Chapter 4

56.3K 2.5K 61
                                    

Tiara menutup lampu biliknya. Sewaktu keluar dari biliknya, dia bertembung dengan puan Kazimah.

"Ni, kau nak pergi mana pula malam malam macam ni? Jumpa jantan?" Walaupun dia agak terasa hati dengan tuduhan melulu uminya tetapi dia tetap mengukirkan senyuman.

"Tak. Ara malam ni kena kerja overtime. Bos Ara baru je call tadi." Dia terpaksa menipu puan Kazimah mengenai majlis yang dibuat secara besar-besaran disalah satu hotel terkemuka di Malaysia yang baru siap dibina.

"Huh! Yelah tu. Kalau aku dengar yang pelik pelik dari orang kampung pasal kau, siap eh! Aku tak mengaku kau anak. Kau tersilap langkah sikit memang aku halau kau dari rumah ni. Ingat tu!" Dia mengangguk faham dengan amaran puan Kazimah manakala Tasya hanya tersenyum sinis disofa ruang tamu mendengar suara uminya yang sedang 'makan' adiknya.

"Mampus kau." Bisiknya perlahan sambil menonton drama kegemarannya.

¤¤¤¤¤¤¤¤

Anas menyarungkan kot biru tuanya dibadan yang dipadankan dengan seluar slack yang berwarna serupa manakala kemeja didalam berwarna putih dan necktie hitam. Sungguh, malam itu jejaka tampan itu kelihatan sangat segak, bergaya dan kacak.

Melalui pantulan cermin, dia tenampak bayangan adiknya yang melintas didepan biliknya lantas diseru.

"Adik!" Alis yang lalu didepan bilik abangnya, memutarkan bebola mata. Menyesal lalu.

"Apa?" Dia memandang Anas yang sedang menilik dicermin sambil berjalan mendekati jejaka itu.

"Tak pergi ke?" Soal Anas yang melihat Alis hanya berpakaian tshirt biasa.

"Tak. Adik ada kelas piano malam ni. Asal?" Dia mencebikkan bibir sambil membetulkan rambutnya.

"Tak best ah adik tak pergi." Alis memandang abangnya malas.

"Apa yang best nya kalau adik pergi? Ajak jelah girlfriend girlfriend girlfriend abang long tu pergi baru best." Sindirnya. Walaupun abangnya menetap di Amerika Syarikat sudah 6 tahun, bukannya dia tidak tahu pergerakan lelaki itu.

"Adik, abang long ni mana adalah girlfriend girlfriend girlfriend bagai. Siapalah yang sudi nak jadi girlfriend abang long? Abang long ni bukannya hensem pun. Apa kata adik je yang jadi buah hati abang long nak?" Alis membuat muka loya.

"Oh please Anas Iskandar, adik rasa macam nak termuntah je." Anas tergelak kecil. Minyak wangi diambil lalu disembur dibadan beberapa kali dan tidak lupa juga pada tubuh adiknya. Dia tahu yang adiknya memang anti benar berbau minyak wanginya.

Alis memberhentikan pernafasannya. Oh gosh! Minyak wangi abangnya menusuk tajam ke hidungnya.

Pap pap pap
Kuat dia memukul bahu Anas. Rambut abangnya ditarik-tarik.

"Dah tahu adik anti perfume abang long, kenapa pergi sembur juga hah? Stupid!" Marahnya tanpa henti menarik rambut Anas.

"Adoi dik! Sakitlah! Lepas lepas!" Anas menampar tangan adiknya yang menarik rambutnya.

"Huh! Padan dengan muka tu!" Alis keluar dari bilik abangnya lalu masuk ke dalam biliknya untuk mandi. Minyak wangi abangnya yang melekat ditubuhnya perlu segera disental.

Wajah cemberut Anas jelas terpancar. Rambutnya yang terpacak-pacak tadi sekarang semuanya kusut masai disebabkan perbuatan adiknya yang menarik rambutnya. Penat tadi dia menggayakan rambut.

"Ni kerja cari penyakitlah ni! Huh!" Dia sendiri yang cari penyakit, dia sendiri yang dapat bala. Goodjob.

¤¤¤¤¤¤¤¤

Tiara tersenyum melihat dirinya dihadapan cermin. Sungguh cantik apabila dia mengenakan gaun biru tua yang mempunyai manik-manik berkilauan disetiap inci baju. Pandai Alis memilih gaun untuknya. Mesti mahal harga gaun ini.

Telefon pintarnya berdering. Sangkaannya mungkin itu Alis. Nama pemanggil dilihat. Ya, sangkaannya tepat.

"Hello?"

"Kau dah siap?"

"Dah. Siap dah."

"Conferm cantik. Weh, send lah gambar kau dekat aku dalam whatsapp."

"Ish! Ya ya nanti aku send. Sibuk je dia."

"Hehehe eh anyway, driver aku mungkin akan sampai dalam 5 minit lagi. Excited tak?"

"Sikit tapi nervous yang banyak."

"Biasalah tu, first time. Jangan lupa pakai mask. Kalau boleh jangan ada orang tahu pun identiti kita macam yang miss Ann selalu pesan. Kau tak ingat ke?"

"Yaa Alis ku sayang, aku ingat."

Pin pin pin
Kedengaran dari luar studio seperti seseorang menekan hon kereta.

"Eh lis! Aku rasa driver kau dah sampailah. Aku letak dulu eh?"

"Eh jap jap! Jangan lupa send pic kau dekat aku dalam whatsapp."

"Yaa cik Alis tersayang. Nanti aku send."

Pin pinn
Hon kereta dari luar studio berbunyi. Mungkin itu pemandu Alis.

"Eh Lis! Aku rasa driver kau dah sampai. Esok kita jumpa eh?"

"Alright dear. Take care yourself. Bye mmuah!"

"Bye mmuah juga." Dia menamatkan panggilan. Segala barangnya iaitu phone dan purse dibawa turun manakala kasut tumit tinggi dan mask terus dipakai.

Pintu kereta telah pun dibuka oleh pemandu Alis tunggu masa dia masuk saja. Dia melemparkan senyuman manis pada pemandu itu tanda terima kasih. Dia memasuki ke dalam perut kereta lalu pintu kereta ditutup.

Perjalanannya ke Hotel Iskandar ditemani oleh lagu-lagu yang cukup mendayu didengari dari corong radio.

Barbie Doll✔Where stories live. Discover now