Epilog

14.3K 270 73
                                    

Assalamualaikum, Danish Mikhail. Waktu awak baca surat ni, saya dah tak ada di sisi awak. Saya pun dah tak ada di dunia ini. Saya dah pergi jauh sesuai dengan janji saya pada awak. Terima kasih Mikhail sebab izinkan saya mencintai awak, dan izinkan saya merasai cinta awak. Terima kasih sudi mencintai saya daripada zaman kolej sehinggalah kita menjadi suami isteri. Tak pernah sekelumit pun rasa sesal wujud di hati saya. Tak pernah sekelumit rasa benci pun terhadap awak. Ye, jujurnya saya pernah cuba untuk melepaskan diri saya daripada awak tapi semakin saya cuba, semakin bertambah rasa sayang saya untuk awak.

Mikha.. andai awak tahu, saya sangat mencintai awak sehinggakan semua salah dan silap awak, saya tutup. Saya minta maaf sebab ceritakan kecurangan awak dekat kawan saya. Saya tahu saya bukan isteri yang baik. Tapi percayalah, Mikha. Apa yang saya lakukan hanya untuk membahagiakan awak. Saya tahu, awak terkilan dengan setiap yang berlaku. Awak takkan dapat anak dan perkara itu menjadikan ego saya tercalar. Saya terpaksa memujuk Izz agar memujuk doktor Ameer untuk membatalkan pembedahan buang rahim.

Saya nak awak jadi ayah, dan saya nak awak ada zuriat. Saya nak jadikan impian kita menjadi nyata. Saya sakit, saya kecewa, tapi saya tak pernah nak cuba halang awak untuk kecapi bahagia awak. Saya redha dengan apa yang awak buat. Awak kahwin lain, okay saya terima. Isteri awak mengandung, okay saya terima. Tapi, saya tak terima kalau awak paksa saya tinggal sebumbung dengan madu saya. Saya tak sangka saya akan hidup bersama-sama dengan madu saya. Tapi, saya ikutkan semua cakap awak sebab saya tahu, hanya itu yang saya boleh lakukan untuk bahagiakan awak.

Mikhail.. Ellyda tidak sebaik yang awak sangka. Dia juga tidak sebaik yang saya sangka. Saya fikir dia seorang perempuan yang berbudi bahasa, lemah lembut dan solehah. Tapi, saya silap. Hari pertama saya masuk ke dalam rumah tu, saya disuruh tidur di bilik orang gaji dan apabila awak balik, dia mengautakan fakta. Saya terkilan sangat sebab awak lebih mempercayai kata-katanya daripada renungan mata saya.

Kadang-kadang saya terfikir, siapa saya pada awak?

Danish Mikhail, dulu awak hanya mimpi indah dalam lena saya. Dulu awak hanya jejaka yang saya cintai dalam diam. Tapi sekarang, awak adalah realiti yang cukup menyeksakan jiwa saya. Sekarang awak adalah jejaka yang memaksa saya mati dalam racun cinta awak.

Tapi, tak apalah. Saya tunaikan janji saya pada awak. Setelah awak sah menjadi suami saya, saya berjanji bahawa tiada lelaki lain yang bertakhta di hati saya melainkan awak. Saya juga berjanji bahawa saya akan mencintai awak sampai maut yang memisahkan kita. Awak juga berjanji perkara yang sama tapi awal-awal lagi dah mungkiri...

Cukuplah awak izinkan saya memanggil awak sebagai seorang suami. Cukuplah awak izinkan saya masuk ke dalam hati awak sebagai seorang isteri. Walaupun pada akhirnya, awak menduakan cinta saya.

Selamat tinggal suamiku. Maafkan segala silap dan salah saya jika selama saya bergelar isteri awak, saya banyak menyusahkan awak. Sekarang, saya takkan susahkan awak dan I wish a lot happiness for you, babe.

Spread of love from me to you, my husband :)

Surat yang diberikan Hilman kepada Mikhail setahun yang lalu dibuka lagi dan dibaca lagi. Kertas putih itu juga sudah menampakkan kesan renyukkan kerana sudah berkali-kali dibuka dan isinya dibaca lagi.

Air matanya juga tidak pernah kering mengalir di sebalik pipinya yang kini sudah berjambang. Sejak Ayra meninggalkan dirinya, dia juga sudah seperti tidak mempunyai hala tuju. Setiap hari, Mikhail banyak menghabiskan masanya di kubur Ayra. Disebabkan itu, Mikhail telah dibuang kerja dan Mikhail juga hilang punca pendapatan.

Pernah sekali dia ingin membunuh diri disebabkan depresi yang dialaminya. Tetapi muncul Hilman menyelamatkan dirinya. Hilman juga pernah mengaku bahawa Ayra merupakan cinta pertamanya. Tika Hilman memberitahunya, waktu itu mereka berdua berada di kubur Ayra. Berombak dada Mikhail mendengar pengakuan Hilman.



"Ara banyak mengajarkan aku. Dia ajar aku erti mencintai tanpa memiliki. Dia juga ajar aku mencintai seseorang dengan melepaskannya agar dia bahagia."

Mikhail berura-ura ingin bangun tapi dihalang oleh Hilman. "Itu dulu, Mikhail. Sekarang Ara dah tak ada, aku juga dah slowly cuba untuk lupakan dia."

Mikhail diam. Dia kembali duduk. Sesekali tangannya mengusap batu nisan yang sudah pun ditanam di atas kubur Ayra. "Sakit sangat apabila merasai rindu yang tidak berpenghujung. Sakit sangat, Mikha. Aku tak pernah rasa dan kalini aku rasa. Tapi mungkin tak sesakit apa yang kau rasa. Kau kehilangan isteri. Aku cuma kehilangan orang yang aku cintai tanpa pengetahuan Ara. Ara tak pernah tahu pun, dan sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhir pun dia tak pernah tahu yang aku cintakan dia."

"Aku yang jadi spy dia tanpa dia tahu siapa yang bagi dia semua info tentang kau. Gambar kau dengan Ellyda, aku yang bagi. Kau kahwin dengan Ellyda dekat masjid tu pun aku yang bagitahu dia. Semua tentang kau, aku inform kat dia dengan harapan dia akan tinggalkan kau dan dia akan bahagia."

Hilman menggeleng sambil tersenyum. "Tapi tanggapan aku salah. Dia memilih untuk terus mencintai kau sampai dia mati."

"Kau beruntung Mikha sebab dia pilih untuk mencintai kau walaupun kau banyak sakitkan hati dia. Mungkin aku ditakdirkan hanya mencintai tapi untuk memiliki mustahil bagi aku."




Sejak kejadian itu, beribu-ribu rasa bersalah bertandang di hatinya. Disebabkan pengakuan Hilman, hari-hari Mikhail datang ke kubur Ayra dan perkataan maaf tidak lekang di bibirnya.

Ellyda juga sudah mendapat balasannya kerana curang di belakang suaminya. Selepas lima bulan diceraikan suaminya, Ellyda disahkan positif AIDS kerana Raf, kekasih gelapnya mempunyai penyakit itu sejak setahun yang lalu. Terselit kesyukuran di hati Mikhail kerana dia tidak mendapat sakit itu. Jika tidak, bertimpa-timpa ujian yang Allah bagi.

"Saya dah dapat balasan yang setimpal, Ayra. Tapi mungkin tak cukup untuk tebus salah saya pada awak. Saya berharap masih ada ruang untuk saya berjumpa dengan awak di sana nanti."



Ayra SophiaWhere stories live. Discover now