36

5.5K 136 53
                                    

"Ya Allah, aku tidak tahu kepada siapa untuk aku mengadu nasib. Aku kehilangan segala-gala yang kupunya dengan sekelip mata sahaja, ya Allah." Aku cuba menahan air mataku daripada terus membasahi telapak tanganku yang kini berbalut dengan telekung yang berwarna putih. Telekung ini diberikan oleh Mikhail sebagai hadiah hantaranku.

"Aku merindui dirinya yang dahulu. Dirinya yang mencintai aku dan hatinya tertulis namaku sahaja. Aku merindui dirinya yang tidak sanggup melihat air mataku jatuh walaupun setitis. Aku merindui dirinya yang sentiasa ingin melindungi aku daripada disakiti sedangkan dia sendiri tidak pernah menyakiti aku sepanjang kami kenal." Perlahan-lahan aku memejamkan mata agar air mata yang sudah lama bertakung mengalir di pipiku. Aku menahan esakanku agar tidak didengari oleh orang lain. Mujur sahaja tika ini baru sahaja pukul 3 pagi. Aku yakin, Mikha dan Elly masih lagi dibuai mimpi indah.

"Hadirnya Ellyda Zahra dalam kehidupan kami makin menjadikan diri Mikhail berubah 360°. Aku langsung tidak menyangka secepat itu Danish Mikhail yang aku sayang, yang aku cinta, yang menjadi sebahagian diriku berubah menjadi orang asing yang aku tidak kenal sama sekali. Aku diam, aku cuba untuk mempertahankan rumahtanggaku walau banyak nasihat aku terima. Tapi aku degil, ya Allah.. aku masih menginginkan Mikhail, dan aku masih mendambakan cintanya."

Aku menangis lagi. Sesekali aku mengesat air mataku tanpa mempedulikan kesan tompokan air di telekungku. "Aku fikir dengan segala pengorbanan yang aku buat, aku akan dapatkan Mikhail semula. Tapi tidak, ya Allah. Mikhail berubah lagi dan kali ini lebih teruk. Aku tidak pernah menyangka mahligai yang aku bina akhirnya menjadi neraka untuk aku. Apa yang dia buat sangat menyeksakan hati aku. Dia rampas kawan aku. Dia rampas bahagia aku. Dia juga rampas kebebasan aku. Dia jauhkan aku daripada berjumpa keluarga. Dia buat aku seperti boneka yang langsung tiada hati dan perasaan."

"Derhakakah aku sebagai isterinya? Nusyuzkah aku sebagai isterinya? Salah aku apa sampai dia sanggup melakukan aku seperti ini? Salah aku apa sampai dia melayani aku seperti ini, ya Allah..." teresak-esak aku menahan rasa sesak di dada. Aku tak mampu lagi meluahkan kepada manusia. Aku juga tak mampu lagi menceritakan kepada kawan-kawan aku.

"Ya Allah, andai ini suratan untukku, aku terima. Kuatkanlah aku, ya Allah. Lindungilah aku.. dan lindungilah juga anakku. Kurniakanlah rahmatMu kepada kami dan rahmatilah kami, ya Allah. Hanya kepadaMu aku berserah dan hanya kepadaMu aku meluah rasa. Aku tidak ingin meruntuhkan masjid yang aku bina hanya kerana sikap Mikhail. Aku hanya ingin masjid yang aku bina ini kekal dan biarlah maut yang memisahkan ikatan yang aku pegang. Biarlah ikatan ini berakhir seiring berakhirnya hayatku di dunia ini."

Aku mengusap air mataku. Perlahan-lahan aku menyapu tanganku ke muka sebagai tanda penghabisan doaku. Lantas aku membaringkan badanku di atas sejadah sambil memegang perutku. "Anak mama.. Mama nak baby tahu, mama sayang sangat dekat baby. Mama tahu mama tak boleh nak jaga baby, tapi baby masih ada ayah kan? Walaupun mama tahu ayah tak macam dulu, tapi sejujurnya ayah pasti akan sayang baby."

Pagi itu, tidurku bertemankan dengan air mata. Hampir 2 jam aku tidur di atas sejadah dan pelbagai mimpi yang menerpa di segenap ruang mindaku. Jam loceng di tepi katil berdering kuat menandakan sudah pukul 5.30 pagi. Aku lantas bangun sambil berhati-hati dan menanggalkan telekungku. Kemudiannya, aku mengikat rambut dan perlahan-lahan melangkah ke dapur. Aku mula menjalankan kerjaku tanpa berbayar. Menu yang sudah disiapkan oleh Ellyda aku ambil dan menyediakan bahan.

Sesekali aku mengerling ke nota itu. Baru aku tersedar, segala makanan yang tersenarai itu merupakan makanan kegemaran Mikhail. Tiba-tiba hatiku terasa agak perit dek perbuatan yang dilakukan Mikhail. Merampas kawan dan merebut segala kebebasan membuatkan aku semakin benci. Andai sahaja along tahu, aku yakin dan pasti, nyawanya juga tidak dapat diselamatkan. Along pasti akan mengerjakannya sehingga lunyai. Bukannya aku tidak tahu, dendam lama masih lagi terpendam di lubuk hati along.

Ayra SophiaHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin