1

9.8K 179 1
                                    

Pagi yang cerah, kini sudah tiba. Aku adikmu dan engkau abang.

Lagu di corong radio itu tidak mampu menghilangkan rasa gelisah di hati kecilku. Kepingan gambar yang baru sahaja aku terima beberapa jam yang lalu telah mengundang pelbagai rasa.

Aku masih menatap gambar-gambar itu dengan rasa gelisah. Entah kenapa hatiku berasa sungguh sakit. Seolah-olah, hati ini baru sahaja dihiris sembilu. Perasaan cinta yang tulus dimainkan lagi. Di mana letaknya nama Ayra Sophia di hati lelaki itu?

Sekeping nota yang berada di dalam sampul putih yang bersama-sama dengan gambar itu tadi, dibaca lagi.

Ke hadapan isteri Mikha..

        Aku tahu hati kau sakit bila kau tengok gambar-gambar yang aku bagi. Tapi nak buat macam mana kan? Suami kau curang belakang kau. Kasihan kau, Ayra. Suami yang kau dambakan sangat tu berlaku curang belakang kau. Mesti sakit kan kau rasa sekarang? Well. Aku berniat baik dan aku harap kau tak akan bencikan aku.
        Pasal perempuan sebelah Mikha tu, kau pasti kenal kan? Skandal suami kau kot, takkan kau tak kenal? Ups, aku lupa yang kau percayakan suami sepenuh jiwa dan raga. Ofcourse lah kau tak kenal. Aku dengar cerita, perempuan tu kaya. No wonder lah kan suami kau yang ada rupa tu beralih arah. Bagai pucuk dicita ulam mendatang.
       Aku tak nak berdolak-dalih dengan kau sebenarnya. Terus terang, aku tak nak kau terluka lagi dengan perangai Mikha yang tak pernah cukup dengan seorang. Dah ada kau masih nak tambah lagi? Ish, typical lelaki kan? Well, aku harap kau fikir masak-masak dan please trust me, my dear.

                                                                    Sincerely
                                                               Anonymous

Nota itu dilipat kemas. Walaupun agak pedas kata-kata pengirim itu, serba sedikit aku mempercayainya. Figura yang berada di dalam foto itu, benar-benar suamiku. Mustahil aku tidak mengenali sosok tubuh suamiku sendiri.

Ayra SophiaWhere stories live. Discover now