13

4.2K 71 10
                                    

Matanya memerhatikan sekeliling. Kelibat gadis yang baru sahaja menghubunginya, dicari. Katanya, baju berwarna biru laut beserta seluar jeans hitam dan memakai selendang berwarna biru.

'Mungkin dekat atas?' Bisik hati kecilnya. Setelah puas memerhatikan di bahagian bawah, dia terus melangkah menaiki anak tangga.

Haa! Jumpa juga akhirnya.

"Hai, Ara!" Ujar Hilman apabila menemukan sosok tubuh yang dicari. Tidak dinafikan juga, Ayra kelihatan cantik sekali malam ini.

Allah! Apa aku ni?

"Hai. Lamanya tak jumpa kan? Awak apa khabar?" Soal aku apabila mata Hilman seakan merenungku lama.

Hilman sedar akan perbuatannya lalu menarik kerusi ke belakang dan melabuhkan punggungnya. "Sorry, saya tak sengaja. Err..saya sihat je. Cuma letih sikit sebab banyak kerja dekat sekolah."

Oh ye aku lupa. Izz Hilman ini bekerja sebagai guru ganti. Katanya, baru berapa hari menjadi guru. Entah kenapa dia menceburi bidang itu. Setahu aku, dia mengambil bidang kejuruteraan tetapi sekarang dia malah bekerja sebagai guru. Ingin ditanya takut dituduh sibuk hal orang. Jadi, aku pilih untuk berdiam sahaja.

"Kenapa awak call saya? Ada apa-apa yang terjadi ke?" Soalnya kembali. Suasana menjadi sepi semula setelah aku mati akal.

Macam mana eh nak cakap? Er..

"Awak boleh tolong saya tak, Izz?"

Mukanya berkerut. Mungkin dia cuba menghadam kata-kataku? Atau dia pelik?

"Maksud awak? Cuba awak straight to the point je?"

Aku diam. Sesekali aku menarik nafas sedalam yang mungkin. Aku tak boleh lemah. Aku kena kuat demi impian aku. Aku kena cuba sedaya upaya untuk minta tolong dengan Hilman. Hanya dia yang boleh tolong aku sekarang ni.

Yes! Hanya Hilman.

"Ayra?"

Argh! Aku mengelamun lagi.

"Sorry. Macam ni, kalau saya minta tolong awak, agak-agak awak nak tolong saya tak?"

"Tolong apa? In shaa Allah, saya cuba."

Huh.. aku hembus nafas sekali lagi. Tak salahkan mencuba?

"Tolong pujuk Doktor Amer supaya ubah keputusan pihak pakar. Saya tak nak lakukan pembedahan tu. Tolong saya, Izz. Saya buntu, saya tak tahu nak minta tolong siapa. Awak kan kawan Doktor Amer? Pasti dia akan dengar cakap awak, kan?" Aku pandang Hilman. Nampak seperti dia sedang berfikir. Tak apalah, aku boleh tunggu.

Hampir lima minit suasana sepi. Hanya bunyi-bunyi bising di luar serta suara orang-orang di sekeliling kami. Lamanya?

Atau dia tak nak tolong aku? Sebabtu dia diam je?

"Awak tak nak tolong saya ke? Em.." Cepat-cepat Hilman menggeleng. Riak wajahnya juga berubah seperti rasa bersalah. "Bukan tu maksud saya, Ara. Amer tak bagitahu saya pun tentang pembedahan awak? Awak sakit apa, Ara? Saya tak faham."

Aku menelan air liur. Hilman tak tahu? Allahuakhbar, aku ingat dia tahu. Manalah tahu, si Maya pergi bagitahu dia ke atau dia sendiri tahu. Tapi aku salah sangka. Hilman tak tahu pun soal pembedahan aku. Macam mana ni? Takkan aku nak cerita dekat dia? Allahu.. aku buntu.

"Ara?"

Tapi salah aku juga kan? Aku yang tak tanya dia sama ada dia tahu atau tidak. Aku juga tidak boleh mengautakan fakta. Kalau aku kata, aku mengalami kanser, aku takut kata-kataku nanti menjadi doa. Nak buang rahim pun aku dah takut, inikan pula kanser? Nauzubillah...

Ayra SophiaWhere stories live. Discover now