11

5.4K 75 22
                                    

Hampir lima minit, aku berdiam diri. Soalan yang diajukan langsung tidak berjawab. Entah ke mana hilangnya keberanian aku tika ini. Doktor Amer masih berdiri menghadapku dan masih menunggu jawapan dari aku.

"Ayra? I'm asking you. Please answer me."

Aku diam lagi. Aku betul-betul buntu untuk menjawab soalan yang diajukan. Biarlah suasana ini sepi seketika. Beri aku ruang untuk menjana minda yang sudah beku ini.

"Awak tahu tak, keadaan awak dah lebih serius berbanding sebelum ini? Kan saya dah suruh awak berehat untuk hilangkan kesan suntikan tu. Tapi kenapa belum sampai 24 jam, awak dah-"

"I'm sorry, doktor. Saya tak sengaja. Saya minta maaf. Tak ada cara lain ke? Saya tak nak buang rahim saya. Please, doktor. Saya masih nak ada anak macam wanita lain. Please, doktor.."

Aku lihat, Doktor Amer sedikit gelisah. Entah apa dibenaknya. Aku harap dia memahami kehendak aku kali ini. Beri aku peluang untuk jadi seorang ibu untuk pertama kalinya dan mungkin untuk terakhir kalinya.

"Tapi, Ayra-"

"Saya tak minta banyak, doktor. Saya cuma minta kali ni je. Bagi saya peluang untuk rasa indahnya ada janin yang berkembang dalam rahim saya. Bagi saya peluang untuk rasa indahnya detik-detik untuk melahirkan seorang anak. Bagi saya rasa semua tu, doktor. Tolong kasihankan saya."

Dikuaknya rambut ke belakang. Doktor Amer kembali duduk di atas kerusi. Perlahan-lahan dia merapati aku. Aku tak peduli apa jua keadaannya sekarang, yang penting dia meluluskan permohonanku.

"Listen. Saya memang kasihankan awak, Ayra. Tapi saya tak boleh buat benda yang membahayakan nyawa awak. Saya pun masih ada perikemanusiaan. Saya tak nak awak sia-siakan nyawa awak."

Aku terkejut. "Mengandung tu sia-sia ke, doktor? Apa guna Allah jadikan wanita untuk jadi seorang ibu kalau mengandung tu sia-sia?"

Wajahnya berubah. Mungkin tak sangka aku bakal berkata begitu. "Ayra, saya tak kata mengandung tu sia-sia. Iye, Allah jadikan wanita yang mengandung bukan lelaki. Tapi keadaannya sekarang, kesihatan awak sangat-sangat merosot. Kalau awak nak suruh saya kasihankan awak, awak kena suruh suami awak kasihankan awak dulu. Kenapa kena paksa awak bersama kalau keadaan awak macam ni? Awak masih dalam proses penyembuhan dan tak sampai 24 jam, awak dah bersama? Ini mustahil. Saya dah pernah bagi amaran pada awak, Ayra."

Aku angguk. Aku tahu, aku tak boleh bersama dengan Mikhail dalam tempoh yang tertentu. Aku masih dalam proses penyembuhan. Tapi, kalau Mikhail dah mengugut aku untuk berzina dengan perempuan lain, aku boleh terima ke semua tu? Allahuakhbar.

"I'm sorry, again."

"Sorry takkan buat keputusan pihak pakar berubah, Ayra Sophia. Keputusan akan tetap dilaksanakan. Awak tetap akan menjalani pembedahan tu tak lama lagi. Ini untuk kepentingan awak juga. Saya minta maaf sebab tak boleh tunaikan permintaan awak kali ini."

Akhirnya, aku tewas juga. Air mata yang aku cuba tahan, akhirnya tumpah jua. Aku tak kuat untuk terima hakikat ini. Aku tak boleh mengandung? Macam mana aku nak baiki rumahtangga aku kalau aku tak mampu beri Mikhail anak? Macam mana aku nak halang Mikhail kahwin dengan Ellyda, kalau aku tak mampu mengandung? Allahu...

"Doktor, please. Saya merayu sangat. Saya tak nak lakukan pembedahan tu, doktor. Saya terima apa jua risikonya. Saya terima kalau saya tiada peluang untuk hidup lepas saya melahirkan. Saya terima, doktor."

"Saya tak boleh buat keputusan sendiri. Awak kena tanya suami awak dulu dan pihak keluarga awak. Selepas itu, saya akan cuba berbincang dengan pihak pakar keputusan awak."

Doktor Amer mengambil fail dan berlalu keluar dari biliknya. Macam mana aku nak bagitahu Mikhail tentang ini? Dia akan terima ke keputusan aku?

Perlahan, aku bangun dan melangkah keluar dari bilik ini. Rasa sakit yang masih tersisa aku biarkan sahaja. Bagaimana aku ingin menahan rasa sakit ini lagi jika aku ingin mengandung? Rasa sakit ini kerana Mikhail. Tidak mustahil kalau aku akan merasakan rasa sakit ini lagi.

Allah, aku buntu tika ini. Bantu aku, Ya Allah.

Ayra SophiaWhere stories live. Discover now