9

5.1K 86 0
                                    

Kereta diparkir berhadapan dengan kedai jahit. Disebabkan hari ini agak sibuk, kami berdua terpaksa berjalan memandangkan KFC berada di sebelah 7eleven. Kedudukan KFC hanya selang 4 buah kedai dari kedai jahit. Aku pun tak tahu kenapalah si Maya ni suka parkir kereta kemain jauh lagi dari kedai. Bila ditanya, jawapannya tetap sama. "Exerciselah sikit. Kau dahlah gemuk lepastu pemalas."

Mahu tidak mahu, terpaksalah aku turuti katanya. Lagipula aku yang mengada nak makan KFC pada hari-hari kerja sebegini, jadi terimalah arahan dari Maya si kaki buli. Gelarannya yang satu ni memang tak boleh berpisah langsung. Dari pertama kali aku kenal dia, kawan-kawan dia memang gelarkan diri dia sebagai pembuli. Mana tidaknya, asal ada budak baru je, confirm dia akan buli. Tak kisahlah buli dari segi apa, tapi yang penting boleh buat budak tu menangislah. Terror tak terror, kaklong kita?

Tak kiralah sama ada lelaki atau perempuan. Maya mana kisah orang tu lelaki ke perempuan ke, yang penting hobinya dijalankan. Hampir tiap hari jugalah, kerja haram ini dilaksanakan. Yang aku pelik, kegiatan haram ini langsung tak dibanteras. Adakah cikgu disiplin makan gaji buta? Atau adakah cikgu disiplin takut dengan Maya?

Sejak aku kawan dengan Maya, kawan lamanya mula menjauhkan diri. Mujurlah Maya jenis orang yang tak kisah. Prinsip hidupnya tetap teguh dalam jiwa. 'Biarlah dia nak blah pun. Mana ada manusia yang stay je memanjang?'

Sekasar-kasar Maya ni pun, dia sebenarnya minah cengeng. Bukan cengeng sebab kena buli. Dia tak lut dengan agenda buli membuli ni. Kau kaitkan je dia dengan hubby dia. Confirm dia melenting tak tentu pasal lepastu terus merajuk. Tisu tak tisu?

"Oi! Kau berangan apa lagi? Elok-elok berdiri, kang ada yang menyembah tanah." Jerit Maya dengan nada yang agak tinggi tapi tidak berapa tinggi. Lantas aku memandang dirinya yang sudah agak jauh dariku. Lama sangat ke aku flashback pasal dia tadi?

"Cepatlah jalan tu. Terkedek-kedek. Itik pun menanglah lawan kau."

Dia nak cari gaduh dengan aku ni. Kau tunggu aku datang.

"Kau pahal terjerit-jerit? Kau nak ganti movie pontianak sundal malam ke? Memekik terlolong. Apa kau ingat suara kau tu sedap? Merdu?" Ujar aku yang masih berjalan menghampirinya.

"Eh, terima kasihlah saudari kerana memuji kemerduan suara saya."

Aku menepuk dahi. Sempat lagi dia nak melawak kat kaki lima. Macam manalah mak ayah dia boleh tahan dengan perangai dia yang serupa dengan orang gila. Eh tak! Orang gila pun tak semental ini. Macam manalah Farish boleh terjatuh hati dengan minah senget ni dan macam manalah aku boleh berkawan dengan minah ni.

"Kawan siapa ni?"

Maya menjeling aku. "Inilah member. Bila susah datang mengemis kasih sayang. Bila senang tak mengaku member. Asal kawan berperangai pelik je mulalah sembang, kawan siapa ni, kawan siapa ni. Apa kau ingat kau tu perangai serupa manusia lah?"

Mula dah. "Dahlah tu Maya. Penat akulah nak tahan gelak tengok muka kau. Jomlah makan. Kau tak kasihankan aku ke? Dahlah baru je keguguran. Elok-elok perut aku je sakit, sekarang aku rasa macam telinga aku dah bernanah pulak."

"Kau tengoklah! Siapa yang mula? Kau kan?"

Aku mengangkat tangan. "Fine." Ujarku mengalah. Kalau asyik bergaduh je, bilanya aku nak makan ayam? Sudahlah bergaduh di kaki lima bukan di rumah. Buat malu kaum hawa betul!

Pintu kaca itu ditolak ke dalam. Aku melangkah masuk lalu melangkah ke kaunter. Baru sahaja ingin melangkah, bahuku dilanggar seseorang. Aku ingatkan Maya, jadi aku biarkan sahaja.

Tapi...

"Tak nampak orang ke dik?" Ujar orang itu. Aku masih lagi menghadap ke arah kaunter. Tapi asal aku rasa berdebar? Takkanlah sebab terlanggar bahu je aku dah rasa berdebar? Dan kenapa suara dia sama, mirip, serupa dengan ....?

Ayra Sophiaحيث تعيش القصص. اكتشف الآن