MCS#50

108 11 0
                                    

7.30 a.m.

Sweater berwarna grey yang sudah tersarung elok di tubuhnya dikemaskan lagi. Rambut panjangnya diikat ponytail. Tangkai pada kedua-dua belah mouth mask berwarna putih disangkutkan pada belakang telinga. Cap berwarna hitam berline gold dicapai. Anak rambut depan diraup kebelakang lalu cap tersebut disarungkan ke kepalanya. Phone dan earphone yang sudah siap bersambung di atas meja sisi diambil. Aplikasi joox ditekan. Malas mahu membuka data, lagu lagu yang sudah pernah didengari dimainkan sekali lagi. Kedua dua belah earphone disumpatkan kedalam telinga. Phone dimasukkan kedalam poket seluar trek hitamnya.

Figura wanita berambut serabai yang masih lena dibuai mimpi dipandang sekilas. Senyuman nipis diukir. Keluar sahaja, pintu ditutup dengan penuh berhati-hati supaya si dia tidak terjaga.

Sneakers putih yang tersusun kemas dalam rak kasut dicapai lalu disarungkan ke kedua-dua belah kakinya. Malas mahu berlama lama, langkah diatur. Dia berlari anak.

Niatnya adalah untuk mencari ketenangan. Suasana yang sunyi mendamaikan hatinya. Cukup berbekalkan cahaya pagi, sesi menyihatkan dan menenangkan jiwa diteruskan.

Keluhan berat dilepaskan.

" Aku harap ... aku bersedia. "

🌻🌻🌻🌻

Wanita yang berpakaian tshirt hitam diikuti seluar loose nya dipandang. Kening sebelah diangkat.

" Woii pompuan. Awal ko bangun hari ni. Selalunya matahari nak terbenam baru kau bangun. " perlinya bersama satu cebikkan.

Mata digulingkan. Perliannya dihiraukan. Anak tangga dituruni perlahan. Jam dinding dipandang sekilas.

" 8.15 a.m. Masih berbaki lebih kurang satu jam untuk aku bersiap " gumamnya perlahan. Bahagian dapur dituju.

Mug navy blue yang tersimpan kemas di dalam kabinet dicapai. Sebuah bekas berisi beberapa paket untuk membuat air segara diambil lalu penutupnya dibuka. Paket milo diambil. Disebabkan keberadaan gunting yang jauh dari tempatnya berdiri, segera dia mengambil keputusan. Hujung paket digigit lalu ditarik. Serbuk milo segera dimasukkan ke dalam mug melalui lubang sederhana besar akibat gigitannya itu tadi. Air panas dituang kedalam mug lalu dikacau.

Freezer dihampiri lalu dibuka. Saki baki cheesecake yang dimakannya lewat malam semalam dikeluarkan. Punggung dilabuhkan. Sesudu cheesecake disuapkan kemulutnya.

" Ehh. Sejak bila kau beli cheesecake ni? " dengar sahaja pertanyaan itu. Laju sahaja cheesecake miliknya disumbatkan kedalam mulut.

" Horry lah babe. Gah habih " katanya bersama cheesecake yang masih penuh didalam mulutnya.

" Cehh " punggung dilabuhkan bersebelahannya. " Awal bangun. Ada date ke? "

Seusai menghabiskan isi didalam mulutnya. Pertanyaan si dia dijawap.

" Yupp " katanya beria bersama satu anggukan.

" Tapi kan. Kau tak rasa yang dia tu .. " belum sempat dirinya menghabiskan ayatnya, wanita itu terlebih dahulu memotong ayatnya.

" K cau lu. Aku dah lambat ni " katanya tergesa-gesa lalu bergegas pergi.

" Air kau? " tangkai mug dipegang.

" Kau minumlah. " teriaknya kuat. Jarak yang jauh menyebabkan dia terpaksa menjerit. Bahu diangkat. Mug diangkat lalu dihirup perlahan. Usai itu, mug didaratkan semula diatas meja.

[C] Misi Cinta SejatiWhere stories live. Discover now