MCS#26

161 24 12
                                    

Pemandangan tasik dipandang. Yupp. Sekarang ni, dia dekat tasik yang berada disebalik hutan tebal. Halahh, tasik yang ada Purple ( swan name ) tu.

Suasana yang sunyi itu membuatkan hatinya lebih tenteram. Bunyi kenderaan berpusu pusu dipendengarannya diganti pula dengan bunyi merdu sang cengkerik. Asap kenderaan yang sentiasa bercampur dengan udara kini bersih. Yee, lebih selamat.

Purple yang sibuk bermain air dipandang. Yuna tergelak kecil. Baginya, kelakuan Purple sungguh lucu. Skrin laptop dipandang. Yupp, sekarang ni dia berada jauh dari tasik. Tapi takde lah jauh sangat, maybe dalam.. 4 depa? Daun daun yang berguguran ditiup angin kini jatuh menyembah meja. Yuna sedikit tersentak apabila daun kering itu melalui pandangan matanya. Dada diusap.

" Okey, now. Fokuss " gumam Yuna perlahan sebelum matanya dilarikan memandang skrin laptop. App chrome dibuka.

Tangannya laju bermain di atas keyboard laptop. Google ditekan.
Yuna kelihatan cuba memikirkan sesuatu sehinggalah terlintas satu idea di benak fikirannya. Sekali lagi, tangannya bermain di keyboard laptop.

" Top 10 interesting place in Seoul, Korea "

Button 'search 🔍' ditekan.

🌸🌸🌸🌸

Rambut yang basah dikeringkan menggunakan tuala mandinya. Phone di meja sisi diambil lalu di'on'kan.

" 20 message? Benda lah yang diaorang memekak ni " gumamnya. Malas mahu membaca, skrin hanya di scroll. Chat daripada app WhatsApp hanya dipandang sekali imbas sehingga matanya menangkap satu text.

" Berkumpul di library. About Tra-Work. 3 p.m "

" Halahh minah ni. Menyusahkan aku jelah " rungutnya.

Setelah memastikan rambutnya sudah kering, tuala tersebut dicampak ke katil. Jam dinding dipandang sekilas.

" Wait a second " jam dinding tersebut dipandang semula. Cuma matanya, terbeliak!

" Seriously? 2 p.m.?! " kelam kabut dia dibuatnya. Mana taknya, bangun pukul 1 p.m. Kau rasa?

🌸🌸🌸🌸

Laptopnya dimasukkan semula kedalam beg yang dikhaskan untuk laptop nya sahaja.

Selepas mengucapkan terima kasih kepada security yang bertugas, enjin kereta dihidupkan.

" Library " gumamnya perlahan

Keretanya mulai membelah jalan. Suasana yang sunyi perlahan lahan diganti dengan suasana yang sibuk. Kenderaan disana disini. Kepulan asap juga memenuhi atmosfera bumi. Jammed di merata rata. Yee, inilah bandar. Dimana, manusia sibuk mengumpul harta dunia tanpa sedar betapa tuanya bumi yang dipijak ini.

🌸🌸🌸🌸

Badannya membongkok bertongkatkan kepala lutut. Nafasnya turun naik diikuti pergerakkan jantungnya yang sibuk mengepam darah. Larian yang tergendala diteruskan lagi.

Pintu kaca jernih itu semakin dihampiri. Lariannya semakin laju. Sampai sahaja di penamatnya, pantas pintu kaca itu dikuak.

Akibatnya, dia mendapat perhatian daripada mata mata di dalam library itu.

" Ehem ehem " dia bercekak pinggang. Mata tajam bak sembilu dibawa kearahnya.

" Erkk, sorry. " Mikail membongkokkan badannya sambil mengucapkan kata keramat tersebut. Well. Miss. World yang jeling nak buat cam ne? Huhh.

Matanya meliar ke segenap sudut library sehinggalah matanya terhenti pada meja di hujung library. Meja yang paling tersorok. Why? Kiri kanan rak buku bahagian lecturer. Saiz? So far, tulah yang paling besar. Yupp, dekat library ni ada 2 peringkat rak buku. Rak buku yang besar, bahagian lecturer punya iaitu hanya 3 rak buku sahaja. Selebihnya pula bahagian student, rak buku bersaiz sederhana.

Mikail melabuhkan punggung di atas kerusi bersebelahan Mirul sambil tersengih kerang busuk. Yuna hanya memandangnya tajam.

" Asal lambat woii " terjah Am sebaik sahaja Mikail melabuhkan punggung. Kepalanya terpaksa dijengahkan sedikit, dah Mirul tinggi galah sebelah dia memang nak putus leher dia menjengah.

" Bangun lambat " jawap Mirul selamba. Orang tanya Mikail dia yang jawab. Cehh. PA Mikail ke apa? Btw, payment sebulan berapa? Share jom. Kau 70%, aku 30% . Amacam? *jongket kening minta penampo jepun mix india*

" Mana kau tahu? " tanya Am. Perbualan club playboy dihiraukan Yuna dan Emma. Laptop dihadapannya pantas dibuka. Lebih berminat pada gajet dihadapan berbanding triple beruk dihadapannya.

" Dah dia berdengkur sampai aku kat sebelah rumah pun dengar, comfem comfem lah tidur " jawap Mirul mendapat respon daripada Am.

" Seriously? Kuat gile kau berdengkur " kata Am tidak percaya.

" Hehh " Yuna yang sibuk bermain dengan laptop nya tergelak kecil mendengar pertanyaan daripada Am. " Kau caya cakap dia? " jari ditunding kearah Mirul. Kening sebelah dijongketkan sedikit.

Am yang masih blur pantas memandang Mirul. Wajah smirk Mirul menyapa pandangan matanya. Faham akan mimik muka itu, Am memandang Mirul tajam. Tak gune. Hidup hidup aku kena tipu.

Mikail hanya memandang mereka berdua sekilas. Chewing gum dimulut dikunyah. Iphone kembali di scroll.

" Ni " kata Yuna tiba tiba mendapat perhatian daripada mereka berempat. Skrin laptop dipusingkan sehingga menjamah mata mereka berempat.

Dahi berkerut tanda tidak mengerti.

" Tak paham " nyata Mirul.

" Hishh, korang ni. Kan dah sedia maklum yang.. "

" Sedia maklum kau ayat " potong Am. Tangannya dibengkokkan gaya mak nyah. Yuna menjeling tajam. Pantang betul keturunan dia ada orang memyampuk time bercakap.

" Kau diam boleh tak? Aku nak dengar minah ni cakap " kata Mikail tak puas hati. Dah lah kelam kabut dia datang sini semata mata sebab minah ni cakap ' nak jumpa '. Cehh.

Yuna menjeling Mikail tak puas hati. Minah? Whatde? Woii! Nama aku Yuna lah. Yuna Dahlia!! Bukan Minah. Ingat awek nama Minah lah tu.

" Dah puas? So sekarang, diam! " kata Yuna sedikit kuat mendapat jelingan daripada Miss. World. Kau jeling bagai nak tembus pun, ada aku kesah?

Suasana kembali sunyi memberi ruang untuk Yuna kembali meneruskan penerangannya yang tergendala itu.

" Sebelum kita work as trainee, why not kita doing outdoor activities " cadang Yuna. Kening sebelah dijongket.

" Maksud kau? " tanya Mirul

" Well. Ada 3 minggu sebelum 'kerja' kan? Tak kan nak terperuk(?) dalam Villa je " kata Yuna lagi.

" So nak pergi mana? " pertanyaan Am membuatkan semyuman dibibir Yuna semakin lebar.

" Ahh sudah. Pokai le duit aku nanti " rungut Mirul apabila melihat senyuman Yuna itu tadi. Wajahnya dijatuhkan ke meja, rambut yang kusut dikusutkan lagi.

" Duit akuu "

" Huwarhh "

[C] Misi Cinta SejatiWhere stories live. Discover now