17

3.6K 65 10
                                    

"Sorry, Elly." Ujar Mikhail seraya panggilannya diangkat. Sejak dia balik semula ke pejabat, mindanya terlalu berserabut. Lama juga dia memikirkan apa yang harus dia lakukan. Tak tahu sama ada Ayra atau Ellyda. Dua-dua dia sayang, dua-dua dia mahukan tetap ada dengannya.

Namun, dia juga tahu dua-duanya tidak mahu berpoligami. Masing-masing ingin menjadi pertama dan tetap yang pertama tanpa didua. Argh, bagaimana ini? Aku tak sanggup nak ceraikan Ayra. Aku tak sanggup nak kehilangan Ayra. Cukuplah aku seksa hati dia selama ini, biar aku tebus kembali silapku.

Ellyda.. Tak mungkin aku sanggup tinggalkan dia. Wanita itu sanggup bersama denganku walaupun dia tahu aku sudah beristeri. Tak, tak mungkin aku ingin mensia-siakan dia.

"Elly, you tak sudi maafkan I ke? You dah bencikan I? Takkan sebab satu salah I, you nak hukum I macam ni?" Soal Mikhail kembali setelah kata maafnya tidak dibalas.

Kembali sepi. Hany deruan nafas yang menjadi musik latar.

"Okay, kalau you perlukan masa untuk maafkan I, go on. Cuma I nak you tahu, I betul-betul tak sengaja tadi. Maafkan I, Elly. I sayangkan you dan I tak nak kehilangan you-"

"Kehilangan I? Sekarang pun memang you dah kehilangan I, Mikha. Usahkan memiliki, nak halang I dari pergi pun, you tak mampu." Belum sempat Mikhail ingin menghabiskan kata-katanya, Ellyda memberinya sindiran pedas.

Kenapa hari ini, Ayra dan Ellyda beremosi?

"Maksud you apa?"

Hilaian tawa di sebalik telefon itu membuatkan lidah Mikhail kelu. "Tak perlu rasanya you pura-pura bodoh hari ni. Kenapa eh you suka berdrama? Maaf, I tak berminat nak tonton atau sebaliknya. Tiba-tiba I rasa tawar hati dengan you. Bukan sebab herdikan you, tapi sebab you."

Mikhail diam. Dia cuba menghadam kata-kata Ellyda namun dirinya tetap tidak memahami. Ellyda terlalu berkias tika ini dan benar-benar membuatnya pusing.

"Blur? Sayang, sayang. Apa yang you fikir sampai ayat I pun you tak faham-faham? You dah berubah sejak Ayra sakit. You know what? Perhatian you 100% tertumpu pada isteri you! Ya, ya, I know, she's your wife. Wife, bukan skandal macam I. Tapi dulu, usahkan nak balik rumah, sebut nama dia pun you taknak. Sekarang? Hari-hari nak balik rumah, hari-hari nak sebut nama dia, nak puji dia. You memang suka buat orang macam sampah ke? Sekarang, you sebenarnya nak apa? Nak cinta I atau nak gunakan I je? Yela, isteri you kan tak boleh mengandung dah, tapi you tak sanggup nak ceraikan dia. So, maybe you nak I jadi ibu tumpang untuk anak-anak you. Yela, ibu tumpang je lah sebab you sendiri tak sanggup nak duakan isteri you. You nak jadikan I ni, sebagai perempuan simpanan you ke? Yela, I pun bodoh sebab sayangkan suami orang. Yakin sangat pada you, yakin yang you akan kahwin dengan I tapi hakikatnya tidak. You tak sanggup nak madukan isteri you. You cuma nakkan body I, then bila you dapat apa yang you nak, you blah. You dengan isteri you memang egois!"

"Enough, Ellyda Zahra." Dadanya berombak menahan amarah. Sejauh itu rupanya pemikiran Ellyda. Apa teruk sangatkah dirinya ini sehingga ingin menganggapnya sebegitu?

Kalau betullah dia hanya utamakan nafsu semata-mata, tak usahlah dia tunggu saat-saat genting seperti ini. Dari dulu lagi dia dah buat. Tapi, buktinya tidak kan?

"Puas dah kutuk I? Puas dah fikir buruk-buruk pasal I? You ingat I apa? Hei, I tak jahat lah sampai nak jadikan you, ibu tumpang anak-anak I. Kalau ibu tumpang, I bayar then you blah. Tapi, sekarang I stay dengan you kan? I nak kahwin dengan you kan? Kenapa you ni? You suka eh sakitkan hati sendiri? I sayangkan you and yes, I nak kahwin dengan you. You tak percaya?"

"Nak percaya macam mana kalau dah berkali-kali you cakap tapi usaha you apa? Ada you hantar rombongan? Setakat cakap 'i nak kahwin dengan you', semua orang boleh cakap." Ujar Ellyda dengan nada sinis. Hatinya benar-benar marah kali ini. Kali ini dia nekad. Kalau Mikhail tak sanggup nak hantar rombongan, dia sendiri yang akan jumpa Ayra.

Ayra SophiaWhere stories live. Discover now