26

4K 77 14
                                    

Pagi ini, entah kenapa aku bangun awal sangat. Tepat jam 5 pagi, aku sudah terjaga dari mimpiku. Kebiasaannya, aku akan bangun pukul 6 ataupun lagi 10minit nak terlepas subuh. Tapi hari ni, belum subuh mataku sudah celik.

Malas nak fikir, aku terus bangun daripada katil terus menuju ke tandas. Dalam perjalanan hendak ke tandas, aku terperasan akan sekujur tubuh yang sedang terbaring di atas lantai di sisi katil. Tubuhnya agak kurus seperti along. Aik? Along teman aku ke malam tadi.

Mungkin juga kerana malam tadi emosi aku betul-betul tidak stabil. Kejap rasa nak menangis, kejap rasa nak tumbuk dan kejap rasa nak gelak. Alonglah yang menemani aku sehingga aku sendiri letih dan kemudiannya terbuai mimpi.

Tapi tak sangka pula kalau along terpaksa tidur di atas lantai kerana takut jika aku meracau pula malam nanti. Lantas, aku menghampiri along tanpa berniat untuk menghidupkan suis lampu. Dalam keadaan yang gelap ini, aku berjalan dengan penuh hati-hati. Takut terjatuh pula di atas badan along. Ada yang masuk wad nanti.

Sedang aku berhati-hati ketika berjalan, tiba-tiba along menggerakkan kakinya dan tersepak kakiku yang sedang diangkat, lalu aku terjatuh di atas badan along. Allahu!

Lantas, mata along terbuka dan terus memandangku yang sedang terbaring di atas badan along. Aduh, cuailah kau, Ayra. "Sorry along, Ara tak sengaja." Ujarku seraya ingin bangun dari posisi ini. Namun belum sempat aku ingin beralih, tangan along mula memeluk pinggangku.

Allah! Along aku kenapa? Atau..

Ini bukan along?

Lantas aku amati wajah itu di dalam kegelapan. Baru sahaja otakku ingin memberikan jawapan, tangan itu mengusap lembut pipiku. Yes, aku dah dapat menduga siapa lelaki ini. Ini bukan along dan bukan juga perompak atau perogol bersiri. Ini lelaki yang telah berjaya melukai hati aku. Ini juga lelaki yang masih terhegeh-hegeh nakkan simpati dan kasih sayang aku.

Aku cuba untuk bangun dan melepaskan pelukannya tapi dakapannya makin dieeratkan. Posisi aku tika ini benar-benar menyesakkan kembali nafasku. Jiwa dan hatiku juga bergelora serta debaran hatiku tidak dapat dibendung. Perasaan cinta kian menjalar.

No! A big no!

Jangan mudah maafkan dia, Ayra Sophia. Dia tak layak nak dapatkan kata maaf daripada kau. Kalau betul dia sayangkan kau, dia takkan duakan kau. Dia pun takkan kahwin dengan perempuan lain. Atas alasan apa dia nak kahwin lain? Atas alasan anak? Merepek! Kau masih boleh mengandung kan?

Baru sahaja perasaan cinta itu ingin mengalir, akhirnya terhapus dengan sendiri. "Boleh lepaskan saya tak?" Ujarku dingin. Nadaku juga tidak sama seperti aku memohon maaf ketika menganggap dia itu ialah along.

"Sayang, kejap je. Saya betul-betul rindukan awak. Saya nak peluk awak. Saya nak dakap awak. Kejap je."

"Saya tak nak peluk awak. Saya tak nak dakap awak. Boleh lepaskan saya tak? Saya tak suka awak dekat dengan saya. Jangan bagi saya stres boleh tak?" Ujarku seraya cuba untuk melepaskan diri daripada pelukannya.

Akhirnya aku berjaya. Mungkin dia tak sangka dengan jawapan yang aku berikan. Dan ada aku peduli?

"Awak jangan ingat awak datang sini, awak tidur atas lantai, awak akan dapat kata maaf daripada saya. Sorry to say, awak dah tak ada dalam hati saya. Walaupun awak ayah kepada anak saya, saya tetap tak peduli."

Mikhail bangun dari pembaringannya lalu menuju ke pintu bilik. Aku dah agak, dia takkan tahan dengan mulut aku. Baru dengar sikit, telinga dah panas. Elok sangatlah tu.

Mikhail terus menutup pintu dan menguncinya sekali. Lantas menuju ke arah aku. Sangkaanku meleset jauh. Aku ingatkan dia nak balik ke rumah dia. Hm..

Ayra Sophiaحيث تعيش القصص. اكتشف الآن