Chapter 2

62.8K 2.7K 5
                                    

Alis menyerahkan sepucuk sampul surat pada rakan karibnya namun hanya dipandang tanpa berasa ingin mengambilnya.

"Lek Sya, takde bom dalam ni." Sindirnya selamba. Tiara tersengih menampakkan pendakap giginya yang hanya dipakaikan dibahagian atas kerana hanya gigi dibarisan atas yang tidak betul.

"Bukan apa, aku just risau kau tetiba datang angin nak bunuh aku ke apa ke. Tak ke mati terus aku dekat sini. Btw, surat apa ni?" Tiara menyambut sampul huluran Alis itu.

"Buka then baca. Aku nak tukar baju dulu dekat belakang. Kalau miss Ann tanya, kau bagitahu je yang aku tengah 'melabur' dekat belakang." Tiara tergelak dengan lawak hambar rakannya. Kepalanya digeleng seketika.

Sampul surat ditangan dipandang lama. Dari dia terus tenung sampul itu lebih baik dia tengok isi dalam. Tiada guna juga jika terusan memerhati sampul surat yang tiada jawapan bagi persoalannya.

"Kad jemputan? Siapa nak kahwin pula ni? Alis ke?" Sekeping kad yang berada ditangannya dipusing ke belakang.

"Majlis Perasmian Pembukaan Iskandar's Hotel esok pukul 8 sampai 12 malam? Apa kena mengena dengan aku pula?" Dia memandang gerangan yang membuka pintu studio.

"Neesya dah sampai? Alis dengan Wani mana?" Soal miss Ann, 53, merangkap guru penari mereka bertiga.

Miss Ann telah lama dalam bidang tarian mungkin 3 tahun akan datang lagi dia akan mengundur diri dan tugasnya pula akan diserahkan kepada ketiga-tiga anak buahnya. Pelajarnya hanya sedikit kerana dia mengambil orang yang benar-benar ingin menari dan hasilnya ialah tiga iaitu Tiara, Alis dan juga Wani.

"Alis tengah 'melabur' dekat belakang kalau Wani rasanya otw kot." Miss Ann mengangguk seraya tersenyum.

"Eh miss Ann, awalnya sampai." Sampuk Alis yang baru saja keluar dari bilik persalinan. Tiara mencebik.

"Miss Ann selalu awal. Engko je yang lewat." Sengaja Alis melanggar bahu rakannya dengan bahunya lalu pergi begitu saja.

"Inilah perangai sebenar rich people, sombong." Kata Tiara membuatkan Alis berpusing kembali kearahnya sambil tersengih busuk. Lengannya dipeluk lalu kepala dilentokkan diatas bahunya.

"Haii guys! Sorry late."  Wani yang berada dimuka pintu cepat-cepat masuk ke dalam studio yang berpenghawa dingin.

"Sokey girl. So..let's start!" Jerit miss Ann ceria. Tidak sabar nampaknya miss Ann itu.

"Let's teacher!" Ketiga-tiga gadis muda didalam studio itu ikut menjerit keriangan.

Selama tiga jam mereka semua berlatih menari tarian ballet dan untuk penamatnya bagi hari itu, hujung jari kaki digunakan untuk berdiri dan kemudian badan dipusingkan beberapa kali. Setelah itu semua jatuh 'pengsan'.

"Ahh penat!!" Tempik Tiara kecil.

"Ahh letih!!" Tempik Wani juga.

"Ahh semuanya!" Diikuti Alis. Tiga pasang mata memandang Alis lalu tergelak.

"Lis, kad jemputan yang kau bagi dekat aku tadi tu--"

"Haah. Kau kena pergi menari dekat sana. Bukan setakat menari je, makanan free, duit pun masyuk." Alis menjawab semasa mereka sedang berkemas untuk pulang.

"Aku memang nak pergi tapi..erm baju takde. Mask pun takde. Macam mana?" Alis tersenyum sambil menepuk-nepuk bahu Tiara.

"No worries bestie. Tu semua aku yang uruskan. Esok, driver aku ambil kau dalam pukul 7.40 malam." Tiara mengerutkan keningnya.

"Kenapa driver kau? Asal tak kau je yang ambil aku?" Soalnya.

"Hehehe aku tak pergi. Esok malam aku ada kelas piano. InsyaAllah kalau aku sempat I will go there." Tiara mengangguk-angguk.

"Eh tapi! Kalau nak ambil aku, jangan dekat rumah tau? Dekat sini." Dia tidak mahu ibu bapanya dan juga kak Tasya tahu rahsia yang disimpannya.

"Dekat studio ni? Asal?" Alis memandang rakannya yang sedang menggigit bibir.

"Erm sebab..aku nak bersolek dekat sini lagipun dekat sini kan semua benda lengkap so aku nak bersiap dekat sini. Dekat rumah aku mana ada barang make up ni semua kalau ada pun barang yang basic je."

"Erm..yelah Tiara Daneesya." Mereka berdua menuruni tangga kerana studio itu berada ditingkat atas lalu berpecah ke haluan masing-masing.

Alis menaiki kereta Preve miliknya untuk melencong ke lain pula manakala Tiara berjalan kaki menuju ke tempat kerjanya disebuah restoran mewah.

Barbie Doll✔Where stories live. Discover now