Chapter 22

55.7K 2.2K 103
                                    

Anas memberhentikan keretanya diatas sebuah bukit. Dia keluar dari kereta meninggalkan isterinya keseorangan didalam kereta. Cuaca yang mendung begini dapatlah menyejukkan hatinya yang sedang panas. Dia berdiri diatas bukit yang boleh menampakkannya bandar yang sedang sibuk dengan kenderaan.

Tiara keluar dari kereta kemudian pintu ditutup. Dia menyandar saja dipintu kereta sambil memerhati suaminya yang sedang membelakanginya. Dia tidak mahu mengganggu lelaki itu yang sedang menenangkan fikiran.

Dia turut terkesan dengan apa yang telah berlaku tetapi siapalah dia pada jejaka itu untuk bertanya mengenai tadi. Dia cuma patung dan isteri atas kertas Anas sahaja lagipun lelaki itu juga pernah berpesan bahawa buat hal masing-masing dan jangan pernah ambil tahu hal dia. Tiara mengeluh perlahan.

Cuaca yang mendung dan angin yang sejuk membuatkan dirinya berasa dingin berada diluar. Baru saja dia mahu membuka pintu kereta, namanya diseru Anas.

"Tiara." Dia berpusing ke belakang. Senyuman manis dilemparkan buat lelaki itu. Air muka Anas yang keruh terlalu nampak bahawa lelaki itu sedang serabut.

"Ya?" Kedua belah kening diangkat.

"Mari sekejap," Tiara menghampiri Anas apabila disuruh. Dia berhenti melangkah apabila jaraknya dengan lelaki itu hanya setengah meter. Tiba-tiba tubuhnya dipeluk. Dia kaku. Jantungnya juga berdegup kencang.

"Aku tak nak kahwin dengan dia. Tolong aku Tiara. Aku memang perlukan bantuan kau." Anas berkata sambil menangis teresak-esak dibahu isterinya. Gadis itu dengan kekok membalas pelukannya. Belakang badannya terasa digosok-gosok.

"Shh..don't cry. I'm here for you." Pujuk Tiara. Baju kemejanya mungkin sudah basah kerana airmata sang suami.

"Thanks Tiara sebab ada masa aku susah." Ucap Anas sambil merungkaikan pelukan pada tubuh isterinya.

"My pleasure. Dah, tak mau nangis lagi eh?" Tiara menyapu airmata suaminya menggunakan ibu jari kiri dan kanannya. Dia mengeluarkan gula-gula dari poket skirtnya lalu diberikan pada Anas.

"Nah, ambillah. Ada orang kata kalau makan gula-gula dapat hilangkan tension." Anas melirik mata memandang nakal isterinya atas bawah.

"Tapi kalau 'makan' kau lagi hilangkan tension aku." Katanya lalu segera mengangkat tubuh isterinya dan dibawa masuk ke dalam keretanya. Memang tak menyempat sungguh jejaka tampan itu. Dalam kereta pun jadilah.

Tiara menerima perangai suaminya yang nafsu serakah terlebih kuat itu dengan redha.

¤¤¤¤¤¤¤¤

"Arghh!! Siapa betina tu? Kenapa dia boleh pula peluk-peluk Anas depan Hamid dengan Helena?" Tempik Fazira yang sudah sampai ke rumahnya. Handbag kepunyaannya dicampak ke atas sofa diikuti dirinya.

"Siapa betina tu? Aku kena siasat. Dia tak boleh rampas Anas dari aku. Tak boleh! Anas milik aku seorang je dalam dunia ni. Siapa yang berani rampas, tahulah apa akibatnya." Fazira melepaskan tawa jahatnya. Perutnya yang masih kempis diusap.

"Beruntung aku pregnat kan kau. Dapatlah aku merasa hidup dengan orang kaya lepasni walaupun bukan itu bapa kandung kau baby." Dia mengambil beg tangannya dan mencari-cari sesuatu didalamnya. Setelah jumpa, benda itu dibawa keluar.

Sepucuk pistol kemas berada didalam genggamannya. Dia perlu membunuh sesiapa saja perempuan yang berani mendekati jejaka idamannya itu termasuklah gadis yang telah memeluk Anas dirumah Tan Sri Hamid dan puan Sri Helena tadi. Dia mahu Anas menjadi miliknya seorang.

Demi cinta dan harta, dia sanggup melakukan apa sahaja termasuk membunuh.

"Hahahaha"

Barbie Doll✔Where stories live. Discover now