Epilog

506 17 5
                                    

Kubur yang bertanah merah itu dilihat. Mutiara jernih yang turun ke pipi dihiraukan.

" Thanks for the memories " human Yuna perlahan. Bibir mengukir senyuman nipis.

" Yuna " panggil seorang wanita bertudung litup disebelah nya. " Aku nak minta maaf. A .. Aku .. "

" Benda dah lepas dah, Sha " Sha. Wanita yang pernah merampas kebahagiannya dulu. Merampas Mikail dari hidupnya.

Usai menggulung tikar, ikatan pada tikar diikat. " Yuna " panggil seorang lelaki yang berpakaian langkap, baju Melayu hitam.

" Yee, abang. " sahut Yuna. Sha disebelah dipandang. " Okeylah Sha, aku minta diri dulu. " pamit Yuna berlalu pergi meninggalkan Sha keseorangan.

" Mikail, aku minta maaf " air mata perlahan-lahan jatuh membasahi pipinya. Senyuman hambar diukir.

🌻🌻🌻🌻

" Abang " panggil Yuna manja.

" Yee? "

" Kalau sayang nak berhijab terus boleh tak? " Yuna menggigit bibir.

Segera Am berpaling kearah isteri tercinta. " Ehh, boleh sangat tu. Abang suka sangat. " kata Am gembira. Memang pernah terdetik dalam hatinya, untuk mengajar Yuna berhijab. Tapi tak sangka, hidayah Allah sampai dulu. Alhamdulillah.

Yuna disebelAh dipandang bersama satu senyuman manis. Sungguh, dia bahagia sangat. Terima kasih Ya Allah, Kau kurniakan aku isteri sebaik Yuna. Terima Kasih. Alhamdulillah.

' Mikail, aku akan ingat pesanan kau. Aku akan jaga dia macam nyawa aku. Aku akan sentiasa gembirakan dia. Terima kasih, sahabat ' desis hati kecil Am.

-

-

-

-

cinta tak semestinya untuk dimiliki dan cinta bukan satu permainan. aku tahu, aku takkan mampu bahagiakan dia. oleh itu, aku lepaskan dia. lepaskan dia demi kebahagiaan dia. aku tahu aku akan terluka, tapi aku lebih akan terluka bila melihat dia derita dan sengsara kerana aku.

tak semua boleh terima cinta mereka pergi, tapi aku percaya. cinta akan mengajar aku sesuatu. sesuatu yang berharga. sesuatu yang hanya aku sahaja boleh perolehi.

bukan nak berbangga aku lepaskan cinta, cuma ...

aku nak dia bahagia.

kerana, cinta sejati bukan sekadar untuk dimiliki. tapi cinta sejati, untuk satu kebahagiaan yang jitu.

TERIMA KASIH, CINTA ♥️

[C] Misi Cinta SejatiWo Geschichten leben. Entdecke jetzt