MCS#35

101 24 2
                                    

Paparan kemas tulisan di luar boutique dibaca.

' The White Boutique '

Pintu kaca jernih itu ditolak. Benda pertama yang menyapa pandangan matanya adalah white. Yupp, sudut dalam boutique serba putih.

" Welcome to The White Boutique. May I help you? " kata gadis itu mesra. Penyambut client mungkin? Erkkk, tapi aku client ke?

Yuna berura ura mahu menjawab tetapi niatnya terpotong apabila ada orang yang menjawab terlebih dahulu.

" Sokey. It's my job " kata owner boutique itu. Gadis itu menganggukkan sedikit kepalanya lalu membongkokkan sedikit badannya. Tanda hormat mungkin. Owner boutique itu memaut bahu Yuna lalu Yuna dibawa ke workroom.

" This your workroom " ujar owner boutique itu sambil mendepakan tangannya kearah pintu bilik.

' woww. aku ada bilik kerja lah. terasa diri ni penting sangat sampai ada bilik kerja ni bagai.. '

Pintu bilik dikuak. Yuna sedikit tersentak apabila 'itu' yang menyapanya.

' huwarhh. ibu, Yuna nak balik. Yuna tak sanggup lah ibu.. Ibuuuu '

" Dekat sini takda cleaner. So yeah, why not kau prepare apa yang patut dulu "

Yuna mengeluh lemah. My real enemy, mengemasss. Seketika dia tersedar sesuatu. " Wait. You just talking malay or ... what? " kata Yuna hairan. Tak silap aku, dia ada cakap malay tau.

Dia tersenyum sinis. " Maybe. " katanya sambil menjongketkan sebelah keningnya. K, nasib owner. Now, mengemasss time. Huwarhh. Dress yang dipakainya ditilik, takkan nak mengemas dengan dress ni sekali weyhh. Broken lahhh.

" Pergi naik atas, nampak bilik tertulis ' Kysarah ' terus masuk. Tak silap saya ada t-shirt kat situ. Yuna boleh pinjam " ujarnya sepenuhnya dalam bahasa malay. Perfect, macam orang melayu cakap. Tidak pelat dan tidak tergagap gagap. Malas Yuna mahu sambung ternganga, anak tangga dituju lalu di daki.

Sebuah pintu yang tertulis kemas ' Kysarah ' pantas ditolak. Malas Yuna mahu menilik lama, sehelai t-shirt putih yang disangkut dengan penyangkut di langsir bilik dicapai.

" Jap, seluar? " sekeliling dipandang. Sehelai seluar panjang hitam yang terlipat kemas di atas meja dicapai. Pakaian tersebut dibawa ke sebuah ruang persalinan di bilik itu.

Selesai menukar pakaian, dress putihnya disangkutkan pada satu tempat yang tersedia di dalam bilik persalinan itu. Tanpa membuang masa, tubuh dibawa keluar bilik. Anak tangga dituruni laju.

Mission impossible.

Mengemas workroom by Yuna Dahlia.

🌸🌸🌸🌸

Mirul dibawa ke satu bilik.

" Ni bilik edit gambar photo shoot " kata owner kedai. Mirul mengangguk perlahan. Yupp, owner kedai 100% melayu tulen. Reyza, sepupu Mirul belah ibu. " Tugas kau hari ni, edit semua gambar dalam ni " sebuah pendrive grey dihulurkan. " K cau " katanya sebelum berlalu pergi meninggalkan Mirul.

Tubuh disumbatkan kedalam bilik mengedit. Daun pintu ditutup. Sekeliling ditilik, dinding penuh diletak frame bergambar. Sebuah meja terletaknya komputer dituju. Punggung dijatuhkan. Komputer riba itu di'on'kan. Selesai menyumbatkan kata laluan yang betul, pendrive dimasukkan ke dalam lubang yang sesuai. Bahagian mengedit gambar dituju.

" What? Kau nak suruh aku edit semua gambar ni " kata Mirul tak puas hati. Ada 60 gambar weyhhh. 60. 1 gambar je dah makan masa 10 minit, tu pun paling cepat. Haiihh, jari jemari ku..

Tugasnya dijalankan. Matanya fokus ke arah skrin komputer riba, jarinya laju bergerak diatas permukaan keyboard.

🌸🌸🌸🌸

Figura Am yang mendulang beberapa mug itu dilihat sekilas sebelum kembali difokuskan pada skrin phone.

Dulang diletakkan diatas meja. 4 mug berisi mocha diletakkan di hadapan setiap seorang. Kerusi ditarik lalu punggung dijatuhkan.

" So how, first day? " tanya Am

" Really bad " jawab Yuna sambil membetulkan ikatan rambut ponytail nya. Yupp, daripada tocang ke ponytail. Disebabkan nak mengemas, dia putuskan untuk ikat rambut ponytail.

" Really tired " jawap Mirul lemah. Kedua belah tangannya diangkat, jarinya mengigil. Mirul kembali mengeluh.

Am tergelak kecil. " Kau Mikail? "

Phone diletakkan di atas meja " Baru first day kan? So far.. ok je " balas Mikail. Sengihan sinis ditayang ke Yuna.

Naik berasap telinga Yuna yang mendengar. Terjegil mata Yuna melihat Mikail tersenyum sinis ke arahnya. " Kau jadi lecturer boleh lah cakap. Yahhshitt " kata Yuna bengang. " Aku harap semua student kau buat hal. Doa seorang perempuan makbul tau " kata Yuna berpeluk tubuh sambil tubuhnya disandarkan ke kerusi. Senyuman sinis diukir.

" Erkk. Kau perempuan ke? Lagi satu, bukan doa ibu ke yang makbul? " kata Mikail sinis. Kening sebelah dijongketkan keatas.

" Yahh?! " pasu bunga kecil diatas meja diambil lalu diangkat. Yuna berura-ura mahu membalingkannya ke arah Mikail. Mikail masih tersenyum sinis.

" Wowowo. Kau jangan buat hal. Kang ko yang aku buang keluar ni kang "

" Kau diam " tunding Yuna. Pasu bunga kecil diletakkan semula diatas meja lalu kembali berpeluk tubuh. Am mencebik.

" Hahh ni. Emma mana Emma? " tanya Am

" Tolong doctor surgery orang " jawab Mikail. Air mocha di hirup.

" Maksud ko? " tanya Am blur.

Mug kembali diletakkan diatas meja semula " Dia kan pelatih kat situ, so kerja dia tolong doctor lah. " terang Mikail. Am hanya meng'o'kannya sahaja.

" So, balik? "

" Katanya tak "

" Tidur? "

" Dah ada tempat tidur untuk pelatih kerja sampai malam. " Am mengangguk kepalanya tanda faham.

" Means, Yuna alone lah ni? "

" So? "

" You know.. duduk dekat Villa Park II, Seoul sorang sorang " jawapan daripada Mikail membuatkan Yuna menelan air liur kesat.

[C] Misi Cinta SejatiWhere stories live. Discover now