16

3.4K 67 28
                                    

Makanan yang aku masak sebentar tadi, disusun rapi di atas meja makan. Entah kenapa, sejak mendengar berita gembira dari Hilman, aku ingin memberikan layanan istimewa buat Mikhail. Seraya itu, memberitahu Mikha soal berita itu.

Aku boleh mengandung? Ya Rabbi, apa lagi yang aku mahu? Hanya itu yang aku mahu. Zuriat yang menjadi saksi cinta aku dan Mikhail dan penyambung keturunan kami. Itu sudah memadai walaupun terpaksa mengorbankan nyawaku sendiri.

Kalau nanti apa yang Doktor Amer katakan itu benar? Bagaimana nasib anak aku? Siapa yang akan jadi ibunya? Siapa yang akan beri layanan special untuknya?

"Hai sayang! Fikir apa tu?" Sergah Mikhail sehingga terhenjut bahuku.

Eeee.

"Nak saya mati terkejut ke?" Mikhail tersenyum seraya mencium pipiku. Sejak kebelakangan ini, Mikha selalu membuat aku terbuai dengan sentuhannya. Terasa seperti waktu mula-mula kami berumahtangga. Rindu,

"Apa cakap macam tu? Saya kalau boleh nak awak selalu ada dengan saya. Sayang tahu kan? Saya sayang awak sangat. Jadi, kenapa saya nak awak mati terkejut pulak? Kan?"

"Saya ada berita gembira nak bagitahu awak." Aku sendukkan nasi serta lauk kegemarannya. "Apa?" Aku perhatikan dia. Dia tampak bahagia melihat layanan aku berikan. Semoga, apa yang aku akan bagitahu lebih buat dia bahagia. Lebih buat dia gembira.

Anak, bukankah anak merupakan bukti cinta setiap pasangan?

"Doktor Amer bagi saya mengandung. Saya tak perlu buat pembedahan tu. Saya boleh mengandung dan kita akan dapat anak."

Senyuman masih setia di bibirku namun setelah melihat riak wajah Mikha yang tidak langsung menunjukkan riak gembira, terus aku matikan senyumanku.

Mikhail tak suka dengan berita ini? Dia tidak mahu ada anak dengan aku? Dia taknak anak? Dia jijik dengan aku?

"Awak tak suka dengan berita ni?"

Sepi.

Hening.

Aku tak tahu nak ungkap kata-kata namun aku cuma mampu gambarkan, hatiku perit dengan perilakunya. Aku begitu teruja dengan berita ini dan setiap saat aku menunggu kepulangannya hanya untuk memberitahu berita ini, namun dia?

Lama aku tunggu respons darinya, namun hampa. Reaksinya tetap sama. Merenung lama nasi yang telah aku sendukkan tanpa menjamahnya. Sudah bencikah dia terhadap masakan aku? Sudah bencikah dia dengan diriku?

Adakah selama ini, sentuhannya, layanannya palsu belaka? Dia sengaja ingin menyeksa hatiku?

"Tak apalah, Mikha. Saya tahu awak tak suka dengan berita ni. Saya salah menilai awak. Saya lupa yang awak tak suka ada anak dengan saya. Maafkan saya. Tak apa, saya faham."

Perlahan-lahan, aku tolak kerusi dan ingin melangkah pergi. Apa guna kalau aku tetap tunggu kalau dia pun tidak memberi respons?

"Sayang.."

"Sokay, Mikhail. Saya tak nak dengar apa-apa and please, jangan panggil saya sayang lagi. I hate the word." Hati aku benar-benar terguris kali ini. Sangat-sangat terguris.

Aku fikir dia suka dengan apa yang ingin aku sampaikan. Tapi, aku salah. Dia benci dengar berita ini. Dia tak suka. Dia benci.

Benci.

"Allahurabbi.."

Kenapa saat aku ingin menggapai bahagia, ada sahaja yang menghalang? Kerana perempuan itukah, Mikhail jadi begini? Kerana perempuan itukah, Mikhail tak mahu anak dariku?

Baiklah, aku hanya penghalang daripada mereka bersatu. Mungkin, ada lebih baik aku yang berundur diri. Cukup aku seksa diri dengan semua sandiwara yang hari-hari Mikha lakonkan. Biar aku akhiri segalanya hari ini.

Ayra SophiaWhere stories live. Discover now