Special Chapter

71.5K 2.7K 195
                                    

Kebabom kebabom (bunyi mercun)
Thank you guys sebab dah baca cerita Barbie Doll ni muahmuah ciket💋💋Sempena masuk 100k lebih ni🎉🎉 nah sis payung special chapter khas untuk u guys😘*memandangkan ada yg minta sis supaya buat special chapter*

***************

"Habib.." Tiara merangkul leher suaminya yang sedang menonton siaran ulangan perlawanan bola sepak membelakangi dirinya.

"Yes häschen? Häschen nak apa?" Soal Anas tanpa mengalihkan matanya dari terus tertancap pada kaca tv. Sayang sungguh nak tinggal bola!

"Takde apa-apa. Saja kacau habib." Tiara mengambil tempat diatas sofa bersebelahan lelaki itu. Bahunya dirangkul Anas lalu sisi kepalanya dikucup sekilas.

"Cinta habib tak?" Gadis itu memutarkan bebola mata. Muak dengan soalan itu. Rasa nak muntah pelangi saja. Dia menyilangkan lengan ke dada.

"Malaslah nak jawab soalan habib. Dah tahu tapi masih nak tanya. Kenapa? Habib ragu-ragu dengan cinta Ara pada habib?" Dia mula membuka topik yang akan mencetuskan perbalahan tetapi Anas bijak mengawal keadaan.

"Habib nak pastikan yang häschen sentiasa cintakan habib je. That's why habib selalu tanya soalan tu. You're my love, dear. Always." Tiara mencebik. Dia memaut pinggang Anas lalu melentokkan kepalanya dibahu lelaki itu.

"Eleh dulu tak pun. Aku benci kaulah. Kau benci akulah apalah macam-macam." Saja dia ingin memanaskan telinga Anas.

"Dula dan sekarang berbeza häschen. Jangan ungkit kisah lama boleh tak? Habib tak sukalah dengar. Anak-anak mana?" Soal Anas apabila ketiga-tiga orang anaknya itu tidak kelihatan. Biasanya kalau dia sedang menonton tv ada saja tiga beradik kenit itu mengganggunya. Antara gangguannya adalah minta buat susu, main remote tv dan tukar channel, halang dia nak tengok tv, buat bising, menangis, minta dukung, bermain dan melompat-lompat diatas belakang tubuhnya.

"Tengah main dalam bilik games." Anas menghembuskan nafas lega. Bagus! Tiada gangguan.

"Haih lega nampak?" Sindir Tiara setelah telinganya menangkap bunyi hembusan lega yang terbit dari bibir suaminya.

"Mestilah sebab takde gangguan dari ketot-ketot tu semua. See, now habib tengok bola pun dengan senang hati." Tiara tergelak kecil. Tangannya memukul lembut peha lelaki pengarang jantung pencair hatinya itu.

"Apalah habib ni. Anak-anak kita tu. Berkira betul." Anas juga turut tergelak. Dia gembira mendengar ketawa isterinya yang menandakan gadis itu bahagia bersamanya.

"Mom!" Danny melaung memanggil ibunya dari tingkat atas. Malas nak turun bawah katanya.

"Ya ada apa?" Soal Tiara yang sedang bermanja-manjaan bersama suami tercinta. Dia mendongak memandang anak sulungnya yang berada di anak tangga paling atas.

"Ryl nangis sebab Mia tarik rambut Ryl." Tiara mengeluh perlahan. Tarik rambut lagi. Haish nanti dia botakkan juga si Daryl tu biar Damia dah tak boleh tarik tapi lepastu mangsa dia Anas pula. Takkanlah dia nak botakkan Anas juga. Haha cannot brain rupa Anas kalau berkepala botak.

"Hm takpelah, nanti mom suruh dad naik atas jenguk Mia dengan Ryl!" Jerit Tiara. Wajah Anas dipandang lama.

"Okay!" Danny lantas masuk ke dalam bilik games kembali untuk mengawasi kedua-dua adiknya itu.

Barbie Doll✔Where stories live. Discover now