Chapter 12

55.2K 2.5K 6
                                    

Tiara keluar untuk membeli barangannya dipusat membeli-belah. Kebetulan juga disitu dia terserempak dengan Wani.

"Lama gila tak jumpa kau. Sihat ke?" Soal Wani.

"Sihat Alhamdulillah. Kau?" Soalan itu dituju pula pada Wani.

"Same with you. Weh, kau berhenti tak bagitahu aku pun. Kejamlah kau ni." Gadis itu sudah membuat muncung panjang.

"Sorry lah weh. Takkanlah itu pun nak merajuk. Kau datang sorang je ke?" Wani memandang kiri kanannya yang tiada orang.

"Eh takdelah, aku datang bertiga. Kiri aku sekor, kanan aku sekor. Tak nampak?" Perli Wani membuatkan Tiara mencebik.

"Banyak kau memborong. Nak buka gudang ke?" Beg-beg kertas yang terdapat ditangan Wani mendapat idea untuk Tiara membalas perlian gadis itu.

"Ish kau ni, takdelah sampai nak buka gudang. Esok aku dijemput untuk datang ke majlis apa tah dekat Hotel HQ. So..inilah keperluannya." Terangkat kening Tiara.

"Biar betul weh?" Soal Tiara tidak percaya. Wani mengangguk.

"Apa yang tak betulnya? Betullah." Tiara berasa ingin melompat-lompat saja ditengah-tengah pusat membeli-belah itu kerana terlalu gembira.

"You know what, aku pun pergi sana weh esok. Ish tak sabarnya!!" Riak wajahnya penuh dengan keterujaan.

"Really? Omg! Tak sangka kau pun diundang. Esok aku ambil kau eh? Kita pergi sekali okay?" Muka Tiara yang terik akibat tersengih perlahan-lahan kendur. Wani belum tahu lagi yang dia sekarang bukan lagi tinggal dikampung halamannya malah dibandar, rumah suaminya.

"Sorry weh. Bukan aku tak nak pergi dengan kau tapi malam ni dengan malam esok aku tidur rumah sepupu aku sebab ada kenduri. Aku tak nak menyusahkan kau ambil dan hantar aku dahlah rumah sepupu aku tu jauh dari rumah aku." Wani mencebik manja seperti ingin menangis.

"Alaa..baru je nak sekepala dengan kau dalam kereta nanti. Habistu kau naik apa malam esok?" Tiara mengetuk-ngetuk dagunya guna jari telunjuk. Orang tengah berfikir lah katakan.

"Erm..grab car maybe." Wani mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Takpelah kalau macam tu. Eh! Apa kata aku teman kau shopping nak? Lagipun dah seminggu lebih kita tak jumpa." Tiara mengangguk setuju.

"Boleh juga! Tapi..teman je ke? Belanja aku tak nak?" Dengan muka tak malu Tiara menyuruh rakannya belanja. Dia bergurau je tu.

"Boleh! Tapi..mask jelah yang selebihnya duit kau sendiri. Hahaha" Wani meninggalkan Tiara yang sedang mencebik.

Setelah sekian lama mereka ehh bukan! Tiara membeli-belah, mereka berdua merehatkan kaki disebuah restoran. Tiara order sama seperti Wani order kerana dia malas nak berfikir mahu makan apa.

"Weh?" Panggil Wani sewaktu Tiara sedang ralit bermain instagram.

"Hm?" Sahut Tiara tanpa mendongak.

"Weh, tengoklah meja sebelah kiri aku ni." Tiara yang duduk bertentangan Wani memandang sekilas pada meja sebelah kanannya namun dia kembali memandangnya untuk kali yang kedua.

Sepasang matanya yang memakai spec bulat besar bersambung dengan sepasang mata milik gerangan meja sebelah.

Dia memandang ke arah tingkap yang berada disebelah kirinya. Sisi kepala kanannya ditongkatkan menggunakan penumbuk kanan. Dia buat-buat seperti tiada manusia dimeja sebelah itu.

Anas yang berada disebelah meja isterinya hanya dapat tersenyum kecil geli hati dengan telatah gadis itu. Dia kembali berborak dengan wanita yang merangkap sepupu rapatnya yang juga baru balik dari U.S kelmarin.

"Weh, asal pula tu?" Soal Wani yang pelik melihat rakannya yang tiba-tiba berpaling ke arah lain dan bermain telefon.

"Takdelah, belakang leher aku ni tetiba je rasa sakit tu yang tetiba berpaling tu." Tiara sengaja menumbuk-numbuk kecil belakang lehernya untuk cover yang dia sedang menipu.

"Ouh, ingatkan apa tadi. Handsome kan abang Alis?" Soal Wani separuh berbisik bimbang didengari dek orang meja sebelah.

"Abang Alis?" Tiara mengerutkan dahinya. Matanya menatap mata Wani.

"Haah abang Alis. Kau tak kenal ke?" Dia menjentik tangan Wani yang berada diatas meja makan.

"Tadi kau cakap pasal meja sebelah lepastu cakap pasal abang Alis pula? Yang mana satu kau ni?" Tiara membalas geram namun nada suaranya diperlahankan.

"Laa..kau tak tahu ke yang meja sebelah ni abang Alis yang baru balik dari U.S tu?" Mulutnya terlopong sedikit.

"Serious lah weh." Wani memutarkan bebola matanya.

"Iyaa..aku serious lah ni. Nama Alis, Alis Iskandariah. Abang dia pula Anas Iskandar." Degupan jantung Tiara seakan berhenti berdegup.

Patutlah..patutlah Alis mengetahui serba-serbi tentang Anas termasuk kata laluan pintu masuk rumah lelaki itu. Ternyata lelaki itu abangnya.

'Kenapa Alis..? Kenapa kau buat aku macam ni? Kenapa kau seksa aku? Benci sangat ke kau dekat aku hah? Aku sayang kau Alis tapi tergamak kau buat aku macam ni kan? Hina sangat ke aku dimata kau?' Getusnya dihati. Matanya berair mengenang nasib diri.

"Eh? Asal pula tetiba nak menangis ni?" Tiara tersedar dari lamunannya. Airmata yang ingin tumpah segera dilap.

"Aku mengantuklah bukan menangis. Bila makanan nak sampai? Lambat betullah. Aku pergi toilet lah dulu. Nak basuh muka bagi fresh." Dia bangun dari tempat duduk lalu bergerak ke tandas perempuan.

Dia berdiri dihadapan cermin. Spek matanya ditanggalkan dan diletakkan ditepi singki. Dia meraup kasar rambutnya yang tidak diikat.

"Kenapa SEMUA orang benci aku? Kenapa orang letak salah atas bahu aku? Kenapa aku? Aku memang tak layak ke nak hidup bahagia? Ke..aku memang tak layak hidup atas dunia ni?" Dia seperti seorang psiko yang berbual seorang dihadapan cermin mujur didalam tandas itu tiada orang kalau ada pasti sudah dicop gila.

Mati. Mungkin jalan penyelesaian yang begitu mudah tapi..tidak semestinya mati dapat menyelesaikan masalah. Dia perlu membuktikan pada keluarganya bahawa dia tidak bersalah sewaktu ditangkap khalwat pada minggu lepas.

Barbie Doll✔Where stories live. Discover now