MCS#27

133 24 4
                                    

Beg bagasi beroda berwarna purple pastel miliknya ditarik. Apabila mahu menuruni tangga, pemegang beg diturunkan lalu perlahan lahan begnya diangkat. Anak tangga dituruni dengan berhati hati.

" Eh, yuna? " sapa seseorang membuatkan Yuna sedikit tersentak. Dada diurut perlahan. Nasib tak jatuh. Mahu dia tergolek jatuh tangga dengan beg seberat gajah ni. Huhh, koma wehhh. Anak tangga terakhir dituruni.

" Kau ni kenapa? Pagi pagi dah buat jantung aku nak terkeluar " kata Yuna bengang.

" Sorry lah, babe. " Lia menggosok gosok lehernya perlahan. Sengihan kerang busuk diukir. Hehhehe.

" Hmm " beg rodanya ditarik. Pemegang beg masih tidak dinaikkan lagi. Malas, kang nanti kena turunkan balik. Kau pikir aku rajin? Punggung dilabuhkan diatas kerusi yang beralaskan kusyen(?) nipis.

" Kau nak gi mana ni? " tanya Lia. Atas bawah dipandang sehinggalah matanya terhenti pada beg roda milik Yuna.

" Kan aku dah cakap dengan kau " kata Yuna hairan.

" Lupa " kata Lia sambil tersengih kerang busuk.

" Hishh kau ni. Otak semut(?) betul lah. " komen Yuna. Mata dilarikan ke segenap meja makan.

" Kau cari apa? " tanya Lia hairan. Anak matanya mulai mengikut pergerakkan Yuna. Memandang ke segenap meja.

" Air aku, mana air aku? " tanya Yuna.

" Sorry lah babe. Aku lupa " sengih kerang busuk. Hari kerang busuk sedunia ke apa?

" Asal lah kau ni blur semacam je " Yuna tergeleng geleng. Lia yang berura ura mahu mengangkat punggung terhenti apabila.. " Dah, tak payah buat. Aku dah lambat ni " kata Yuna. Punggung diangkat. Begnya ditolak sampai ke pintu rumah. Rak kasut didalam rumah sebelah kanan pintu dihampiri. Sneakers putih bercorak bunga Cherry Blossom dikeluarkan lalu disarungkan pada kakinya yang sudah dilitupi dengan stokin putihnya.

" Kau sebenarnya nak pergi mana? " tanya Lia kedua kalinya. Serius wehh, aku lupa.

" Ishh kau ni. Aku nak pergi KLIA lah. Fly ke Seoul, Korea. Kan kau ada teman aku prepare barang ke Seoul. Tak ingat ke? " kata Yuna. Pantas Lia menepuk dahinya perlahan.

" Ha,ah lah wehh. " sengih kerang busuk. Yupp, memang hari kerang busuk sedunia. " Sorry lah babe, aku tak dapat nak join drama jejak kasih kat KLIA sana. Sat gi aku kena settle kan hal kat U pulak. " kata Lia. Keningnya bercantum meminta maaf. Jam DW dipergelangan tangannya dipandang sekilas " Ni pun aku dah lambat "

" Hahh yelah. " agenda laga pipi dijalankan.

Lia melambai lambaikan tangannya. Pemergian kereta Yuna dihantar melalui lirikan matanya.

Dia mengeluh lemah.

Phone dipoket dikeluarkan. Nombor seseorang didail lalu ditekapkan ke telinganya. Panggilannya berjawap.

" Dia dah gerak " panggilan dimatikan selepas menuturkan ayat itu. Senyuman yang sukar ditafsirkan diukir.

🌸🌸🌸🌸

🌸🌸🌸🌸

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] Misi Cinta SejatiWhere stories live. Discover now