20

4.3K 58 1
                                    

Ucapan terima kasih seharusnya diberi kepada Hilman kerana berjaya memujuk hati Mikhail. Aku tak tahu apa yang Hilman dah cakap tapi berjaya buat hatiku gembira dengan layanan Mikha. Dia pun tak banyak soal tentang aksi suap-menyuap aku dengan Hilman tempoh hari.

Seraya terlalu gembira, aku terlupa untuk mengucapkan terima kasih kepada Hilman. Nak menghantar mesej macam tak best pula. Lagi elok dan lagi bagus kalau diujar bila berhadapan. Jadi, sehingga melonjak ke hari ini, Hilman masih belum mendapat ucapan terima kasih daripada aku.

Hari ini, aku tidak terlalu sibuk dan banyak masa di rumah. Mikhail sudah berganjak ke tempat kerjanya. Katanya, hari ini dia sibuk sikit dan pulang lewat malam. Aku pun mengiyakan sahaja kerana tidak mahu menyekat haknya sebagai pekerja. Sudahlah aku tidak bekerja, takkan aku nak hasut dia sekali untuk tidak bekerja hanya kerana ingin menjaga aku?

"Huh." Keluh aku sebentar. Ikutkan hati aku memang nak paksa Mikhail ambil cuti dan menjagaku di sini. Kandungan yang baru ini memerlukan rehat yang cukup dan aku juga tidak boleh stres.

Baru beberapa jam Mikhail keluar, aku sudah mulai berfikir macam-macam. Hasutan syaitan di tepi telinga semakin menjadi-jadi. Aku cuba untuk beriak biasa namun fikiranku semakin menerewang jauh. Aku takut kalau sebenarnya Mikhail menipu aku. Aku takut kalau dia tidak bekerja tapi meluangkan masa dengan perempuan tu.

"Astaghfirullahalazim."

Aku cuba beristighfar dan melarikan segala persepsi aku. Aku tak nak dapat dosa kerana bersangka buruk tentang suami sendiri. Aku lebih percayakan suami aku dan aku yakin Mikhail juga tidak sanggup nak meruntuhkan kepercayaanku.

Tiba-tiba aku mendapat idea. Telefonku dicapai dan nombor ibu didail. Terasa lama pula tidak menghubungi ibu. Kali terakhir aku berbalas khabar dengan ibu, waktu dua hari selepas ibu menziarah aku di sini. Setelah itu, aku membisu dan sekadar membalas mesej mengatakan aku baik-baik sahaja di sini.

Jahatnya.

"Assalamualaikum, ibu."

Kedengaran suara ibu yang ceria itu menyapa telingaku. Tersentap juga dadaku tika ini. Terasa terlalu jahat terhadap ibu sendiri. "Waalaikumussalam, sayang. Hai anak ibu, baru ingat nak telefon ibu ke?"

Aku diam beberapa saat. Aku malu dengan diri sendiri. Aku tahu, tak sepatutnya aku lupakan ibu aku. Tak semestinya bila dah berumahtangga, seorang anak harus melupakan ibunya. Tidak sama sekali.

"Maafkan Ayra, ibu. Ayra tahu Ayra tak sepatutnya lupakan ibu. Ayra sepatutnya selalu telefon ibu, selalu tanya khabar ibu, selalu lawat ibu." Ujarku senada dan kemudian suaraku berubah nada. Daripada percakapan biasa kini sudah menjadi drama air mata.

Ya, air mata aku kini menitis perlahan. Setitik demi setitik. Mulanya perlahan, kini sudah mengalir deras. Cuma suara sahaja aku tahan. Malunya pada diri sendiri.

"Sayang, ibu tak marah Ayra lah. Ibu gurau aje tadi. Ibu tahu anak ibu tengah sibuk. Ibu tahu dan ibu tak nak ganggu rumahtangga Ayra. Cukup Ayra balas mesej ibu dan abah, itu dah cukup buat ibu tahu, anak ibu okay."

Bila ibu berkata begitu, buatkan aku rasa nak lari balik rumah ibu saat ini. Nak peluk ibu, nak cium dan kalau perlu nak melutut mohon ampun sebab dah abaikan ibu. Tapi kudrat aku kini terbatas. Nak bawa kereta pun, Mikhail tak bagi. Katanya, aku tak bagus memandu sendiri. Sudahlah kepala aku asyik pening kebelakangan ini.

Doktor Amer kata, itu mungkin hormon ketidakstabilan aku sahaja. Aku cuma perlukan sedikit masa untuk menyesuaikan tindak balas tubuhku. Maklumlah, ada bayi sedang membesar dalam tubuhku. Masakan tidak badanku terkejut?

"Ibu tak marahkan Ayra kan?" Soalku setelah puas mendiamkan diri. Lama jugalah aku berdiam diri. Masa panggilan juga sudah menginjak ke 10minit walaupun aku hanya bercakap tidak sampai 5minit.

Ayra SophiaΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα