39

8.2K 156 103
                                    

"Ayra Sophia."

Aku dengar ada satu suara memanggilku tapi aku tidak dapat melihatnya. Gelap dan langsung tiada sumber cahaya yang mampu menembusi penglihatanku untuk melihat empunya suara.

Aku dah mati ke?

"Ayra, open your eyes." Seketika aku merasa ada tamparan lembut di pipiku. Aku mengikuti arahan suara itu. Perlahan-lahan aku membuka mataku. Terpancar satu cahaya yang berada tepat di hadapan mataku. Aku menghalang cahaya itu agar tidak terus menyilaukan pandanganku dengan menggunakan tangan kananku.

Mungkin suara itu memahami keadaanku, lantas ditutup lampu yang berjaya menyilaukan pandanganku. Setelah pandanganku kembali seperti biasa, barulah aku tahu siapa yang bercakap dengan aku sebentar tadi. Sekujur tubuh yang segak memakai kot putih sedang memandang aku dengan senyuman di bibirnya.

"How are you feel today? Okay?" Aku mengangguk lembut seraya menghadiahkan senyuman untuk doktor Ameer Syakir.

"Saya check nadi awak ye?" Aku membiarkan sahaja doktor Ameer mengerjakan tugasnya. Sesekali aku melihat jururawat yang sentiasa berdiri di sebelahnya mencatat sesuatu di dalam fail.

"Er, Ayra?" Aku memandangnya dengan kening terangkat. Belum sempat dia mengujarkan kata-katanya, dia terlebih dahulu menyuruh jururawat yang berada di sampingnya untuk memberikan ruang kepada kami berdua. Agak serius perbincangan kali ini.

Tapi, sebelum tu..

"Kenapa saya ada dekat hospital, doktor?" Soalku. Hatiku berasa lega kerana akhirnya aku berjaya mengajukan soalan itu kepada doktor Ameer.

"Awak tak ingat?" Aku menggelengkan kepala. "Dua hari lepas, Hilman bawak aku ke hospital dalam keadaan pengsan. Puas saya cuba untuk buat awak sedar, alhamdulillah awak dah sedar."

Maksudnya, aku dah pengsan selama dua hari?

"Ye, dua hari awak tak sedarkan diri. Hilman juga sudah beberapa kali ulang-alik untuk melihat keadaan awak."

Seperti mengetahui isi hatiku, doktor Ameer terlebih dahulu menjawab pertanyaan mindaku. Tapi kenapa Hilman? Kenapa bukan Mikhail?

"Suami saya mana, doktor? Dia ada dekat luar ke?"

Soalanku menyebabkan riak wajah doktor Ameer berubah. Melihatkan perubahan wajah itu, aku faham bahawa Mikhail tidak menjengukku langsung di hospital ini.

"Er, Ayra, saya-" aku membidas kata-katanya. "It's okay, doktor. Saya tak sepatutnya tanya benda yang saya dah tahu."

Keadaan kembali sunyi dan seketika aku merasakan janggal kerana hanya kami berdua sahaja dalam ruangan bilik ini. Hanya berlatarkan bunyi kipas yang sering berbunyi kerana mungkin sudah agak lama usianya.

"Ayra, sebenarnya saya ada hal penting nak bagitahu awak."

Aku sekadar diam dan menunggu sambungan kata-kata daripada doktor Ameer. Aku melihat wajahnya yang sugul dan ada rasa kecewa yang bertandang di hatinya. Apakah itu?

"Mengikut laporan kesihatan awak, awak terpaksa melakukan pembedahan dengan kadar yang segera. Disebabkan hentakan yang berlaku dan pendarahan dalaman yang menyebabkan kandungan awak dalam bahaya. Jadi, pihak pakar mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan untuk menyelamatkan nyawa anak awak."

Aku terkedu. Aku juga tidak mampu mengatakan apa-apa. Adakah ini pengakhiran nyawa aku?

"Saya tak berani jamin apa-apa. Saya juga tak berani jamin tentang keselamatan awak serta anak awak. Tapi yang saya boleh jamin, anak awak adalah bayi pramatang. Kemungkinan nyawa anak awak dalam bahaya dan terlalu banyak komplikasi yang akan anak awak tanggung."

Ayra SophiaWhere stories live. Discover now