31

3.7K 74 5
                                    

Hampir dua minggu aku tinggal di rumah ibu setelah pulang dari bercuti bersama Mikhail. Sejak Mikhail pulang ke rumah isteri nombor duanya, dia langsung tidak menziarahiku di sini. Sekadar berbalas whatsapp dan itu pun sehari selepas majlis Maya. Setelah itu, langsung tiada khabar berita.

Mungkin Mikhail sudah melupakan aku? Sedangkan aku juga perlu dijaga. Aku cuma memberinya keizinan untuk membahagikan masa dengan adil bukannya menjalankan tanggungjawab pada Elly sahaja. Mungkin Elly dah mandrem suami aku?

MasyaAllah, Ayra! Istighfar! Ingat Allah.

"Astaghfirullahalazim." Ujarku seraya mengurut dadaku perlahan. Aku sepatutnya berfikiran yang positif. Lebih-lebih lagi, aku sedang berbadan dua. Tidak bagus untuk perkembangan janin jika ibunya sendiri mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Aku tidak mahu anakku menghidapi penyakit. Aku juga tidak mahu anakku ini menyusahkan orang-orang yang menjaganya nanti.

"Ara?" Panggil along seraya membawa segelas susu untukku. Sejak aku tinggal di rumah ibu, along dan kak Rya kerap juga pulang semata-mata ingin menjaga aku yang lagi mengandung ini. Beruntung aku mendapat seorang abang yang prihatin akan adiknya. Juga beruntung sekali mendapat kakak ipar yang mudah akrab dengan ipar duainya walaupun kami tidak selalu berbalas kata.

"Ye along. Kenapa hantarkan susu untuk Ara? Ara boleh ambil sendiri kat dapur." Kataku seraya menganjakkan posisi dudukku ke kiri sedikit untuk memberikan ruang buat along. Setelah melabuhkan punggungnya, along lantas menghulurkan gelas itu ke arahku dan menyuruhku minum. "Biarlah. Sekali tu bolehlah along tengok adik along ni. Sihat tak? Menangis ke? Ara tak elok tau murung macam ni. Mikha bukan pergi curang pun, dia cuma pergi tidur rumah bini dia jugak."

Memanglah bini tapi aku ni? Patung? Aku pun perlukan dia.

Haih..

"Dah tak payah fikir sangat. Nanti Ara sendiri yang sakit. Jadi, lebih baik Ara habiskan susu tu then Ara tidur. Esok cuba call Mikha lagi, okay?"

Aku mengangguk lembut seraya menghabiskan susu khas untuk ibu mengandung. Ini semua idea along. Macamlah dia tu pernah mengandung sampai semua makanan dan minuman aku, dia yang jaga. Tak boleh makan tu, tak boleh makan ni. Dah macam pak bidan je gaya along aku ni. Tapi tak apalah, dah along aku sayangkan aku, aku ikutkan sahajalah. Lagipun, untuk kebaikan anak aku juga.

***

"Elly, you tak sihat ni. Asyik muntah je. Ni dah berapa kali you ulang-alik ke tandas." Ujar Mikhail seraya memimpin tangan Ellyda yang sedari tadi ralit ke tandas sahaja.

Sudah hampir lima hari, Ellyda asyik muntah sahaja. Sudah diajak berjumpa doktor, pantas sahaja menggeleng. Belum sempat Mikhail ingin menelefon doktor, Ellyda terlebih dahulu memuntahkan isi perutnya sehingga menyebabkan kerja Mikhail tertangguh.

"Jom ikut I pergi klinik."

Ellyda menggeleng seraya mencuci mulutnya. "I okaylah. I pening biasa je. Migrain I datang balik kot? Takpe, I boleh rehat je dekat rumah. As long you ada dengan I, I okay."

"Okay? Dalam sehari berapa kali you muntah, you still kata you okay? No, baik you ikut I pergi jumpa doktor kalau tak, I balik jumpa Ayra and I tinggalkan you sorang-sorang dekat sini." Mikhail terpaksa menggugut Ellyda semata-mata ingin memujuk Ellyda ke klinik.

"Ish, yelah. I ikut you. Tapi kejap je eh? Ke you call je kawan you suruh tengokkan I dekat rumah."

Jap. Nak call siapa?

Lantas Mikhail menelefon doktor Ameer. Nombor itu sahaja yang berada di dalam telefonnya kerana hari itu membincangkan soal pembedahan Ayra.

"Assalamualaikum, doktor. Ini saya, Mikhail, suami Ayra. Boleh mintak datang ke rumah saya? Nanti saya bagi alamat."

"Kenapa? Ayra sakit? Kandungan dia okay kan?"

Mikhail menepuk dahi. Aduh! Doktor ni kan tak tahu yang aku dah kahwin dua?

"Er... ni bukan Ayra. Tapi, nantilah saya cerita. Doktor datang sekarang boleh?" Ujar Mikhail seraya menutup panggilan itu apabila doktor Ameer membalas 'okay'.

Mikhail lantas menolong Ellyda untuk berbaring dan selimut yang terbentang diambil dan menutupi badan Ellyda sehingga ke paras dada. Sesekali itu, dia mengelus lembut pipi Ellyda.

"Thank you jaga I. Maaf ye susahkan you selama beberapa hari ni. Satu lagi, maaf sebab dah ganggu time you dengan Ayra. Sepatutnya minggu ni you dengan dia, tapi I pulak tak sihat. I'm so sorry, baby."

Mikhail diam lalu senyum. "It's okay. I yakin Ayra faham kenapa I tak balik tengok dia. Lagipun, dia dekat rumah ibu dan semestinya ibu jaga dia dengan baikkan? Lagipun along dia pun ada sekali. So, jangan risau. Dia okay." Ujar Mikhail. Dalam hatinya terselit rasa serba salah. Sejak dia datang ke sini, jarang sekali dia berbalas whatsapp dengan Ayra kerana Ellyda kerap muntah dan hari itu, setelah sehari majlis Maya, Ellyda demam. Agak teruk juga sehingga aku tidak boleh ke mana-mana.

Sesekali Mikhail mengerling ke arah telefon bimbitnya. "Em, I keluar jap eh? You baring dulu. Nanti kalau doktor dah sampai, I kejutkan you. I nak pergi buatkan air untuk doktor kejap." Ellyda mengangguk.

Seraya menutup pintu bilik itu, Mikhail terus menelefon nombor Ayra. Dia tidak sedap hati merahsiakan lama-lama dengan isterinya itu. Dia khuatir jika Ayra kembali merajuk.

"Hello, sayang."

"Waalaikumussalam. Ye Mikha, kenapa?"

Ah sudah! Disindir pula. Macam marah je ni?

"Err, sayang okay? Sihat tak?" Soal Mikhail memulakan bicara.

"Saya sihat je, alhamdulillah. Awak kenapa tak balik? Lupa saya eh?" Soal aku. Aku tak tahulah, tapi rasa macam nak gaduh je. Rindu pun ada tapi itu aku tolak tepi. Yang penting sekarang, aku nak gaduh.

Mikhail menggaru kepalanya. "Saya jaga Elly. Dia sakit, muntah-muntah lepastu haritu berapa hari dia demam. Saya tak sempat nak bukak telefon sebab saya kena jaga dia. Lagipun, teruk juga dia demam haritu. Sorry tak sempat bagitahu awak."

Elly demam? Muntah-muntah? Keracunan makanan kot. Aku sekadar membalas 'okay takpe'. Baru sahaja aku ingin menamatkan panggilan, tiba-tiba satu perkara terlintas di fikiranku.

"Jangan-jangan dia mengandung tak?"

"What?!" Soal Mikhail terkejut dengan andaian aku.

Ayra SophiaWhere stories live. Discover now