25

3.9K 76 6
                                    

Mikhail memandang skrin telefon itu dengan wajah yang suram. Titisan air mata yang mengalir, dibiarkan sahaja. Hatinya begitu perit mendengar luahan hati isterinya. Seandainya dia mampu membuat pilihan, dia tidak mahu melukai sesiapa pun yang hadir dalam hidupnya tika ini.

Sama ada Ayra, mahupun Elly, dia langsung tiada jawapan untuk itu. Minda dan hatinya langsung tidak bersepakat dan pasti hujungnya, ada yang terluka.

"Ya Allah, ampunkan aku." Ujarnya seraya meraup wajahnya. Rambutnya yang kini serabai, dibiarkan sahaja. Sesekali matanya mengerling ke arah foto perkahwinannya dengan Ellyda. Kejadian ijab kabul itu masih terngiang-ngiang di mindanya.

Kejadian di mana, dia melihat kelibat isterinya. Kejadian di mana, segala tutur bicaranya, tidak lagi dipercayai dan dia dimalukan di hadapan orang ramai dengan menerima satu tumbukan daripada along Ayra. Mikhail akur kerana dia tahu, semuanya berpunca darinya. Wajar sahaja seorang abang ingin menjaga maruah adiknya daripada dipijak oleh seorang lelaki yang langsung tidak layak digelar suami.

Andai ditakdirkan, hatinya tidak jatuh cinta pada Ellyda, pasti kini dia sedang bermesra-mesraan dengan isterinya di rumah. Pasti saat ini, saat indahnya bersama isterinya sambil menunggu ketibaan cahaya mata mereka. Tapi, segala impian itu musnah akibat kejadian yang langsung tidak dijangka.


"Sorry." Ujar Ellyda sebaik sahaja dia melanggar bahu seorang lelaki yang agak tinggi daripadanya. Seusai sahaja permohonan maaf itu dilontarkan, lelaki itu cepat-cepat menoleh ke arahnya dan mata mereka bertembung dalam tempoh yang agak lama. Entah kenapa, Ellyda seakan terpukau dengan panahan matanya dan tanpa mempedulikan dirinya dipandang oleh orang lain, Ellyda tetap menatap mata lelaki itu tanpa sekalipun berkedip.

Apabila Ellyda merasakan situasi ini agak lama dan mungkin tidak akan menemui penghujungnya jika dia tidak menghentikannya, lantas dia berdehem dan perkara itu berjaya menyentakkan lelaki itu daripada menatapnya lagi.

"Oh, sorry. By the way, nama I Mikha." Ujar Mikhail sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan gadis di hadapannya. Bayangan isterinya langsung tidak dihiraukan. Ellyda terkejut dengan tindak balasnya yang membalas salaman lelaki yang baru sahaja kenal dua minit yang lalu.

Kenapa dengan aku ni?

"Ellyda." Ujarnya sepatah dan memandang ke arah tangannya yang erat di dalam dakapan tangan lelaki itu. Er, tak nak lepaskan sampai pagi esok ke?

"Sorry, but I have to go." Ujar Ellyda seraya menarik kembali tangannya. Kelihatan wajah Mikhail tersentak dan dengan cepatnya, Ellyda meninggalkan dia. Peliknya lelaki tu!

Mikhail yang masih terkejut itu, disergah oleh kawannya, Ameer Syakir. "Kau mengelamun apa?" Digelengnya dan memandang tangannya yang baru sahaja tadi menyentuh perempuan yang bukan mahramnya. Kemudian, wajah Ayra kembali menjelma di mindanya. Allahurabbi, apa aku dah buat ni?

"Siapa perempuan tadi tu?" Soalan daripada Ameer membuatkan Mikhail betul-betul terkejut. Dia nampak ke aku salam perempuan tu?

"Tak kenal, tapi dia terlanggar aku tadi." Ujarnya seraya duduk di bangku yang berada di tepi pusat membeli belah itu. Ameer juga turut membuntutinya. "Kenapa kau salam dia? Tak sayang dekat Ayra ke?"

Mikhail lantas menoleh ke arah sahabatnya. "Kau merepek apa ni? Of course aku sayang dia. Dia isteri aku kan? Pasal salam tu, aku salam je dia. Salah ke?"

Ameer menggeleng seraya meletakkan beg plastik di sisi kakinya. "Kalau Ayra nampak, dia fikir apa? Dia akan fikir kau curang tau. And kalau kau dekat tempat dia, kau nampak dia bersalaman dengan lelaki lain, kau akan anggap dia apa?"

"Aku tak sengajalah. Dia takkan tahu punya, kalau kau tak bagitahu dia."

"Ye, dia takkan tahu daripada mulut aku tapi kau salam depan public tau. Mana tahu, kot-kot ada kawan-kawan kita, takpun kawan-kawan Ayra ke? Ayra tetap akan tahu. Peliklah aku dengan kau ni. Dah ada bini dah pun, still lagi tak tahu halal haram ke?"

Mikhail bengang. "Kau pahal sekarang ni? Dosa aku, biar akulah tanggung. Kau sibuk kenapa?" Ameer mengeluh. Dia memandang wajah Mikhail yang kian merah itu. "Aku tahu, semua yang kau buat tu dosa kau. Tapi pleaselah, jangan tambah dosa kau."

"Sukahati akulah. Kau sibuk kenapa? Aku salam je pun, bukan aku cium ke peluk dia ke."

"Salam je? Habis yang kau tenung dia lama-lama tu kenapa? Salam tangan dia sampai tak nak lepas tu kenapa? Dah suka dia? Mikha, Mikha. Ingat sikit Ayra dekat rumah tu. Jangan fikir pasal kau je."

Ameer bangun. "Cepat-cepatlah buang perasaan kau tu sebelum teruk jadinya nanti."

Kemudian, Ameer meninggalkan Mikhail sendiri. Namun, sedikit pun tidak meninggalkan kesan di hatinya. Dia tak fikir apa-apa pun ketika ini. Cuma dia fikir, bagaimana dia ingin berjumpa lagi dengan gadis itu.


Mikhail meraup wajahnya. Kalaulah dulu, aku dengar kata Ameer, pasti aku tak perlu buat keputusan untuk memilih. Aku juga tak perlu bersusah payah menyakiti hati isteri aku sendiri.

Kemudian, dia mengambil kunci keretanya. Dia tekad kali ini. Dia ingin meraih kata maaf daripada Ayra. Tentang along, dia langsung tidak peduli. Sekarang ini, hanya difikirannya ialah Ayra dan anak mereka.

Ayra SophiaWhere stories live. Discover now