Chapter 44

57.8K 2.2K 48
                                    

Anas menelefon Iqbal apabila dia selesai makan manakala isterinya belum habis lagi.

"Weh, tengah buat apa?"

"Ada je ni, tengah--"

"Tengah main sabun?"

Tiara yang sedang minum air laici sedikit tersedak. Apa ni? Otak kuning betul!

Anas tersengih memandang isterinya.

"Lol. Mana adalah. Aku tengah buka puasa ni. Asal call?"

"Aku nak suruh kau bawa kereta bini aku pergi bengkel esok. Masa nak balik kerja tadi start tak boleh."

"Wow! Since when kau mengaku dia bini kau weh?"

"Diam ah! Kau ambil kereta dia dekat hotel aku esok then bawa pergi bengkel. Dah, fullstop, titik, bye!"

Dia mematikan panggilan. Kamera telefon dibuka. Gambar isterinya yang sedang makan ais batu campur ditangkap candid. Sengihan nakal terbit dari bibirnya. Gambar itu dibuat sebagai wallpaper telefonnya kerana hanya sekeping gambar itu saja yang ada didalam galerinya yang lain semua gambarnya.

"Tidur mana malam ni?" Dia memulakan perbualan. Tidak mahu suasana kekok terhasil.

"Tidur rumah sayalah. Kenapa?" Dia buat-buat menguap.

"Aku rasa macam penatlah malam ni. Tak larat nak hantar kau balik. Malam ni kau tidur rumah aku lah eh?" Tiara memerhati wajah lesu suaminya. Kesian pun ada sebenarnya.

"Okay lah." Anas tersenyum dalam hati kerana dapat lagi tinggal sebumbung dengan gadis itu. Nak senyum depan depan takut isterinya perasan.

Tiara tidak dapat menghabiskan ABC itu kerana perutnya sudah pun penuh dengan sepinggan nasi arab bersama segelas air laici. Mangkuk ABC ditolak.

"Tak habis?" Anas bertanya. Tiara menggeleng.

Anas mengangkat tangan memanggil pelayan untuk meminta bil. Not 100 dikeluarkan dari dalam dompetnya setelah mengetahui jumlah yang perlu dibayar. Dia sedekahkan baki duitnya pada restoran itu. Bulan puasa kenalah perbanyakkan amalan bersedekah.

Tangan Tiara dicapai dan digenggam lalu dibawa keluar dari restoran itu. Kereta dipandu menuju ke sebuah masjid untuk menunaikan solat Maghrib dan seterusnya Isyak. Mereka tidak mahu solat terawih kerana penat katanya.

............................

Anas membuka aircond diruang tamu lalu menghempas badannya diatas sofa diruang itu. Tiara menggeleng. Penat betul lelaki itu.

Dia berjalan menghampiri meja kaca dihadapan sofa untuk mengemas majalah-majalah yang berselerak diatas meja itu dan tanpa disangka, Anas dengan pantas menarik lengannya lalu dia terbaring diatas badan lelaki itu.

Anas memperbetulkan tubuh isterinya supaya gadis itu berbaring diatas badannya seratus-peratus. Pinggang Tiara dipeluk kemas untuk mengunci pergerakan gadis itu.

"Awak..lepaslah. Saya nak--" Dia meletakkan jari telunjuknya dimulut Tiara.

"Shh..just sleep on me." Kepala si isteri diletakkan diatas dadanya. Tiara mengeluh. Matanya yang semakin memberat akhirnya terkatup jua.

Anas mencium ubun-ubun isterinya sebelum sama-sama ke dunia mimpi.

..................................

"Kak Esya, err..Sar nak tanya sikit ni." Tiara memandang Sarah sambil mengangkat kedua belah keningnya tanda 'apa?'.

"Erm..apa hubungan akak dengan Encik Anas eh? Sebab Sar tengok akak rapat semacam je dengan Encik Anas tu." Tiara tergamam. Dia buntu mahu jawab apa.

"Rapat? Rapat yang macam mana tu?" Soalnya pura-pura tidak tahu.

"Yesterday masa balik kerja, akak balik dengan Encik Anas lepastu ada staf kita nampak akak berbuka puasa dengan Encik Anas semalam siap pegang tangan lagi. Then Sar tertanya-tanyalah juga, macam mana akak boleh ikut Encik Anas pergi berunding sekali dengan orang yang nak jatuhkan dia? Nak dekat sebulan pula tu." Dia ditembak dengan pelbagai soalan yang boleh menjerat diri sendiri.

"Err..kalau Sar nak tahu sebenarnya kitorang erm..sepupu tapi kitorang tak war-warkan benda ni sebab bagi kitorang tak penting pun. Sar janganlah bagitahu orang lain. Ni rahsia kita kita je. Janji eh?" Sarah mengangguk.

"Sar janji. Oh akak dengan Encik Anas sepupu rupanya patutlah rapat."

"Haah. Kitorang rapat dari kecil lagi. Pasal yang pegang pegang tangan tu memang dah terbiasa." Tiara terpaksa menipu untuk menutup rahsianya agar tidak terbongkar.

"Tapi kan akak, kenapa Encik Anas tu tak kahwin kahwin lagi? Tak silap Sar, umur Encik Anas dah 28." Dia buat-buat ketawa kecil.

"Kalau Sar nak tahu, Encik Anas sebenarnya target nak kahwin masa umur dia 30. Tu yang tak kahwin kahwin lagi." Membulat mata Sarah. Terkejut mungkin.

"Biar betul? Tapi kenapa?" Soal Sarah ingin tahu.

"Dia cakap nak kumpul harta dulu baru boleh kahwin." Dia tersenyum dalam hati. Ya ke Tiara? Pandai je kau karang cerita.

"Kumpul harta? Sar rasa harta Encik Anas dah terlampau banyak. Kumpul harta apa lagi?" Dia berasa banyak betul soalan adik Sofia ni.

"Entah. Sar tanya dia sendirilah. Akak bukan tak nak cerita pasal dia dekat Sar tapi akak takut dia marah sebab buka cerita dia." Sarah menjuih bibir. Baru je nak korek cerita jejaka tampan itu.

"Okay."

Barbie Doll✔Where stories live. Discover now