23

3.7K 81 25
                                    

"Ara."

"Along, please. Ara tak nak cakap apa-apa soal tadi dan please jangan bagitahu sesiapa. Biarkan je benda tu, jangan diperhebohkan." Kataku lalu membaringkan tubuhku di atas tilam. Kelihatan along pun sudah keluar dari bilik.

Allahurabbi.

Kalau tadi along tak ada, pasti aku dah bergaduh dengan perempuan tu. Aku perlukan penjelasan dari semua yang berlaku tapi aku tak nak penjelasan tu keluar dari mulut Mikha. Aku benci dia. Aku benci dia.

Lelaki yang bergelar suami, lelaki yang bakal bergelar ayah, lelaki yang sama inilah menduakan aku di hadapan mataku sendiri. Lelaki ini melafazkan akad dan setiap satu butir kata didengari oleh telingaku sendiri. Tak cukup dengan tu, aku sendiri yang menyaksikan tangannya berjabat dengan tok kadi dan melihat gerak bibirnya melafazkan akad.

Isteri mana yang sanggup melihat semua itu tanpa tidak mengeluarkan kata 'BERHENTI!'. Tapi tidak untuk aku. Aku sendiri tak sanggup nak mencemarkan nama baik suamiku. Aku sendiri tak sanggup nak merosakkan majlis nikah suamiku sendiri. Aku sendiri tak sanggup nak menganggu majlis orang. Walaupun orang itu ialah suamiku sendiri dan aku sendiri masih sanggup berdiri dan menyaksikan semua.

Bodoh kau, Ayra.

"Argh!!" Barang-barang di atas meja aku lempar ke bawah. Cadar, selimut, bantal juga turut menyembah ke lantai. Gambar perkahwinan yang sentiasa menyeri sisi katilku, turut dilempar ke bawah dan bingkai itu juga patah dan bertebaran di atas lantai.

Aku benci dia.. Itu sahaja yang aku mampu ungkap di bibirku tika ini. Bayangan majlis tadi masih terbayang-bayang di mindaku. Kenapa aku kena tengok semua tu? Kenapa aku yang kena dengar dia terima akad tu? Kenapa aku, Ya Allah?

Aku sembamkan mukaku di celah kedua-dua lututku. Tangisan yang aku tahan akhirnya tersembur keluar. Rasa yang aku pendam sedari tadi, perlahan-lahan aku hambur keluar.

"Kenapa kau buat aku macam ni, Mikha? Kenapa kau duakan aku? Kenapa ditakdirkan kau yang jadi suami perempuan tu? Kenapa kau?" Ujarku sendiri sambil menumbuk perlahan bantal yang kini berada di lantai.

Aku masih tak boleh terima kenyataan ini. Walau sudah berjam masa berlalu, aku masih tidak boleh terima semua ini. Lafaz dah diungkap, ijab dan kabul sudah sempurna, maksudnya Mikhail milik Elly sekarang.

"Argh!!!" Jeritku lagi. Kali ni lebih kuat dan keras berbanding tadi. Jeritan itu mampu membuatkan orang-orang di luar bilikku mengetuk pintu dan bertanyakan sama ada aku okay atau tidak. Mujur sahaja sempat aku mengunci pintu selepas along beredar dari sini.

Perutku semakin sakit dan kepala juga semakin pusing. Isteri mana yang mampu terima suami curang? Isteri mana yang mampu lihat sendiri majlis perkahwinan suaminya? Isteri mana?

Ya, akulah isteri tu. Isteri yang paling malang dan paling sadis sekali dalam dunia ini. Lelaki yang beruntung, bertuah, ya Mikhalah orangnya.

Lelaki yang memiliki dua orang wanita dalam hidup dan lelaki yang memiliki wanita yang sanggup menaruhkan nyawanya demi memberikan zuriat buat dia.

"How dare you.. How dare you, Mikhail!" Ujarku seraya mengambil foto perkahwinan kami yang tergantung kemas di dinding, lalu aku humban ke lantai. Pang! Kaca bertebaran di lantai dan ketukan di luar pintu semakin kuat.

Aku tak peduli dengan apa yang akan berlaku. Anak dalam kandungan ini pun aku langsung tak peduli. Peduli pun, Mikha dah jadi suami orang lain. Peduli pun, Mikha takkan kisah dengan anak ni.

"Kau suruh aku ke rumah ibu. Kau kata kau pergi outstation. Yes, baru aku faham. Inilah outstation kau. Kau oustation dengan perempuan tu. Kau pergi nikah dengan dia. Kau kahwin dengan dia. Kau memang jantan tak guna. Suami tak guna. Mana janji-janji kau yang kau nak berubah? Mana?!" Air mata semakin deras mengalir. Sesekali aku merasakan perutku semakin sakit. Aku tak tahu kenapa, tapi sakitnya seperti mencucuk-cucuk.

Perlahan-lahan aku rebahkan badanku di atas lantai yang penuh dengan serpihan kaca. Peduli apa? Siapa yang sayang aku? Suami? Pergi mati!

Mataku kian melirik ke arah kakiku dan mataku terus menangkap cecair merah pekat yang ralit mengalir dari celah pehaku. Untuk ke berapa kalinya, aku yakin inilah pengakhiran kisah anakku. Maafkan mama sayang..

Akhirnya, aku terlena dengan berlantaikan serpihan kaca dan cecair merah menjadi tontonan mataku sebelum terpejam rapat.

-*-

"Siapa tu tadi?" Soal mummy Ellyda. Mikhail masih lagi ralit mengelap darah yang masih tersisa di tepi bibir.

Ellyda diam. Tak tahu nak balas atau nak membiarkan sahaja soalan itu.

"Isteri saya."

Jawapan yang diberikan oleh Mikhail bukan sahaja membuatkan mummy Ellyda terkejut, malah Ellyda juga turut sama. Baru sahaja, mindanya ligat memikirkan jawapan apa yang sesuai untuk diberikan buat mummynya, tapi Mikhail sudah merosakkan segalanya.

"What?!"

Terus Ellyda membidas. "Dah cerai dah pun, mummy."

Mikhail mendongak lalu memandang Ellyda dengan renungan yang tajam. "Belum, saya tak ceraikan dia lagi dan tiada niat nak ceraikan pun. Elly tahu yang saya suami orang."

Terus tamparan hebat hinggap di tepi pipi Mikhail. Di hadapan khalayak ramai, Mikhail ditampar oleh ibu mertuanya sendiri. Namun, apa yang dia peduli? Sekarang, dia hanya menginginkan Ayra untuk dia jelaskan kesemuanya.

"Mummy, dahlah tu. Elly cintakan dia and Elly tak kisah dia suami orang atau tidak. Just I know, I love him and he loves me too. That's enough."

"Bermadu? Madu tu sakit. Sanggup ke nak berkongsi kasih? Tak kira, mummy nak Mikha cerai dengan isteri Mikha tu!" Ujar mummy Ellyda seraya merenung tajam ke arah menantunya.

Cerai?

"No, saya takkan buat. Saya takkan ceraikan dia. She is my wife. Sampai bila-bila pun, saya takkan ceraikan dia. Sorry, bukan nak melawan tapi itu hal peribadi saya dan hak saya."

Perlahan-lahan, Mikhail bangun dan mengelap sedikit di tepi bibirnya. "Ini pilihan saya dan ini juga datang dari persetujuan Elly. Kalau Elly tak sudi bermadu, saya takkan kahwin dengan dia."

"Ergh, Elly terima pun sebab cinta. Ada kau tanya isteri kau untuk kahwin lagi satu? Ada?" Sinis sahaja soalan yang diajukan.

Mikhail tunduk. Bayangan Ayra mulai menjelma. Ya Rabbi..

"Ye, saya tak pernah tanya dia tapi dia tahu yang saya ada niat nak kahwin dengan Elly. She knows about that. Saya nikah dengan Elly sebabkan janji yang pernah saya buat. Saya nikah dengan Elly sebab saya cintakan dia. Tapi, tak bererti saya tak cintakan isteri saya."

Mikhail memandang Ellyda seraya melontarkan kata. "Saya cintakan isteri saya. Sangat-sangat mencintai dia sehinggakan saya tak sanggup kehilangan dia. Cuma kekhilafan yang berlaku dan saya sanggup menduakan dia."

"I love her, mummy."

"I love her. So much." Kata Mikhail sebelum air matanya mulai terbit keluar dan seraya itu, dia melangkah masuk ke dalam masjid semula.

Ayra SophiaWhere stories live. Discover now