MCS#48

82 12 0
                                    

Langkah diatur tanpa hala tuju. Fikirannya cuma untuk mencari ketenangan. Hutan tersimpan di tengah mall menarik perhatiannya. Tanpa berfikir panjang, pintu kaca menuju ke hutan simpan itu dilalui setelah mendapat kebenaran daripada security yang menjaganya. Terowong yang lebih kurang seperti garaj dilalui. Segalanya disaluti dengan tumbuhan yang menghijau diikuti tumbuhan berwarna warni iaitu bunga.

Tangannya laju menekan button kamera. Dari satu sudut ke satu sudut dia bergerak untuk bergambar. Pertama, gambar permandangan. Kedua, selfieeee. Sayyyy, smileeee

Senyuman di bibirnya perlahan-lahan terukir. Matanya fokus melihat skrin phone. Gambar gambar yang berjaya ditangkapnya dilihat.

" Hmm. Pandai gak aku ambek gambar ea. " pujinya pada diri sendiri apabila semua yang ditangkapnya ' perfect '. Cehh, dah view kau perfect, gambar kau perfect lah.

Tiba tiba sahaja, setitis air selamat mendarat dipipinya. Segara pipinya dikesat. " Eh? Hujan? " gumamnya perlahan. Langit yang membiru dilihat. Beberapa titis air hujan mulai datang menyembah bumi.

Segera dia berlari mencari tempat perlindungan. Pokok besar yang terletak ditengah-tengah hutan simpan dituju. Bukan dia sahaja, malahan semua orang yang berada di hutan simpan itu bergerak kearah pokok itu untuk berteduh.

Dia berpeluk tubuh. Kedinginan cuaca menyebabkan eratan pelukan tangannya semakin erat. Kain baju bahagian sisinya digenggam erat.

Hutan simpan yang dikelilingi oleh kaca lut sinar membuatkan dia dapat melihat segala yang berlaku dari luar. Sedang sibuk dia mengawal kedinginan yang merasuk tubuhkan, pandangannya menangkap figura yang dikenali. Matanya terpampang. Hatinya sakit. Pedih. Pilu.

Lelaki itu bersama dengan seorang wanita yang membelakangi dirinya menghalang dari dia untuk melihat wajahnya. Hanya wajah lelaki itu yang dapat dilihat jelas. Lelaki itu? Rayyan Mikail. Huhh. Bagai cincin dengan lumut.

Tangan gadis itu tiba tiba sahaja bergerak kearah rambut Mikail untuk membetulkan keserabutan rambut milik Mikail. Cehhh. Kepala aku lagi serabut tengok korang berdua. Tangan digenggam erat. Matanya sakit melihatnya. Mikail biarkan je?! Woww. Nice couple naa.

Tiba tiba sahaja gambaran di hospital dimana matanya melihat Mikail dan Emma bermesra kembali mengganggu memorinya. Pompuan tu? Emma kah? Sakit dihatinya semakin terasa. Kawan tikam belakang. Pedih. Sungguh pedih. Kawan senang susah. Dah .. khianat aku.

Entah mengapa, dia mengatur langkah tiga tapak kehadapan. Tubuhnya dibiarkan basah akibat titisan air hujan yang mengenai tubuhnya. Tubuhnya kaku. Matanya masih tidak bergerak dari melihat adegan sebalik dinding kaca itu.

Air matanya laju mengalir. Sakitnya, Ya Allah. Seperti memahami sanubari hatinya, lagu Kiss The Rain mulai berkumandang di setiap pelusuk hutan simpan itu. Entah dari mana lagu itu datang, hatinya terusik. Air mata semakin deras mengalir.

" Miss .. " merasakan seseorang memanggilnya dari belakang, segera dia berlari keluar sambil mengesat air matanya. Air hujan yang mendarat di wajahnya mengaburi mata mata manusia bahawa dia sedang menangis.

Ladies dituju. Pandangan sekeliling diabaikan. Daun pintu ditolak. Setelah menghumbankan dirinya kedalam, pintu itu dengan automatik nya tertutup.

Kosong.

Hanya dirinya sahaja didalam toilet tersebut. Kedua belah tapak tangannya ditongkatkan di atas sink. Air mata dihamburkan. Keluarkan. Keluarkan segala peritnya kesakitan hati kau. Keluarkan. Keluarkan!

Air mata pantas dikesat. Buat apa kau nangis? Buat apa?! Tak penting untuk kau tangisi orang yang tak pedulikan kau. Pili air dibuka, wajah dibasuh.

Mesin pengering yang berada dibawah sink membantunya untuk mengeringkan pakaiannya. Dia mencangkung, memudahkan lagi proses mengeringkan pakaiannya.

Selesai itu, tubuh ditegakkan. Pakaiannya dirasa.

" Masih lembab " gumamnya perlahan. Cukuplah sekadar untuk pastikan pakaian tidak melekat di tubuhnya akibat dibasahi air hujan tadi.

Sling bag di seluk, phone dikeluarkan. Seseorang dari contact nya di call. Panggilannya berjawab.

" Jujur dengan aku. Kau ke pompuan tu? "

🌻🌻🌻🌻

Phone yang bergetar dipoket diseluk. Panggilan diangkat. Langkah diatur menjauhi si dia.

" MIKAIL!! "

Teriakan dari dalam phone memaksanya untuk menjauhi gegendang telinganya dari phone tersebut. Keningnya diangkat. Phone kembali ditekapkan ke telinga. Dirinya diam membisu membiarkan si pemanggil berkata kata.

Keluhan berat si pemanggil didengari. Ada masalah ke?

" Emma nampak kau dengan pompuan. Mall. "

Mikail tersentak. Sekeliling dipandang. Macam mana .. Arhh biar arhhh.

" Mikail perlu ke buat semua ni? "

Mikail masih diam membisu.

" Mikail! Hati kawan aku sakit sebab .. KAU! "

" Arhhh. Kau diam! Aku tau apa aku buat. Lebih baik dia sakit sekarang dari dia sakit time aku nak mampus nanti. " panggilan dimatikan.

Tanpa menghiraukan si dia, langkah diatur keluar mall. Bumi yang sudah dihujani air diabaikan. Langkah diatur menghampiri keretanya. Enjin dihidupkan. Tanpa berfikir panjang, keretanya memecut kearah jalan raya.

" Yan!! " teriaknya namun hampa.

Pemergian kereta itu dipandang. Kakinya dihentak hentakan di atas lantai mall. Bengang. Perangai tak semegah itu membuatkan manusia yang melihatnya memandangnya serong.

" Arhh "

[C] Misi Cinta SejatiOnde histórias criam vida. Descubra agora