10

5.5K 84 21
                                    

Langkahku dipercepatkan. Beg bagasi di sebelah kiriku, dicapai dan digilis laju pada permukaan lantai. Sesekali mataku melirik ke arah jam tangan. Jam sudah berganjak ke pukul 5 petang. Kesan suntikan yang baru sahaja aku terima tadi, semakin terasa sengal-sengalnya.

Kata Doktor Amer, aku digalakkan berehat selama kesan suntikan itu hilang sepenuhnya bagi melaksanakan rancangan pihak doktor. Ubat itu sahaja yang mampu merawat kembali rahimku selain daripada pembedahan. Pihak doktor terpaksa akur dengan keputusan aku dan aku juga terpaksa menerima beberapa dos suntikan yang terpaksa disuntik.

Sudah hampir 2 minggu, aku juga sudah lali dengan bau ubat dan juga makanan di hospital. Makanan yang langsung tidak mencapai citarasaku. Rasa yang agak tawar dan langsung tiada perasa. Kata jururawat di situ, "kalau dah sakit tu, semua rasa tawar." Aku hadam kata-katanya. Macam mana nak rasa sedap atau tak sedap kalau memang makanan di situ memang tiada rasa?

Aku mengambil keputusan untuk berehat sahaja di bilik bawah. Memandangkan rasa sakit kesan dibius tadi makin menjadi-jadi, aku terpaksa berehat di situ. Dulu, jika ada sahaja perbalahan antara aku dan Mikhail, bilik inilah yang aku pilih untuk aku menyendiri. Entah kenapa, aku memilih bilik ini sedangkan banyak lagi bilik di tingkat atas. Bilik anak kami yang tidak sempat pun anak kami ingin bermalam di situ, juga tidak menjadi pilihanku.

Tombol pintu dipulas perlahan. Haruman mawar yang menjadi penyegar bilik ini terasa kuat pula baunya kali ini. Mungkin aku yang sudah lama tidak menjengah ke sini atau aku juga sudah terbiasa dengan bau ubat? Ah! Whatever!

Aku malas nak ambil peduli tentang itu. Lantas, aku rebahkan perlahan badanku di atas katil saiz queen itu. Suasana yang agak gelap itu memudahkan lagi untuk aku beradu seketika.

Setelah hampir setengah jam terlena, terasa ada pautan erat di pinggangku. Aku kira-kira ingin bangun dan mencapai beg tangan yang ada di atas meja solek tapi niatku tergendala. Tangan yang semakin erat memelukku itu sama seperti perilaku Mikhail. Adakah itu Mikhail?

"Mikha?" Ujarku sambil menyentuh perlahan tangan itu. Suasana kian menyepi setelah aku menghabiskan kata-kataku. Tidak membalas dan mungkinkah perompak atau perogol bersiri?

Allahuakhbar! Entah bagaimana fikiranku boleh sampai ke arah itu, aku juga kurang pasti. Setahu aku, pintu dan tingkap sudah dikunci rapi sebelum aku masuk ke bilik ini. Tapi, aneh.

Hendak bangun dan menekan suis, tangan itu terlampau berat untukku alihkan dan kesan suntikan itu kian terasa. Tulang belakangku terasa perit sekali.

"Mikha? Are you here?" Soalku lagi. Aku harus mengejutkannya lagi. Lagi sekali, keadaannya masih sama. Sunyi dan tiada balasan yang diterima. Aku buntu tika ini. Cahaya matahari juga tidak kelihatan kerana ditutupi dengan langsir tebal dan suis lampu juga dipadam.

Aku mencapai telefonku dan terus menekan 'torchlight' dan menyuluh ke arah sisiku. Kelihatan seorang lelaki yang tidak berbaju dan wajahnya mirip sekali dengan Mikhail. And yes, he is my husband. Lega hati aku.

Matanya terkelip-kelip dek sinaran lampu yang menyuluh wajahnya tadi. Pautan dieeratkan lagi di pinggangku. Wajahnya didekatkan dengan wajahku. Aku terasa seram sejuk tika ini. "Mikha! Awak nak buat apa ni?"

Mikhail masih sama. Terus mendiamkan diri dan hanya berperilaku aneh sahaja. Hampir sahaja bibirnya ingin menyentuh segenap wajahku, lantas aku tolak pipinya dan sedaya upaya aku berdiri. Tanganku juga bertindak pantas menekan punat suis.

"Mikha, ini saya. Ayra Sophia bukan Ellyda Zahra."

Mikhail menonyoh matanya dan memandang ke arahku. "Yes, aku tahu itu kau. Aku tahu kau isteri aku. Salah ke kalau aku nak hak aku?"

Aku terkedu. Sejak bila Mikhail pandai menyoal tentang hak? "Please Mikha, wake up. Saya baru je keguguran takkan awak nak lempiaskan nafsu awak pada saya? Tak kasihan ke dengan saya?" Mikhail senyum sinis. Dikuak rambutnya ke belakang. "Habis? Takkanlah kau rela nak tengok suami kau sendiri bermaksiat kan? Elok lagi aku mintak dekat kau dari aku mintak Elly? Kau rela?"

Entah kenapa, ayat yang dihamburkan begitu menyesakkan dadaku. "Awak cakap apa ni? Awak nak berzina pulak ke?" Soalku perlahan sambil menahan empangan air mataku.

"Ayra, Ayra.. Kau faham tak? Aku just nak hak aku. Dosa tau tolak ajakan suami. Kau nak masuk neraka ke?" Aku geleng. "And then, layan je aku. I'm promise, darling. Aku buat slow and steady je."

"No, Mikha. Saya baru kena suntik. Please, tunggu dua atau tiga minggu lagi?"

Wajah Mikhail berubah. Aku tahu kesabarannya sudah tipis. "Kau tak faham ke apa aku cakap? Aku janji kan yang aku takkan sakitkan kau? Asal degil sangat?"

Lenganku diraihnya. "Tapi, Mikhail..." Lantas jarinya diletakkan dibibirku. "Shh, sayang. Just enjoy, okay?"

Aku pasrah. Tak terdaya untuk aku menolak dan membantah kata-katanya. Dia suami dan aku hanya mampu akur sahaja. Rasa sakit yang aku rasa dek suntikan itu dibiarkan sahaja dan diganti pula dengan rasa takut yang menyerbu benak jiwaku.

***

Darah yang mengalir,aku pandang sepi. Tidak tahu sama ada ingin merasa sakit dek pendarahan ini ataupun kerana sikap Mikhail yang langsung tidak peduli tentang diriku. Aku merasa seperti aku bukan sesiapa baginya. Aku hanya orang luar yang meraih simpatinya dengan cara paling jijik sekali.

Isteri sendiri tapi diperlakukan sebegini rupa. Sakitnya bukan kepalang. Beberapa dos yang disuntik juga tidak memberi kesan lagi. Ingin sahaja aku membenci, tapi dia suami aku. Orang yang paling berhak atas aku.

Selimut di hujung kaki, aku tarik bagi menutupi seluruh tubuhku ini. Mikhail juga entah ke mana, aku sudah malas untuk mengambil tahu. Lebih baik dan bagus, jika dia tidak pulang ke rumah ini. Argh!! Aku benci.

Baru sahaja aku ingin melelapkan mata, pintu bilik itu dikuak perlahan. Kelibat Mikhail mulai timbul seusai tangannya menutup pintu bilik itu. "Ayra?"

Posisi aku masih sama. Masih kekal menyepi tanpa sebarang pergerakan dan tanpa sebarang bunyi suara. Malas ingin bertikam lidah lagi. Berbuih mulut ini memarahinya, dia masih tetap sama. Masih ingin menegakkan haknya di saat aku sedang sakit? Mana perginya hati nurani sang suami?

"Look, I'm sorry. Aku tak sengaja pun. Aku ingat kau sengaja menidakkan hak aku."

"Menidakkan hak? Selama ini, pernah ke saya tolak awak? Sekali pun tidak kan? Kenapa awak tak pernah nak faham saya? Saya sakit. Kalau awak rasa awak dah benci, tolonglah jangan seksa saya macam ni. Walaupun saya tak sempurna, tapi saya masih ada hati dan perasaan. Please, fikir pasal masa depan saya."

"Ye, aku minta maaf. Sakit lagi ke? Nak aku hantar ke klinik?"

Aku geleng. "Sakit lagi saya dengar kepura-puraan awak tika ini. Berpura-pura simpati tapi keadaan masih sama. Layanan awak terhadap saya masih tetap sama. Mana perginya Mikhail yang dulu? Yang sentiasa sayangkan saya? Dah pergi mana? Mati sudah?"

"Ayra!"

Aku tersenyum sinis. "Baru sekarang rasa sakit? Apa yang awak buat kat saya, apa yang saya rasa, tak setanding dengan apa yang saya cakap tadi."

Mikhail duduk kembali di birai katil. Selimut yang membaluti tubuhku, digenggam kemas. "Awak nak buat apa pulak ni? Nak tuntut lagi hak awak? Awak nak bunuh saya?"

"Apa kau ni? Aku nak tengok, sekali tu aku boleh letakkan ubat."

"Tak perlulah, Mikha. Better awak pergi keluar dari sini. Bagi saya ketenangan, in shaa Allah, sakit tu akan reda."

Aku dengar sayup-sayup Mikhail mengeluh, namun ini yang terbaik untuk aku. "Kau nak kirim apa-apa? Aku boleh belikan."

"Tak perlu. Jangan balik rumah malam ni, saya nak bersendirian."

"Habis aku nak tidur mana?" Aku memandang wajahnya. Senyuman sinis aku hadiahkan untuknya. "Selama ni, awak tak balik, awak tidur mana?"

Mikhail diam. Aku dengar pintu dikuak dan aku dengar suara Mikhail mengatakan, "bye".

Sorry, Mikha. Saya buat semua ni supaya saya ada ruang untuk memaafkan awak. Kalau awak masih kekal di sini, saya yakin, kemaafan tidak berpihak untuk awak.

Ayra SophiaWhere stories live. Discover now