37

5.8K 108 56
                                    

"Ye, Maya?" Ujar Hilman apabila menerima panggilan daripada Maya sebentar tadi. Agak pelik juga apabila Maya menelefonnya.

"Ada contact dengan Ara tak?"

"Saya pun baru nak tanya awak. Dah berhari-hari saya try call Ara, tapi dia tak angkat. Asyik masuk voicemail je. Saya sms pun tak deliver."

Hilman memicit kepalanya. Runsing juga dibuatnya apabila Ayra tiba-tiba hilang dari radar. Kali terakhir berbual dengannya juga tidak dapat dihabiskan. Tiba-tiba sahaja panggilan itu mati dan apabila Hilman menelefon kembali terus sahaja memasuki voicemail. Aneh juga.

Maya mengeluh. "Saya risaulah dengan dia. Doktor Ameer dah risau dah tu. Dah berbulan-bulan Ara tak checkup. Risau juga dengan kandungan dia."

"Yeke? Saya ingatkan Mikha dah bawak dia. Haih, saya tak tahulah, Maya. Awak dah cuba contact ibu dia?"

"Dah. Ibu dia pun kata Ara dah lama tak contact dia. Yang peliknya, ibu dia pun tak tahu yang Ara dah pindah sebumbung dengan Mikha dan Elly. Nasib sahaja along tak tahu, kalau tahu, habis Mikhail nanti."

Hilman diam. Dia harus memikirkan sesuatu. Mungkin sahaja ada konflik yang berlaku di antara Mikhail dan Ayra. Ayra didera atau Ayra dikurung? Nauzubillahiminzalik..

"Macamni. Kejap lagi saya pergi rumah dia. Seingat saya, Ara pernah bagi location."

"Serius?"

"Ya. Saya risau sangat. Saya risau kesihatan Ara, kesihatan baby dia. Takpe, awak jangan risau. Saya pergi jumpa dia." Hilman tersenyum. Mungkin sahaja tanggapannya benar. Mungkin sahaja Mikhail telah mengurung Ayra sehingga tidak dapat menggunakan telefon. "Hati-hati, okay?"

Hilman membalas 'ya' lalu mematikan telefon. Kunci kereta di atas meja diambil lalu memandu keretanya di atas lebuh raya. Sesekali telefonnya dibuka dan menekan ke location yang pernah diberi oleh Ayra.

Hampir 15 minit Hilman memandu kereta hondanya, akhirnya keretanya tiba di luar rumah Ayra Sophia. Hilman memarkir keretanya agak sedikit jauh daripada rumah itu.

Hanya terdapat sebuah kereta yang tidak familiar di mindanya. 'Bukan kereta Mikhail. Dan bukan juga kereta Ara. Kereta siapa ye?'

Baru sahaja Hilman berura-ura untuk menghampiri tembok rumah itu, pintu pagar rumah itu terbuka. Hilman sekadar memerhati dari dalam kereta dan kereta yang baru sahaja dibicarakannya tadi keluar dari rumah itu. Sempat juga matanya menangkap figura perempuan di tempat pemandu. Itu bukan Ara. Ya, itu pasti Elly, isteri kedua Mikhail.

Lantas Hilman mengunci keretanya dan terus menghampiri pagar rumah itu. Matanya melilau mencari sosok tubuh yang amat dikenalinya. Berkali-kali matanya ke kanan dan ke kiri, namun harapannya hampa. Figura Ayra langsung tidak ditemui.

"Mana awak ni, Ara.." ujar Hilman perlahan sambil mengesat peluh yang bertandang di dahinya. Manakan tidak, dia sedang berdiri di hadapan pintu pagar rumah Ayra dan berada di bawah pancaran mentari yang agak terik hari ini.

Hilman masih lagi tidak mahu mengalah. Dipandang pintu pagar itu dan mindanya mulai merancang perkara yang bodoh. Lantas, disimpannya telefon yang sedari tadi berada di genggamannya ke dalam poket seluar. Ditarik sedikit seluar dan kakinya mulai memanjat pintu pagar itu. Mujur sahaja kawasan ini agak sunyi dan tidak mempunyai banyak rumah.

MasyaAllah, Izz Hilman.

Sedaya upaya Hilman memanjat pagar itu. Mujur sahaja dia tidak memakai kasut kerja, kalau tidak, sudah lama kasut itu dicampaknya ke dalam kawasan rumah Ayra. Setelah berusaha bersungguh-sungguh, akhirnya Hilman berjaya memasuki perkarangan rumah itu. Berpeluh-peluh Hilman dibuatnya. Baju yang dipakainya juga sudah kelihatan basah dek peluhnya.

Ayra SophiaWhere stories live. Discover now