MCS#41

101 25 0
                                    

Langkah diatur perlahan, entah mengapa emosi terganggu. Lebih kepada menangis. Mungkin ini yang dipanggil ' air mata lelaki '.

Punggung dilabuhkan di atas sebuah bangku batu.

Mikail mengeluh. Sudah genap seminggu dia ' menyewa ' di hospital itu. Menyewa? Hye, setiap hari aku tinggal sini berbayar k. Ingat free ke? Huhh. Mengajar? Ada sorang sir yang gantikan.

Nafas ditarik lalu dihembus. Satu bauan menusuk masuk ke dalam rongga hidungnya.

Bunga Matahari or Sunflower 🌻

Bagi korang mungkin bunga ni takde bau, tapi bagi aku ada. Bauan seorang sahabat, cinta, childhood.

" Lia " gumamnya perlahan. Matanya ditutup, mencuba untuk mendapatkan ketenangan. Memori lama perlahan lahan bermain dalam benak fikirannya.

" Lia suka satu bunga nilah " kata gadis itu sambil terkinja-kinja gembira. Hujung baju si dia ditarik. Comeyyy.

" Bunga apa? " karenah si gadis hanya diikuti sahaja. Tak sampai hati nak mengabaikan. Hati perempuan, tisu. Lagi lagi tak matang.

" can plawer " dengan pelat nya dia berkata kata.

" HAHAHA, sunflower lah dik " katanya tergelak kecil lalu mencangkung. Anak rambut si dia diusap perlahan. Sekadar hanya mahu bermanja.

" Halahh yelah. Tak kisah lah nama apa pun. Lia nak bunga tu! " kata gadis itu sambil menghentak hentak kakinya di atas damparan hijau itu.

" Nantilah "

" Abang An! " laungnya kuat mendapat perhatian sekeliling. Segera dia menekup mulut Lia spontan.

" Ye ye, jom kita ambil bunga tu ea? Letak dalam bilik Lia tau. " pujuknya manja.

" Betul ni? " kata Lia tertarik.

" Yee janji " katanya sambil mengangkat tangan tanda berikrar.

" pomiss? " tangan kanan digenggamkan kecuali jari kelingking nya.

" Yee " perlakuan Lia diikuti. Jari kelingking mereka bertaut.

Disitulah segalanya bermula. Perlahan lahan kenangan manis memenuhi fikirannya. Hanyalah yang manis.

Sehinggalah..

" Lia!! "

BAMMM

Memancut mancut keluar darah dari mulutnya.

" Jangan tinggalkan Lia "

" Abang An!! "

Segera matanya terbuka luas. Laju sahaja jantungnya mengepam darah.

Dup dap. Dup dap.

Memori seram pada zaman kanak kanaknya kembali berlayar difikirkannya. Selepas itu, segalanya berubah.

Perangai Mikail yang happy go lucky berubah. Tidak terlupa juga, kondisi kesihatan Mikail.

Mikail mengeluh lemah.

Sunflower yang mekar kekuningan itu ditatap penuh emosi. Mata dipejam lama, perlahan lahan cecair jernih jatuh mengalir kepipinya.

" Lia " gumamnya perlahan.

Menyebut sahaja nama itu, air mata Mikail kembali mengalir deras. Ingin sahaja semua rintihan hatinya itu diluahkan. Tapi, pada siapa? Tiada siapa!

" Lia, aku buat semua ni sebab aku tak nak kau rasa bersalah. "

" Semua ni takdir. "

" Aku tahu siapa kau. Tapi aku takut untuk mengaku. "

" Aku tak nak kau terluka suatu hari nanti. "

" Aku tak nak kau menangis kerana aku lagi. Aku tak nak, pliss. "

" Aku masih pegang janji aku dahulu "

Tangan kanan digenggam lalu diletakkan di dadanya.

" Untuk lindungi kau. Tapi, mungkin tak lama. Thanks sebab masih menunggu kedatangan aku. "

" Mikail! " panggilan seseorang menyentakkan rintihan hati Mikail. Mata di buka luas lalu mukanya di hadapan kan ke langit. Setelah memastikan air matanya sudah kering, punggung diangkat. Langkah diatur.

" Mikail, dah sampai waktu un.. "

" Okey " balasan daripada Mikail membuatkan Emma sedikit terpinga-pinga. " Hmm, nak mintak tolong boleh? "

" Erkk, tolong apa? " dahinya berkerut.

" Tanamkan sunflower dekat bilik aku. Aku nak yang paling besar. Tqzz. " ujar Mikail sebelum berlalu pergi.

" Ouhh ok " balas Emma setelah lama berdiam diri.

" Ni bukan bunga favorite.. Hmm, tak sangka dia orang ada cita rasa yang sama. " gumam Emma perlahan.

Seorang wanita berusia 30-an dihampiri. Hasrat Mikail tadi dinyatakan. Setelah mendapat anggukan daripada wanita itu, Emma berlalu masuk kedalam hospital semula. Masih benyak kerja yang perlu disiapkan.

' I will protect you until the end of my breath and it may not be long. 🙂 '

[C] Misi Cinta SejatiWhere stories live. Discover now