3

5.3K 118 7
                                    

Figuranya menerobos masuk ke dalam restoran itu. Matanya terkial-kial melilau mencari seorang gadis yang telah dibuat temu janji. Seakan matanya sudah 'menangkap' figura gadis itu, langkah kakinya dipercepatkan dan diayunkan ke arah meja gadis itu.

"Hai, Elly!" Mikhail menyapa figura gadis itu. Gadis itu hanya tersenyum dan mempelawa Mikhail duduk.

Minuman di hadapannya, disedut rakus. Seolah-olah ingin sahaja menyejukkan hatinya yang membara. "What's wrong with you, Ellyda?" Pandangannya dilurutkan ke jari Mikhail. Tiada cincin tapi mengapa statement yang didengarinya itu seolah-olah bukan khabar angin?

Keadaan masih menyepi. Masing-masing hanya bermonolog di dalam hati. Mikhail yang agak rimas dengan situasi itu, lantas tangannya mengelus tangan Ellyda.

"You kenapa ni? You ajak I jumpa, tapi at the end, you menyepi macam ni. Tell me, what's wrong?"

Ellyda mengeluh. Perlahan-lahan, dia menarik tangannya agar tidak lagi dielus oleh Mikhail. "You dah berkahwin?"

Tersentak Mikhail. Seolah-olah tidak percaya apa yang didengarinya tadi. Ellyda sudah tahu bahawa dia sudah berkahwin? Tapi, dari mana?

Mikhail diam. Angguk tidak geleng juga tidak. Badannya masih statik menegak tanpa sebarang respons. Dirinya tiada jawapan untuk soalan yang diajukan. Dirinya tidak pernah memikirkan soal ini.

"Answer me, Mikha. You dah berkahwin kan?"

Mikhail mengangguk. Riak wajah Ellyda lantas berubah. "Yes, I dah berkahwin. Hampir lima bulan. Why? Ada apa-apa masalah ke dengan perkahwinan I ni?"

Ellyda terkejut. Adakah dirinya sedang dipermainkan oleh lelaki di hadapannya ini? Cinta yang diungkap setiap hari itu hanyalah dusta semata-mata? Hakikatnya, dia terpaksa berkongsi dengan wanita lain. Wanita yang lagi berhak berbanding dirinya. Buktinya, dia bercinta dengan suami orang.

"You nak mainkan I ke Mikha?" Ellyda menyoal.

Makanan di hadapannya di tolak ke tepi. Seleranya untuk makan hilang secara mendadak. Pertemuan itu seharusnya pertemuan yang menggembirakan, tapi kini sudah menjadi pertemuan yang menyakitkan.

Semua ini gara-gara mulut manusia yang entah dari mana membongkarkan rahsia Mikhail.

"I dengar cerita Mikhail tu dah kahwin. You kenal kan dengan Mikhail?"

Gadis itu ketawa. "Well, kenal sangat. Lagipun Arif, dia tu senior I dulu kat kolej. But, seriously dia dah kahwin? I rasa dia muda lagilah nak berumahtangga bagai."

"Muda apa laginya, sayang. Dah nak dekat 25 tahun dah. Dia baya-baya I je. Tapi tu lah, I dengar lagi, Mikha tu ada skandal belakang isteri dia. Ish, isteri dia dah lah lawa, boleh pulak si Mikha tu pasang baru."

Membara hati Ellyda mendengar kesemua bicara pasangan couple itu. Isteri Mikhail lagi lawa daripadanya? Uh!

"Siapa pulak cakap yang I mainkan you ni? I serius okay pasal kita."

Suara Mikhail memecahkan lamunannya. Wajah Mikhail ditenung lama. Matanya bertentang dengan mata Mikhail. Sesekali, fikirannya menerewang memikirkan kembali kata-kata pasangan itu.

"Serius? You dah kahwin, Mikha. You nak madukan I ke? Please...say no!"

Kedengaran agak tinggi namun suara Ellyda dikawal agar tidak didengari oleh orang lain. Sudahlah berada di dalam restoran. Mahu nanti mereka berdua yang mendapat malu.

Senyuman menghiasi bibir Mikhail. "If I say yes? Elly, I takkan ceraikan isteri I. Never and never. But, I memang sayangkan you. Dalam hati I ni, I memang nak kahwin dengan you."

Ayra SophiaWhere stories live. Discover now