MCS#56

134 19 0
                                    

Jari jemari nya bermain dengan sesuatu benda bulat bersaiz kecil yang dipegangnya. Senyuman sinis terlakar dibibir keringnya. Butang merah dihadapan benda bulat itu ditekan. Seperti pita rakaman, benda bulat itu mengeluarkan suara.

" Lee Jay Hyung, Faris Shafyq!! "

×
×
×
× THROWBACK ×

Cermin pandang belakang dilihat. Stereng kereta dipukul kuat diikuti carutan kecil dari mulutnya.

" Arhh. Minyak nak habis lah pula " dia mendengus. Bibir bawah digigit gelisah. Segera stesen minyak berhampiran dituju. Seperti yang dijangka, kereta silver itu masih mengekorinya.

' Kalau aku lari je, sampai bila hal ni nak settle? ' monolognya seketika. Yee, aku ditugaskan untuk selesaikan masalah ni. Tapi, aku lari? Arhh.

Dia terdiam seketika. Fikiran yang kusut bertambah kusut.

" Mungkin, ini pengakhirannya .. " gumamnya perlahan. Keluhan berat dilepaskan. Kotak kaca dari laci kereta dikeluarkan. Sesuatu berbentuk bulat bersaiz kecil diambil lalu dilekatkan di belakang kolar bajunya.

Malas mahu membuang masa, punggung diangkat. Tubuhnya selamat keluar dari kereta yang dipandunya. Seorang lelaki serba hitam keluar dari kereta silver yang mengekorinya. Mana dia tahu? Dari pantulan cermin sisi kereta.

Langkah diatur perlahan. Suasana yang tadinya sibuk dengan manusia kini sunyi bertemankan bunyi merdu sang cengkerik.

Dirasakan mulutnya ditekup. Bauan wangi dari sapu tangan itu menyebabkan dirinya jatuh pengsan. Sempat juga dia menjerit kecil, namun hampa.

Dunianya gelap.

Seretan besi lama diatas permukaan lantai mengganggu pendengarannya. Cahaya sang suria disebalik lubang kecil bangunan lama menyebabkan dia mengecilkan matanya. Baru sahaya dia mahu mengosok matanya, terasa kedua belah tangannya sudah terikat kemas dibelakang badannya. Kakinya juga terikat.

" Lepaskan aku! " jerkahnya kuat. Kaki dan tangan terikat, namun tidak mulutnya. Mungkin mahu berlawan guna psikologi dulu.

Besi yang dipegang dibaling mengenai dinding. Bunyi bingit bergema di setiap pelusuk bangunan. Fyq mencangkung menghadap Inspektor Shahrul.

" Lepaskan kau? Huhh " Fyq mencebik. Spontan tapak tangan kanannya menampar kuat pipi lelaki dihadapannya. Merah padam wajah lelaki itu. Cecair merah pekat yang mengalir turun disebalik bibirnya jatuh menyembah lantai, membuktikan betapa kuatnya tamparan yang dilepaskan oleh lelaki panas baran itu.

Lelaki itu tersenyum sinis. Luka dibibir dihiraukan. " Itu je kau mampu buat? " perlinya sinis. Macam lelaki dayus tampar perempuan.

" Yae? " bengang lelaki itu dibuatnya. Dia mendengus. Pipi kanan dikembungkan denganudengan hujung lidahnya. Buku limanya digenggam lalu dilepaskan tepat di dinding sebelah Inspektor Shahrul bersandar.

" Fight like a man " ujar Inspektor Shahrul tanpa sekelumatkan perasaan gentar dalam hatinya. Dari dulu dia di didik dengan sifat, selamba.

" Deal " segera ikatan ditangan dan dikaki lelaki itu dileraikan. Pantas dia membangun. Tumbukan dilepaskan. Disebabkan kelajuan tumbukan yang tidak disedari Fyq, pipi kirinya selamat ditumbuk.

" I like it " darah dibibir dijilat. Kaki kanan diangkat namun sempat kepala Inspektor Shahrul ditunduk bagi mengelak. Fyq tersenyum sinis, kaki kanannya yang dielak pantas digerakkan mengenai kaki lelaki itu. Akibatnya, lelaki itu tersungkur jatuh.

Belum sampai 10 saat, Inspektor Shahrul kembali bertapak. Namun silapnya, saat mahu berdiri, lutut kirinya sedikit menggeletar. Fyq yang sedar akan itu tersenyum kemenangan. Kakinya kuat menendang lutut kiri lelaki itu. Dia jatuh melutut. Tanpa membuang masa, kaki Fyq menendang kuat dada Inspektor Shahrul menyebabkan dia jatuh berbaring dilantai.

Langkah diatur perlahan. Kaki diangkat lalu menapak di atas lutut kiri lelaki malang itu. Tapak kakinya ditekan kuat. Disebabkan tapak kasut yang dipakainya tebal, kesakitan yang diterima lelaki malang itu 3× ganda kesakitan asal. Dia mengerang kesakitan.

" Fyq " panggilan seseorang menyebabkan Fyq melarikan matanya pada lelaki itu. Wajah Jay tersembur keluar dibalik pintu. " Again? " wajah tak beriak Fyq dipandang bosan. Troli panjang berisi kotak bersaiz besar dibawa masuk.

" Untuk apa ni? " tanya Fyq hairan.

" For a trip " senyuman serong menghiasi bibir Jay diikuti Fyq.

Tubuh lemahnya yang sudah dimasukkan ke dalam kotak besar dibawa keluar dibawa keluar. Nafasnya tersekat-sekat akibat kekurangan oksigen.

" Lee Jay Hyung, Faris Shafyq!! " jeritnya. Namun hampa. Suaranya sudah tidak sekuat dulu. Dia, dah lemah.

Sayup-sayup kedengaran suara manusia diluar kotak. Peluh yang menitik di dahi membuatkan dirinya semakin lemas.

Beberapa bilah pisau berjaya dielak. Degupan jantung semakin laju.

" Arhh!! " sebilah pisau yang baru dimasukkan kedalam kotak berjaya menembusi jantungnya.

Penglihatannya menjadi samar-samar. Semuanya hitam putih. Yang didengarinya hanyalah jeritan manusia.

Akhirnya, dunianya .. GELAP.

× END TROWBACK ×
×
×
×

🌻🌻🌻🌻

Mikail yang bersandar di atas sofa dihampiri. Punggung dilabuhkan bersebelahan.

" Mikail " panggilnya sedikit gugup. Mikail hanya berdiam diri, memberi ruang untuk Fawwaz meneruskan ayatnya.

" Pasal plan esok "

[C] Misi Cinta SejatiWhere stories live. Discover now