Chapter 42

59.8K 2.3K 52
                                    

Anas meletakkan kereta milik Iqbal ditempat letak kereta CEO Of Iskandar's Hotel. Dia pinjam kereta Iqbal dulu sementara membeli kereta baru.

Tiara mengucup tangan suaminya dan Anas membalas dengan memberi sebuah kucupan didahi gadis itu.

Baru saja Tiara mahu membuka pintu kereta untuk keluar, kereta kepunyaan Iqbal itu telah diserbu 'zombie'. Siapa lagi kalau bukan wartawan.

Anas cepat mengunci pintu kereta bimbang jika dibuka oleh wartawan-wartawan itu. Dia sudah agak yang perkara sebegini akan berlaku.

Tiara memandang pelik dengan orang-orang yang berada diluar kereta.

"Awak..asal ni?" Tiara mendekatkan dirinya pada Anas kerana bimbang jika cermin kereta dipintunya pecah akibat diketuk-ketuk oleh wartawan yang menyerbu kereta itu. Nasib baik tinted cermin kereta Iqbal hitam jadi wartawan yang mengepung kereta itu tidak nampak mereka berdua.

"Diorang mesti nak tanya yang pasal hotel aku nak bankrupt yang keluar paper hari tu lepastu kenapa aku lama menghilang then kenapa kereta aku meletup. Dan tak lupa juga diorang akan tanya aku siapa kau." Tiara tergelak kecil. Anas memandang isterinya bingung.

"Asal gelak?"

"Susah jadi glamour ni. Kita buat itu ini sikit pun diorang nak persoalkan. Tengok saya ni, senang je hidup. Takde orang nak kacau." Anas mencebik bibir. Telefonnya diambil dari dalam poket seluar. Nombor telefon pondok pengawal didail. Tidak sampai 3 saat panggilannya terjawab.

"Encik Anas is talking! Mana korang ni? Asal tak halau reporters ni? Saya nak masuk office pun tak boleh kalau diorang datang serbu kereta saya macam ni."

"Ma.maaf Encik Anas. Saya halau diorang sekarang juga."

"Cepat sikit!" Tegas dia memberi arahan sebelum memutuskan panggilan.

"Kenapa awak tak berdepan je dengan reporters ni?" Tanya Tiara.

"Malas. Muak dah dengan muka diorang. Everymonth kot hadap diorang. Reporters ni kalau makin dilayan, makin banyak soalan dia especially soalan peribadi." Dia mengangguk-anggukan kepalanya tanda mengerti. Macam tu rupanya wartawan.

Anas memandang sekeliling keretanya. Nampaknya wartawan sudah mula beredar. Cepat betul kerja pengawal keselamatannya.

"Aku keluar dulu. Dalam 2 minit lepastu kau keluar. Kalau kita keluar sekali takut diorang perasan. Biar aku tarik perhatian diorang. Enjin kereta ni kau matikan okay?" Tiara membuat tanda 'ok' dengan jarinya setelah itu Anas keluar dari kereta.

Jejaka itu melangkah laju menuju ke pintu utama hotel.

"Encik Anas! Encik Anas!" Dia mengabaikan panggilan dari beberapa orang wartawan yang masih berkeliaran dikawasan bangunan hotel miliknya.

"Encik Anas, kitorang just nak--" Anas mengangkat sebelah tangannya pada seorang wartawan yang berada dibelakangnya tanda 'tak nak disoal apa-apa'. Pintu hotel ditolak kemudian dia masuk ke dalam bangunan hotel menuju ke lif.

Sampai saja ke tingkat paling atas, dia meluru keluar dari kotak lif. Mata-mata stafnya memang seratus-peratus tertumpu padanya.

"Morning Encik Anas." Sapa Bella mesra. Hanya gadis itu dan Tiara saja yang sudah mengetahui cerita sebenar mengenai berita palsu Iskandar's Hotel bankrupt yang telah tersebar luas itu.

"Morning. Bella, tolong arahkan semua pekerja termasuk receptionist untuk hadir meeting hari ni. Takde sorang pun yang terkecuali. Faham?" Bella mengangguk mendengar arahan ketuanya. Nampaknya hari ini ada mesyuarat tergempak.

Barbie Doll✔Where stories live. Discover now