Chapter 11

55K 2.5K 48
                                    

Hampir maghrib barulah Anas pulang ke rumah apartment miliknya. Dia duduk diatas sofa. Badan disandarkan lemah pada kepala sofa.

Dahinya dipicit-picit. Kenapa pula dia berasa pening ni? Dia mula berbaring. Lengannya diletakkan diatas dahi. Mata dipejam rapat.

Tiara keluar dari biliknya untuk menyediakan hidangan makan malam seperti selalu. Matanya terpandang pada sekujur tubuh yang sedang berbaring diatas sofa sewaktu ingin ke dapur.

'Tak pernah pernah tidur atas sofa. Letih benar nampaknya tu.' Dia berjalan mendekati lelaki itu untuk dikejutkan. Tangan suaminya yang berada diatas perut dipegang dahulu sebelum ditepuk.

'Eh? Panas?' Batang leher lelaki itu disentuh-sentuh perlahan menggunakan belakang tapak tangannya. Panas juga.

'Demam ni.' Dia ke dapur untuk mengambil kain dan semangkuk air. Dia kembali semula ke ruang tamu. Kain itu dibasahkan dan diperahkan lalu diletakkan perlahan diatas dahi suaminya.

Dia masuk ke dalam bilik untuk bersiap-siap. Dia perlu keluar untuk mencari ubat untuk lelaki itu kerana didalam peti sejuk sudah tidak mempunyai stok ubat.

¤¤¤¤¤¤¤¤

"Awak..awak..?" Tubuh Anas digoncang-goncang untuk mengejutkan lelaki itu supaya telan ubat.

"Apa?" Suara Anas yang serak serak basah itu mendebarkan jantungnya. Boleh sakit jantung kalau hari-hari macam ni.

"Bangun makan bubur lepastu telan ubat. Awak demam ni." Anas memusingkan badannya membelakangi isterinya.

"Bangunlah awak..macam mana awak nak keluar dengan girlfriends awak kalau demam macam ni?" Bukannya Tiara tidak tahu yang suaminya hari-hari tukar perempuan macam tukar baju. Jejaka kacak lagikan kaya seperti Anas ini mustahil jika tiada kekasih yang keliling pinggang.

"Hish kau ni! Semak betullah! Aku nak tidur pun tak tenanglah ada kau!" Anas bangun dengan muka masam persis baru lepas telan mangga muda.

"Lepas makan bubur dengan telan ubat ni awak bolehlah nak tidur. Kalau awak tak telan ubat bimbang nanti demam awak melarat." Kata Tiara sambil melabuhkan punggung diatas sofa disisi suaminya. Sudu yang berisi bubur disuakan dimulut lelaki itu namun Anas hanya berdiam diri. Tidak mahu membuka mulut.

"Haish..susahnya kalau dalam mulut tu ada berketul-ketul emas." Bicara Tiara perlahan tetapi tetap didengari lelaki itu.

"Emas ni lah yang buat aku kaya. Kau ada?" Anas membalas selamba. Tiara menggigit bibir bawah. Dengar rupanya.

"Takde pula emas jatuh." Sindirnya masih lagi perlahan sambil buat-buat tengok keliling rumah.

Anas yang berasa panas hati apabila disindir sebegitu terus dia memakan bubur yang disuakan dimulutnya. Sudu digigit tanpa dilepas. Nak lepas geramlah katakan.

"Tahulah lapar, tak perlulah tunjuk sangat sampai sudu pun nak telan." Disindir lagi. Anas mencubit kuat isi peha isterinya untuk melepaskan dendam.

"Aw sakit!" Tiara melepaskan pegangan sudu yang masih berada didalam mulut suaminya. Pehanya digosok-gosok. Fuh! Menyengat habis.

"Takde insurans langsung mulut tu kan? Kecil besar kecil besar je kau ni. Geram nak lenyek-lenyek sampai jadi roti canai." Ujar Anas setelah sudu dibuang dari mulutnya.

"Kau mengata aku lagi, aku humban kau dalam mulut jerung." Sambung lelaki itu. Tiara buat seperti tiada apa-apa yang berlaku. Dia kembali menyuap bubur pada suaminya.

Semangkuk bubur telah pun habis. Dua butir panadol sekaligus ditelan Anas

"Awak nak tidur dekat sini ke atau dalam bilik?" Soal Tiara.

"Dekat sini. Tak larat nak naik tangga." Balas Anas sementara tangan membuka whatsapp. Beberapa orang 'Bitch' dan 'love' telah meng whatsapp nya tetapi dia malas nak reply. 'Last seen' dan 'Online' dia telah hide kan jadi wanita-wanita yang sentiasa berkepit dengannya tidak akan tahu bila masa dia 'Online' dan bila masa dia 'Last seen'.

"Takpe, kalau awak nak tidur dalam bilik, saya boleh papahkan. Nak?" Anas tersenyum sinis dengan tawaran isterinya.

"Boleh ke? Yang aku risau nanti bukan aku je yang tumbang dengan kau sekali tergolek bila papah aku." Tiara terdiam. Dia berfikir sejenak. Betul juga apa yang dikatakan suaminya itu.

"Err..takpelah, awak tidur dekat sini. Nanti saya bawakan bantal dengan selimut. Saya akan tidur dekat sofa tu. Kalau awak nak apa-apa panggil je saya. Tak perlu terjerit-jerit macam yang dalam hutan tu." Pesan Tiara yang diselitkan sedikit sindiran. Anas menghantar pandangan tajam pada isterinya.

Tiara membuat tidak tahu dengan pandangan itu. Coolfever ditampal diatas dahi suaminya yang sudah berbaring memejamkan mata. Kepala Anas dibelainya sebentar.

"Get well soon." Ucapnya perlahan. Anas yang telinga lintah itu dapat mendengarnya secara kuat mahupun perlahan kecuali didalam hati. Itu memang mustahil untuk didengarinya.

Kenapa gadis ini begitu baik dengannya? Adakah ia disebabkan harta seperti wanita-wanita lain yang juga gilakan hartanya? Ya, mungkin sebab harta. Jadi, dia perlu berhati-hati dengan gadis ini. Jika tersilap langkah sedikit, mungkin hartanya akan jatuh ke tangan gadis ini.

Dan..

Dia masih tertanya-tanya, bagaimana gadis ini dapat masuk ke dalam rumahnya? Bagaimana gadis ini mengetahui kata laluan pintu rumahnya? Wajarkah dia bertanya? Ahh!! Kepalanya bertambah pusing memikirkan semua ini. Baik tidur saja dapatlah juga kumpul tenaga untuk hari esok.

Barbie Doll✔Where stories live. Discover now