Chapter 5

55.5K 2.4K 1
                                    

Setelah sampai, dia meletakkan kereta Range Rover miliknya ditempat vip. Sebelum turun dari kereta, dia membaiki sedikit rambutnya dihadapan cermin pandang belakang. Nak jadi profesional tak boleh nampak selekeh. Well, orang korporat lah katakan.

Ketibaannya disambut mesra oleh beberapa orang pekerja hotel dan rakan-rakan bangsawan yang lain. Anas berjalan diatas karpet merah yang membawanya masuk ke dalam dewan Iskandar's Hotel.

¤¤¤¤¤¤¤¤

Tiara memasuki tandas perempuan untuk membuang sebentar mask yang berada dimukanya. Tidak lama kemudian telinganya menangkap bunyi pengumuman ketibaan pemilik Iskandar's Hotel.

Secara tidak langsung jantungnya tiba-tiba berdegup kencang berbanding yang sebelum ini. Dia memejamkan matanya. Nafas ditarik lalu dihembus perlahan. Mask kembali dipakai. Dia melangkah keluar dari tandas lalu berjalan masuk ke dalam dewan.

Ada beberapa pasang mata yang memandangnya mungkin kerana pelik dia memakai mask. Dia melabuhkan punggung dikerusi kosong pada sebuah meja bulat.

Seorang gadis yang berusia 20an bertentangannya memerhatinya lama. Tiara mengabaikan gadis itu lalu matanya ditumpukan pada pentas untuk menyaksikan perasmian daripada pemilik Hotel Iskandar.

Dia tertanya-tanya, siapakah pemilik hotel yang mewah dan besar ini? Pasti terlalu hebat gerangan itu. Ya, pasti.

"Sekarang tibalah masa untuk the owner of Iskandar's Hotel give a speech dan seterusnya merasmikan pembukaan hotel dicawangan baru. Dengan segala hormatnya dipersilakan Mr. Anas Iskandar untuk naik ke pentas." Anas bangun dari kerusinya sambil membuntangkan kotnya.

Dia berpusing lalu menunduk hormat pada tetamu-tetamu yang hadir manakala bibirnya menguntumkan senyuman yang cukup manis. Dia naik ke pentas untuk memberi sepatah dua kata lalu merasmikan pembukaan hotel miliknya.

Tiara terpaku melihat gerangan yang berada diatas pentas itu.

'Dia.. Ya, memang dia yang aku jumpa petang semalam dengan minah kepoh tu. Tak sangka, hebat betul dia ni.' Bicaranya dalam hati.

Tiba-tiba bahunya dicuit seseorang dari arah belakang. Dia berpaling segera.

"Ya?"

"You're dancer right?" Soal lelaki yang mencuit bahunya tadi.

"Yes."

"Alright dear, after perasmian ni you boleh gunakan laluan red carpet ni untuk naik ke stage." Tiara mengangguk faham.

"I sorang je ke yang dancing?" Lelaki itu tersenyum mendengar soalannya.

"Asal? You wanna dance with me?" Tiara menayang sengih paksa dengan gurauan lelaki itu.

"Sokey, I boleh dancing sorang sorang." Lelaki itu tergelak kecil.

"Just kidding. Nanti you akan menari dengan..erm..you ajak jelah sesiapa ke you nak main piano? You pandai main piano?" Tiara mengangguk sambil menggigit bibir bawah.

"Kalau macam tu, you main piano okay?" Dia mengangguk lagi. Baginya bermain piano tidak sepenat menari. Takpelah, majlis ini saja dia bermain piano dan jika ada rezeki lagi untuk menghadiri ke mana-mana majlis mungkin dia akan menari.

"Err..kalau I boleh tahu, who are you?" Senyuman yang mekar dibibir lelaki itu membuatkan Tiara berasa selesa.

"I'm Hakim. The chairman of the council." Dia berjabat tangan dengan lelaki yang bernama Hakim itu sebagai tanda perkenalan.

"Your name dear?" Soal Hakim.

"Call me Esya."

"Sorry Esya, I need to go. I kena pantau anak-anak buah I dekat back stage dulu. Bye dear. Hope can see you again." Tiara mengukirkan senyuman.

"Yeah. Hope so."

¤¤¤¤¤¤¤¤

Selepas dia merasmikan pembukaan hotel baru miliknya, dia terus meninggalkan majlis untuk bertemu dengan Rianna seperti yang telah dijanjikan 2 hari lepas.

Dia memandu kereta Range Rover kelabu ke kelab malam untuk mengambil Rianna yang sedang melepak disitu.

'Rianna..you're mine tonight.'

Barbie Doll✔Where stories live. Discover now