4

4.2K 97 17
                                    

Hubungannya dengan lelaki itu masih lagi dingin. Setelah apa yang didengarinya tentang lelaki itu, sedikit tercabar kepercayaannya terhadap lelaki itu. Kalau sekarang sudah berani menyembunyikan rahsia sebegini dari pengetahuannya, tak mustahil nanti ada sahaja pembohongan demi pembohongan yang diterima.

Rambutnya yang sudah tidak tersusun rapi itu, diraut kasar. Biarlah hodoh sekalipun wajahnya, dia tidak mahu ambil peduli. Barangan solek di atas meja juga menjadi mangsa tangannya. Sekejap sahaja barang-barang itu sudah terpelanting di atas lantai.

"Ahhh!!!!" Jerit Ellyda. Ditekup mulutnya menahan tangisan. Seboleh-bolehnya dia cuba menahan diri daripada terus menangis. Kedengaran agak biasa namun dia yang menanggung. Bercinta dengan suami orang? Perampaskah aku?

Ellyda menyandarkan badannya di dinding. Dipeluk kedua-dua lututnya dan disembamkan wajahnya. Tangisan yang ditahan itu lantas pecah. Tersedu-sedu Ellyda menangis.

Pipinya ditekup kedua-dua belah tangan. Ingatannya kembali memutarkan setiap satu bait kata dari pasangan itu. Tidak menyangka, secepat itu Danish Mikhail yang dicintanya itu menamatkan zaman bujangnya.

Kata Mikhail, usia perkahwinan mereka sudah pun menginjak yang kelima bulan. Maknanya, Mikhail bertemu dengan isterinya dahulu barulah dirinya. Ya Allah!!

"Apa yang aku buat ni? Aku rampas suami orang ke? Tak..Tak. Aku tak rampas." Tergeleng-geleng kepalanya demi menidakkan statement yang bakal keluar tentangnya.

Air mata yang mengalir dibiarkan sahaja. Fikirannya bercelaru tika ini. Bayangan mesra Mikha dengan isterinya berlegar-legar di mindanya. Ahhhh!!

Gambar yang telah diframekan itu diambil dan dibaling ke dinding. Kaca yang menutupi gambar itu pecah dan serpihan kaca itu bertaburan di atas lantai. Cadar yang berada di atas katil itu ditarik kasar dan dibuang jauh. Bantal-bantal itu juga dibaling ke arah pintu.

Ellyda hilang kawalan. Fikirannya benar-benar bercelaru. Dia tidak dapat memikirkan cara yang terbaik untuk perkara ini. Difikirannya, dia ialah perampas. Dia telah merampas hak orang. Betapa bodohnya dia sehingga sanggup merampas suami orang yang jelas bukan hak miliknya.

Serpihan kaca yang bertaburan di atas lantai dicapai dan ingin sahaja Ellyda menoreh tangannya namun deringan telefon membantutkan perbuatannya.

"Hello, Mikha." Ujar Ellyda dengan suara yang serak-serak basah.

"Hei, you kenapa ni?" Jelas nadanya agak risau dengan keadaan Ellyda.

Serpihan kaca di tangannya, diletakkan di atas lantai kembali. Digenggam telefonnya kuat-kuat. Seakan itu adalah tangan Mikha.

"I benci you, Mikha. You tipu I. You hanya permainkan I. You langsung tak berani nak ceraikan isteri you. You kejam, Mikha." Ujar Ellyda senafas. Kata-kata yang agak kasar didengari dilontarkan satu persatu.

Mikhail diam. Halkumnya bergerak-gerak. Sesekali bayangan Aira menjelma lagi. Tak boleh jadi ni.

"Elly, you jangan buat perkara bukan-bukan eh? You tak perlu fikir pasal isteri I. I sendiri akan handle benda ni. You just duduk diam-diam and don't do something foolish. I don't like that. Can you hear me?"

Ellyda diam. Dia tak nak terus mengikut arahan Mikha. Dia nekad. Dia akan bersua muka dengan isteri Mikha.

"No Mikha. I akan jumpa isteri you sendiri. I akan sendiri cakap dengan dia. You jangan halang I. Kalau you halang I, you akan kehilangan salah seorang dari kami."

"What do you mean, Ellyda? You nak apa-apakan diri you? You nak apa-apakan isteri I? Are you insane? Oh, come on!"

"Yes, memang I tergilakan you. I cintakan you, Mikha! How dare you tipu I selama ni? You cakap apa, you single but at the end, you dah pun jadi hak orang. You bukan teruna lagi, Mikha. I hate you so much. You are liar!"

Ayra SophiaWhere stories live. Discover now