6

3.6K 84 0
                                    

Pakaian dan beberapa barang peribadi milikku disumbat kemas di dalam beg sandang milik Hilman. Pagi tadi seusai aku bangun tidur, dia terus memberi aku beg itu untuk mengisi barang-barangku.

Sekejap sahaja lagi, aku sudah dibenarkan keluar dari hospital. Balutan putih di atas kepalaku masih terlilit kemas tanpa sebarang rasa longgar atau rimas. Doktor Ameer kata, lukaku masih belum kering sepenuhnya dan seharusnya dibalut supaya luka itu tidak dimasuki kuman.

Dengan tiba-tiba, rasa menyesal mula bertandang. Hatiku terasa seakan pedih melihat tanda 'bluetick' yang dihadiahkan untukku. Aku rasa menyesal sangat kerana telah membalas mesej darinya. Argh!!

Bagaimana aku boleh lupa tentang apa yang berlaku sebelum aku kemalangan? Bukankah lelaki itu yang menyebabkan aku kemalangan sekaligus menyebabkan kematian anak aku? Mengapa sebegitu mudah hati ini.. Hati ini memaafkan kesalahannya? Bukankah dia menyebabkan semuanya? Dia yang menyebabkan aku mengalami keperitan ini.

"Aku benci.." Ujarku perlahan. Mataku dipejam seerat-eratnya. Ingin sahaja aku hamburkan tangisanku di sini tapi kalau Hilman masuk nanti?

Aku cuba mencari nafas sambil mata masih setia dalam kegelapan. Perlahan aku kesat air mata yang terdapat di bawah iras mataku. Kenapa hatiku mudah terusik saat ini? Kenapa bila topik Mikhail dibahas, air mataku mudah sangat mengalir deras?

Mikhail yang aku kenal dulu, sudah tiada. Mikhail yang tidak pernah naik tangan, kini sudah berani menampar pipiku. Tanganku menyentuh perlahan kesan lebam di tepi bibirku. Masih meninggalkan sedikit rasa perit.

Mikhail yang tidak pernah membahaskan soal perempuan lain, kini sudah dibahaskan malah mengaku dia mencintai perempuan itu. Mikhail yang setia di mataku, kini telah berniat untuk memperisterikan perempuan itu. Adakah Mikhail yang dulu sudah benar-benar mati dalam hidupku?

Tidak. Jawapannya tidak. Danish Mikhail yang dulu akan tetap tersemat indah di hati ini. Hanya dia yang mampu mengisi ruang hatiku. Hanya dia dan bukan orang lain. Aku hanya mencintai dia, Danish Mikhail Bin Iqram Azqil.

Namun hati ini masih berdarah lagi untuk memaafkan dirinya. Tamparan yang diberi masih terasa di kulit pipiku. Kehilangan anakku masih terasa di dinding rahimku. Terasa bagai janin itu berdenyut-denyut di dalam rahimku tapi kini....

Dua-dua janin anakku telah tiada. Keduanya pergi meninggalkan aku. Semuanya terjadi kerana khilafku. Kalaulah aku dapat merasakan ada nyawa yang sedang membesar di rahimku, pasti ianya masih bernyawa dan mungkin aku sedang mengalami tempoh-tempoh kehamilan. Tapi, tidak mengapalah. Mungkin bukan rezeki aku lagi.

Keguguran yang pertama disaksikan oleh mataku sendiri. Mustahil aku boleh melupakannya sehingga kini.

Aku tersenyum sendiri. Cerita hindustan yang ditayangkan ini benar-benar mengusik jiwaku. Cerita yang mengisahkan dua manusia yang ingin bercinta namun seorang dari kerabat diraja dan seorang lagi dari masyarakat biasa. Lelaki itu mencari seribu satu cara untuk mendapatkan cintanya yang berasal dari kerabat diraja. Pelbagai dugaan ditempuh termasuk menentang maharaja yang ingin memperisterikan cintanya.

Pelbagai tentangan dan cemuhan diterima. Nenda puteri cantik itu tidak menerima cinta lelaki yang bukan keturunan diraja itu. Katanya, lelaki itu tidak akan pernah setaraf dengan mereka. Namun, puteri cantik itu tidak akan mengalah kerana darjat semata-mata. Puteri cantik yang diberi nama Razia itu sentiasa menemui jejaka idamannya, Mirza tanpa diketahui kerabat diraja. Mirza sentiasa menyamar menjadi pengawal dan tukang masak hanya kerana untuk menemui cintanya.

Siapa sangka? Atas usaha dua pasangan ini, mereka berjaya disatukan atas restu ayahanda dan rakyat jelata. Akhirnya mereka berdua menjadi suami isteri dan hidup bahagia selamanya.

Ayra SophiaWhere stories live. Discover now