berpandangan sama sendiri. Dahi mereka berkerut
"Projek apa prof? " tanya Mika ingin tahu
"Anything " jawapan daripada Prof.Reyna menambahkan kerutan didahi mereka berdua
"I means.. " posisi duduknya dibetulkan "Tak kisah kamu berdua nak buat projek apa. Anything. " terang Prof.Reyna