35

5.1K 107 38
                                    

Hampir sebulan hubungan aku dengan suamiku dingin. Aku sekadar menyiapkan tugasanku sebagai 'bibik' dan tidak masuk campur urusan 'tuan dan puan' di dalam rumah ini. Itu yang dia mahukan? Jadi, ya aku turutkan. Lagipun, aku simpan perasaan dekat kaki bukan dekat hati.

Hampir sebulan ini juga, aku banyak berbual dengan Izz Hilman melalui telefon. Kadangkala, dia menelefonku dan kadangkala aku pula yang menelefonnya. Aku tak tahu ingin meluahkan kepada siapa lagi. Mahu diluah kepada Maya, aku tahu dia pasti sibuk menguruskan rumahtangga yang baru dibinanya. Jadi, lebih baik aku jangan menambahkan beban buatnya. Lagi pula, Izz Hilman yang menawarkan diri untuk menjadi kaunselor untukku. Dia juga tidak ingin melihat aku bersedih. Dahulu juga, dia yang selalu menasihati aku. Jadi, tak salahkan kalau aku perlukan kawan untuk berbual?

Aku juga merasakan aku seperti boneka di dalam rumah ini. Boneka yang bernyawa tapi tidak dapat menyuarakan kata hati. Hanya mampu pendam sehinggalah aku keluar daripada dunia yang aku tidak nampak halatujunya. Mungkin sahaja ini 'penjara' untukku sebelum aku yang menutup mata. Aku mencapai telefon di sebelah lalu mencari nombor Hilman.

Hanya beberapa dering, Hilman menyapaku dengan suaranya yang aku agak baru sahaja bangun daripada tidur. Sesekali aku kerling jam di dinding. Ya, baru menunjukkan jam 5 pagi. Dengan 'dunia' baruku ini, aku terpaksa bangun lebih awal untuk menyiapkan santapan buat penghuni di rumah ini. Kebiasaannya, aku akan buat sarapan pada pukul 6 atau 6.30 pagi. Tapi hari ini, aku sengaja bangun lebih awal. Entah kenapa, aku rasa ingin memulakan hariku dengan meluahkan apa yang tersirat di mindaku sejak malam tadi.

Aku ingin menelefon Hilman malam tadi, tapi baru sahaja aku ingin mendial nombornya, aku menerima mesej daripada Hilman.

"Saya busy sikit malamni. Kalau nak luah ke apa, esok pagi ye?"

Jadi, mahu tidak mahu, aku turutkan sahaja. Lagipun, aku juga tidak mahu menganggu hari-hari Hilman hanya kerana masalah yang aku sendiri tidak mahu selesaikan.

"Assalamualaikum, Ara. Kenapa? Awak okay tak?" Ujar Hilman selepas beberapa saat aku menelefonnya. Aku membalas salamnya dan mengatakan bahawa aku okay dan sekadar ingin berbual kosong.

"Saya minta maaf ye kacau awak pagi-pagi. Saya cuma nak cerita je. Tapi, kalau awak masih mengantuk, takpelah, awak tidurlah. Nanti kalau awak dah free, awak call lah saya balik." Ujarku sambil berkira-kira mahu meletakkan panggilan.

"Eh, takpe. Saya pun dah bangun dah ni. Biasalah kalau suara serak sikit. Okay, go on. Saya dengar cerita awak."

Lantas aku memulakan perbualanku mengenai perasaan aku. "Kalau dulu, saya tak sanggup langsung kalau awak dengan Maya kata bukan-bukan pasal Mikha. Tapi sekarang, awak nak cakap, awak cakaplah, Izz. Hati saya dah cukup terluka dengan semuanya. Saya rasa, saya patut akhirkan semua ni. Saya juga ada hak untuk bahagia."

"Dah fikir masak-masak hal ni? Awak dah fikir sisi baik untuk anak awak?" Soal Hilman sambil berdehem perlahan. Mungkin juga dia ingin membetulkan suaranya agar kembali kepada suara aslinya.

Aku membetulkan dudukku dan sesekali mengusap perutku sambil menyandarkan badanku di kerusi. "Selama sebulan, Izz. Selama sebulan saya tak ubah macam orang gaji dalam rumah ni. Saya isteri dia, bukan orang gaji. Tapi layanan dia? Dia buatkan saya tahu saya cuma menganggu. Untuk apa dia simpan saya lagi, Izz kalau dia pun dah tak perlukan saya? Tinggal beberapa bulan je lagi, saya nak bersalin. Mungkin itu yang ditunggu-tunggu kan? Dia tunggu bila saya akan mati. Kan?"

Aku mengelap air mataku sambil menunggu balasan daripada Hilman. "Awak tak baik cakap macamtu, Ara. Dia ayah kepada anak awak. Kalau awak tak ada nanti pun, dia yang akan dapat hak penjagaan untuk anak awak. Lagipun, dengan keadaan awak mengandung macamni, awak tak boleh bercerai."

"Along masih boleh jadi ayah untuk anak saya. Lebih baik anak saya tinggal dengan paklong dia daripada duduk dengan ayah dan mak tiri. Saya lagi rela anak saya tiada ayah!" Ujarku sambil menahan amarah di dada. Suaraku juga dikawal agar tidak mengejutkan penghuni di rumah ini.

Belum sempat aku ingin mendengar balasan Hilman, telefon di telingaku sudah terbarai di atas lantai. Lantas aku menoleh dan kelihatan Mikhail berada di belakangku sambil memijak telefon milikku. Ya Allah! Apa yang dia buat ni?

"Apa masalah awak ni?"

"Kau tu yang bermasalah sekarang. Kau oncall dengan siapa pagi-pagi buta ni?!" Herdik Mikhail seraya menukar kembali panggilan kami. Aku tidak terkejut akan hal itu tapi aku terkejut bagaimana dia masuk ke bilik aku? Bukankah aku dah kunci bilik sebelum aku tidur?

Dan belum sempat aku menanyakan hal itu, baru aku teringat. Bangun sahaja tidur, aku terus ke tandas untuk mencuci muka. Kembali sahaja ke bilik, aku sekadar menutup rapat kerana selepas menelefon Hilman, aku berniat untuk terus menyiapkan santapan. Tak sangka pula, Mikhail bangun lebih awal hari ini. MasyaAllah..

"Asal? Terkejut aku masuk? Terkejut aku dengar kau borak dengan jantan?!"

"Berapa lama awak dekat dalam ni?" Soalku tanpa menghiraukan riak wajahnya yang sudah berona merah. Aku tahu dia tengah panas, jadi apa aku peduli?

Mikhail ketawa seraya duduk di birai katil. Semua bantal di atas katil, sudah dicampaknya ke bawah. "Dari kau 'saya patut akhirkan semua ni' lagi aku dah ada dalam ni. Kau sanggup buka aib rumahtangga kau kat orang luar kan, Ayra. Mana pergi hati baik kau tu? Yang bajet alim kononnya dengan aku. Mana?!"

Aku tersenyum sinis. "Dah mati, Mikha. Dah lama mati, seiring dengan kematian rasa cinta saya kepada awak. Selama ni, saya hormat awak sebagai suami, tapi apa awak balas? Sudahlah, Mikha. Awak boleh akhirkan semua ni."

"Ergh? Akhirkan semua ni untuk kau kahwin dengan jantan tu? Macamtu? Memang taklah perempuan!"

Pedih.

"Saya dah nak mati dah pun, Mikha. Jadi, untuk apa pulak saya nak kahwin?"

"Sedar pun kau nak mati. Habis kenapa kau menggatal dengan jantan lain belakang aku?!" MasyaAllah, kata-kata Mikhail menyakitkan hati aku. Terasa nafasku tersesak seketika. Bila agaknya ini semua akan berakhir?

"Sampai kau mati pun, aku takkan lepaskan kau. Aku nak kau terseksa, macam apa kau rasa sekarang. Mungkin juga, lebih teruk? Tapi, ada aku peduli? Telefon kau dah jahanam dan kau tak ada apa-apa untuk contact jantan tu atau family kau lagi. Biar kau menyesal sebab berani lawan aku dan berani buat benda yang aku tak suka!"

Belum sempat aku ingin membidas, Mikha terlebih dahulu menarik rambutku. "Mulai harini, kau tak ubah macam bibik. Kau nak sangatkan? Aku tunaikan, Ayra Sophia. Lepas aku pergi je kerja, aku kunci rumah. Aku takkan bagi kau keluar walau seinci pun. Aku takkan bagi apa-apa barang untuk kau berkomunikasi dengan jantan tu. Telefon kau ni, aku bakar. Welcome to the hell, Ayra Sophia." Ujarnya sambil mengambil serpihan telefonku dan juga laptop yang berada di atas meja.

Ya Allah.. Dugaan apa lagi yang Kau berikan.

Aku dah tak ada siapa-siapa untuk mengadu. Aku bagaikan duduk di dunia aku sendiri. Tiada siapa yang akan bantu aku keluar daripada sini. Aku juga tiada siapa yang akan sayang aku.

Dan, aku cuma ada Allah ketika ini. Saat semua orang menjauh, saat semua orang membenci. Dan di saat aku dibenci oleh suamiku sendiri dan dilayan tak ubah seperti anak patung, hanya Allah sahaja yang setia menyayangi hambaNya yang hina ini.

Kau mungkin lupa, Danish Mikhail. Aku ada Allah yang akan sentiasa menyayangi aku. Aku ada Allah yang akan sentiasa mendengar luahan hati aku. Mungkin kau rampas kawan aku, mungkin kau jauhkan aku daripada kawan aku dan keluarga aku, tapi kau tak boleh jauhkan aku daripada Allah.

Ingat Mikhail, kifarah tu wujud.

Kifarah tu wujud. Kalau harini kau buat aku terseksa, tunggu balasan kau nanti. Kalau harini kau buat aku dan anak aku, tak mustahil nanti kau juga akan jadi macam aku.

Aku percaya Allah Maha Adil. Dan aku yakin pasti ada keadilan untuk aku.

Ayra SophiaWhere stories live. Discover now