19

3.3K 66 6
                                    

Sedaya upaya Hilman cuba untuk mengejar Mikhail yang sudah jauh ke hadapan. Puas sesi mengejar, sampai sahaja di kawasan parkir, Hilman menjerit nama Mikhail dengan nada yang agak keras dan kuat. Kalau diikutkan hati, di dalam hospital lagi dia nak jerit. Namun, apabila difikirkan tentang pesakit yang ingin berehat, dibatalkan sahaja niatnya.

Setelah mendengar laungan namanya dijerit, Mikhail lantas menoleh menghadap ke belakang. Kelihatan seorang lelaki yang sudah biasa dilihat oleh mata kasarnya. Lelaki inilah yang baru beberapa detik bersuap-suap dengan isterinya, Ayra Sophia. Lelaki ini jugalah yang sudah membantu isterinya ketika dia sibuk bekerja. Fikirannya malah menerewang ke arah lain. Pasti lelaki ini telah mengendong isterinya. Arh!

Hilman senyum dan mula merapatkan dirinya ke arah Mikhail. "Tak payah nak lari bagai. Bukan salah isteri kau pun." Ujar Hilman sambil berpeluk tubuh. Nada suaranya agak santai dan tiada punca-punca untuk memulakan pergaduhan.

"Really? Habis salah siapa? Engkau? Ye, memang salah kau. Kau tahu kan dia isteri orang dan kenapa kau masih nak dekat-dekat dengan dia? Tak reti nak hormat hak orang lain ke?"

"Kau pun suami orang tapi menggatal dengan perempuan lain, seolah-olah kau tu masih bujang. Mana sifat lelaki sejati kau kalau isteri sorang pun tak boleh nak jaga. Kenapa biarkan isteri kau sorang-sorang kalau dah tahu sayang isteri? Malah, lebih sibuk memikirkan perempuan lain berbanding isteri."

Menyirap sahaja Mikhail tika ini. Terasa bagai disimbah dengan air panas. Sebelum sempat Mikhail ingin meredakan kemarahan yang semakin membuak, Hilman menambah lagi amarah di dada.

"Then, marah kalau isteri sendiri rapat dengan lelaki lain. Bro, what you give, you get back. Kau buat macam tu belakang Ayra, Ayra pun boleh buat belakang kau. Win-win situation, right? Kau tak payah acah nak patah hati bagai, sedangkan kau pun sama. Tak ada beza!"

"Kau tak payah nak ajar aku!" Jerit Mikhail dengan nada yang ditahan-tahan. Dia takut, jika dia menjerit, pengawal di sini akan menulis namanya sebagai penganggu di hospital dan dia tak nak mencemarkan namanya hanya kerana lelaki di hadapannya ini.

"Aku pun tak nak bazirkan masa aku untuk ajar kau. Kau memang dah tak boleh nak diajar."

Walaupun ringkas tapi mampu mengguris hati Mikhail sehinggakan amarahnya sudah sampai ke kemuncaknya. "Kurang ajar!"

Baru sahaja tangannya ingin menumbuk Hilman, Hilman terlebih dahulu menangkap tangannya. Senyuman sinis dihadiahkan buat Mikhail. "Tolong jangan sakitkan tangan sendiri dan tolong jangan kotorkan muka orang lain dengan tangan kau. Cukup tangan kau dipergunakan untuk menyarung cincin buat kali kedua pada skandal kau."

Sekali lagi, Mikhail diperli. Bagaimana lelaki ini mengetahui niatnya untuk berkahwin lagi? Ayra ke bagitahu semua ini.

JAP! Ayra tidak tahu menahu soal itu. Kalau dia tahu, tidaklah dia ingin menghantar sms kepadaku untuk menyuruh melawatnya. Siapa lagi yang tahu?

"Mana kau tahu?" Akhirnya, terkeluar juga soalan yang ingin diajukan buat Hilman.

Hilman tidak menjawab malah ketawa yang dihadiahkan. Sesekali itu, tangannya menepuk bahu Mikhail dan senyuman sinis juga turut menghiasi wajah Hilman. "Bro, sejauh mana kau cuba sorokkan pun, lambat laun Ayra akan tahu jugak. Kalau bukan dari mulut aku, mulut orang lain. Ataupun mulut bakal isteri kedua kau."

Lagi menyirap Mikhail dibuatnya. Ikutkan hati, memang habis Hilman dikerjakan. Nasib tika ini, waktu tidak menyebelahinya. Kalau tidak, habis mati dikerjakan.

"Pergi mati. I don't care and I never care." Ujar Mikhail ringkas dan kemudian memalingkan mukanya untuk bergerak pergi. Hatinya tika ini benar-benar terluka dan benar-benar sudah mencapai di kemuncaknya.

"Cakaplah apa-apa selagi kau mampu. Kau tak nak kisah atau takkan kisah, aku pun tak peduli. Jangan nanti, penyesalan kau pun hanya tinggal debu yang berterbangan. Jangan salahkan aku sebab caras isteri kau sebab aku pun masih ada maruah. Aku sebagai lelaki, taknaklah rampas hak orang."

Heh,

"Tapi tak tahulah pulak kau. Sama ada masih ada maruah atau tidak sebab sudah ada isteri, masih lagi nak cari lain. Lagi-lagi isteri yang sedaya upaya nak bagi zuriat untuk kau, tapi kau? Pergi cari lain. Eh, kebangangan apakah yang cuba kau sampaikan?"

Makin menyirap Mikhail. Kemudian, dia memalingkan mukanya dan cuba untuk menumbuk Hilman, tapi tidak berjaya. Malah, dia pula yang mendapat.

Hilman memberi satu tumbukan dan tumbukan itu tepat mengenai di tepi bibirnya. "Cuba terima hakikat apa yang kau dah buat. Cuba terima dan hadam semua. Bukan cari salah orang lain dan cuba nak menutup mulut orang dengan berkasar. Aku sedaya upaya nak berbincang dengan sabar dengan kau tapi kau memang tak boleh nak dibawa berbincang."

Mikhail menyentuh sedikit di bibirnya. Kelihatan darah mulai keluar. "Itu baru sikit dan aku pun kalau boleh, aku nak bunuh je kau terus. Hidup pun menyusahkan hidup orang. Cubalah kau tu insaf sikit. Cuba jadi yang setia walau diri kau pun tak pernah ada sifat kesetiaan."

"Berapa Ayra upah kau untuk pujuk aku? Berapa Ayra bayar dengan segala kelakuan kau hari ini?"

Hilman menjeling.

"Kau ingat aku miskin sangat sampai nak mengemis? Kalau Ayra tak mintak tolong pun, aku tetap akan tolong dia. Jelas raut kesedihan di wajah dia yang dia sedih lihat kau blah macam tu."

Hilman menyambung lagi. "Cuba buat dia terasa dihargai walaupun kau tak mampu nak hargai dia. Kalau memang tak mampu nak bahagiakan dia lagi, please lepaskan dia dan tolong jangan seksa hati dia."

Sebelum beredar, Hilman mendekati Mikhail dan memesan sesuatu.

"Kalau kau rasa, masih ada sayang, tolong lupakan hasrat kau untuk kahwin lagi. Tapi, kalau tak ada, please let her go and go away."

Ayra SophiaWhere stories live. Discover now